1. Diari/Catatan harian
Dari dulu ibu memang suka tulis2 diari/catatan harian ni...tapi bukan macam diari2 yang ada rahsia2 tu...sebab ibu macam tak kisah kalau ada orang baca ke apa diari/buku catatan ibu tuh sebab apa yang ibu tulis benda2 yang happy je yang berlaku seharian...pastu lainkali ibu suka baca2 balik..kalau perkara tu yang lucu ibu boleh tersenyum sorang2...ingat dulu ibu ada buat buku catatan harian untuk geng ibu SALIDA SUFADZIANA IZURA...geng2 ibu masa kat SMAS dulu mesti tau...ini merupakan satu terapi bila ibu tension atau ada apa2 masalah...dengan menulis ibu boleh release segala kekusutan yang ada....
2. Album gambar secara maya
Setiap entry yang ibu buat mesti ada gambar...kalu takde gambar cam tak tahu nak tulis apa...blank jer...so secara tidak lansung setiap entry tu macam album gambar siap ada penerangan lagi...bila lainkali baca sambil tengok gambar ibu boleh ingat setiap peristiwa yang berlaku dalam keluarga kita...lagipun gambar2 kat dalam sini tidak akan rosak dan hilang..kalu tengok kat album gambar takde penerangan kan so nnt macam tak ingat la gambar tu di snap kat mana dan bila...tapi kat blog dh boleh tahu dah.....
3. Berkongsi cerita
Melalui blog juga kita dapat berkongsi cerita dengan sesiapa saja....especially untuk papa anas yang kerja jauh yang balik hujung minggu jer...dengan adik beradik ibu yang masing2 dah terpisah...sorang duk kelantan (ayahcik-sayuti) sorang duk pasir gudang (cikngoh - jang/izan), sorang duk jepun (cik ikin), sorang duk melaka (pok joe)....pastu untuk sedara mara yang ada kat merata2 negeri dah...kawan2 pun boleh baca tengok perkembangan kita melalui blog....suka kalu dapat jumpa blog kawan2 yang dah lama tak jumpa..nak2 kawan2 masa sekolah dulu....tengok2 dah ada anak 3, 4 5 orang dah...ha gitu lah....yg takde blog kat fb pun boleh jugak
4. Kenangan untuk anas
Kat blog ni memang kebanyakan cerita pasal anas...dari dia dalam perut ibu sampai la sekarang...so suatu hari nanti bila dia sudah besar dia boleh baca dan tahu bagaimana dia membesar....mesti dia seronok kan...dia boleh rasa macamana gembiranya ibu dan papa bila dia lahir...semualah tentang dia ibu tuliskan disini...segala suka dan duka..tetapi kebanyak sukalah...ibu tidak berapa suka mengenang peristiwa duka biarlah perkara yang buruk itu berlalu behitu sahaja tanpa catatan....
5.Malas menulis
Sejak ada teknologi komputer ni...kita memang dah macam malas nak menulis guna pen kan...semua nak guna komputer...ini salah satu sebab kenapa adanya blog...kalau tulis diari tu kan kena pakai pen...pastu kalau tulisan cantik tak apa tapi tulisan memang sakit mata la memandang..nak baca balik pun dah takde mood dah.....dah lama dah rasa tak menulis panjang2 macam karangan menggunakan pen kan...
kepada kawan2 yang ada blog tu...kenapa korang tulis blog???
No comments:
Post a Comment