Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, August 24, 2009

Baby Airiel singgah rumah Anas

baby airiel ngan ibu
semalam baby airiel singgah rumah sebab cekngoh dah nak habis cuti bersalin, otw balik dari kg airiel singgah rumah anas dulu......

dah besar dah anak buah maklong ni ya....bulat matanya, memang kalah la mata anas mata anas kat sepet jer......

cucu tokki

anas ngan airiel dah nak sama besar dah ibu tengok, tu la anas taknak makan sangat nanti baby airiel dah boleh tumbuk2 anas tau...

cekngoh singgah kejap jer sebab esoknya ayahngoh dah kerja dah... tak sempat nak main lama2 ngan airiel kan.....

anas and airiel
otw balik johor singgah rumah toksu nura kat sri kembangan, ibu ngan anas ikut sekali sebab ibu kan cuti sebulan bulan puasa ni.......
duk rumah boring pulakkn so, kita bercuti rumah toksu la ek, papa hantar ibu pastu terus pergi kerja.........
oopss lupa nak cakap, mokcek pun ada datang sekali sebab sekarang kan cuti sekolah, so anas boleh la dera mokcek ya suh mokcek dokong lama2 ek........

muhammad airiel si mata bulat


with love,

Sunday, August 23, 2009

Jumpa Aqil

papa anas, aqil, anas, papa aqil
mula2 tu plan nak gi rumah aqil nak ambik madu asli, pastu call2 aqil dah nak kuar gi shopping baju raya kat shah kompleks pkns kat shah alam, so nanti jumpa la kat sana.....
kebetulan pun anas, ibu ngan papa pun nak gi jusco bukit raja nak cari baju raya anas jugak...pastu tengah2 shopping tu aunti linda call, gi tau tak payah datang la shah alam, t aqil datang sini, so kita jumpa la kat JJ jer.......
tengok compare ngan aqil, jauh aqil lebih besar, macam anas lak adik kan......tu la kelebihan full breasfeeding agaknya......pejal je badan aqil.........

geram jer tengok aqil ni kan, montel jer geram nak geget jet

anas cam jeles jer papa dia dokong aqil, tapi aqil cam mantain cool jer kan



aunti linda ni kawan ibu dari sekolah menengah lagi tau, tak sangka lak jumpa lagi kan..........


with love,

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN 1430H


with love,

Thursday, August 20, 2009

Vitamins for Anas n Ibu.......


beli yang besar percuma yang kecik
Anas kan tak nak makan, susah sangat nak bagi dia makan apa2 la, so ibu kena bagi dia multi-vitamin, ya la takut nanti anak ibu tak cukup zat pulak kan
ibu pilih yang sirap la sebab anak ibu kecik lagi kan, nasib baik vitaminni boleh dicampurkan dengan susu ke air so senang la, kalau tak hazab la ibu nak bagi anas makan vitamin ni....
vitamin ni dia ada minyak ikan kod sekali so baikla untuk perkembangan otak anas sekali kan...tak payah nak makan lain2 vitamin lagi..........

ni vitamin jugak tau pa....rm15 jer



buy 1 free 1
ni vitamin E untuk ibu, boleh dimakan dan juga disapu. buy 1 free 1, dalam ada 90 softgels. so ibu share ngan kawan ibu, save sikit la kan sorang rm52 ringgit....
vitamin e ni kan bagus untuk kulit, masa ngandungkan anas dulu ibu kan kena alegik gatal2 seluruh badan so bekas2 gatal tu ibu nak sapu vit e ni....
vit e ni juga kboleh letak kat perut ibu yang dah ada strecth mark sebab anas duk dalam perut ibu 9 bulan tau.......mintak2 nanti boleh hilang kan........ibu wat ni semua untuk papa tau hehehe kan pa kan......

with love,

Wednesday, August 19, 2009

Ibu dan Isteri

ni ibu dapat email dari kawan ibu, so ibu letak kat sini sebagai pengajaran.............

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .

sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.

....NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!.

It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terusmembebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku.....

"Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last.

Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday).

Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati.

Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutYou mothers)....

uuwaaaaaaaa! ! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu, hargai mereka!!!!

Naim82

with love,

Monday, August 17, 2009

Sin Chan


sekarang ni kan ramai yang letak benda alah yang goyang2 ni kat dalam keter masing2 kan, so kat pasar malam minggu lepas ibu ada belikan sin can ni, memang kelakar sangat tengok sin can ni goyang2, sebab ibu memang suka tengok citer sin can ni, tapi ibu rasa tak elok budak2 tengok sebab kadang2 sin can ni sangat la jahat ya........



sebelum letak dalam keter, ibu letak lu kat keter anas, walker la tu, bukan main seronok lagi la anas tengok sin can tu goyang2 depan dia sampai moncong2 mulut dia geram sangat....

tengok bila dah dapat habis dikerjakan sin can tu, habis la ko sin can saper suruh tergedik2 depan anas kan.....
layan video kat bawah ya pa.....



video

eh tersilap video la pulak

ni kat bawah ni, tapi cam terbalik la pulak, alah layan jer la..........zasssssss


video


with love,

Friday, August 14, 2009

Papa Anas pandai masak tau......




panaskan kuali....opss panas kan minyak dalam kuali
pastu masukkan bawang merah, bawang putih, ngan halia sikit, kalu tak nak halia pun takpe
pastu masukkan sedikit cili kisar, pastu masukkan rempah kari daging ya, bila dah naik bau, dah pecah minyak masukkan daging ya....biarkan seketika sehingga daging tu lembut ya

kacau biar sebati, tengok papa pro kan masak kari daging tu...

bila daging dah lembut air dah kering sikit, masukkan santan ya puan-puan dan tuan-tuan...pastu masukkan asam keping sekeping ya
taraaaaa dah masak dah kari daging sedap dimakan........
ni tukang tengok jer ya........anas jadi saksi papa masak untuk ibu hehehe nanti bila anas besar anas lak yang masak ya...

dan buatkan juga sambal belacan, lagi kick makan kari pastu ada ulam2 cicah ngan sambal belacan kan...fuh terangkat ibu makan kan pa.......siap bertambah lagi..........

ya, ni bukan ibu yang masak tapi, papa yang masak tau......peristiwa ni berlaku masa weekend yang lepas masa papa balik rumah.........
ada orang yang tak boleh nak terima kalu suami kena masak untuk isteri, kata suami kena queen control la, suami takut bini la dan macam2 la, tapi ramai yang tak highlight yang kalu masak untuk isteri ni adalah salah satu sunnah nabi tau, nabi sangat baik dengan isteri2nya tau, jangan yang kawin 4 tu je nak ikut sunnah ya, banyak lagi sunnah yang boleh diikuti......

so, papa anas dengan suka relanya telah masakkan untuk ibu anas tercinta kan papa kan, ibu tak request pun tau tapi papa dengan seikhlas hati tau masak untuk ibu, anas besar nanti ikut macam papa ek yang sangat ringan tulang tolong ibu......lain kali masak lagi tau.....ini bukan kali pertama papa masak, sebelum ni pun masa ibu peknen pun papa ada masak gak untuk ibu.....
selain dari masak papa anas rajin gak wat kerja rumah yang lain, sekarang bila ada anas papa anas sangat rajin siapkan anas bila papa anas ada kat rumah, mandikan anas, buat susu, tidurkan anas, pastu ibu boleh goyang kaki jer, papa cakap kalau dia tak buat semua tu nanti anas tak rapat ngan dia.......

cak!!!!papa anas pandai masak tau.......tu ibu sayang sangat kat papa anas tu hehehehe

with love,

Wednesday, August 12, 2009

Meniarap..

ibu: anas sayang pandang camera sayang posing untuk papa
anas: oh! ibu nak letak kat blog anas ek, nanti papa boleh tengok kan bu


ibu: ya la, papa kan nak tengok perkembangan anas walaupun papa jauh
anas: cak!hai papa, anas dah rajin meniarap tau, selama ni anas tak meniarap sebab anas kan tak sihat so, anas rasa tak selesa la nak meniarap, nanti anas susah nak bernafas. tapi sekarang ni anas dah sihat so anas syok la meniarap hehehehe kan ibu kan?


ibu: anas pandang sini lah
anas: anas nak tengok tv la bu, bunyi cam nenarik jer tu


ibu: naper ni sayang, dah penat ker
anas: tak lah bu, anas geram jer tengok tikar ni, rasa nak geget jer boleh ker bu?



ibu: amboi anak ibu ni dah boleh pusing2 sambil meniarap
anas: ya la, tak lama lagi anas boleh maju kedepan la, pa terror tak anas pa?



ibu: lansung tak layan ibu snap2 ya, excited sangat la tu meniarap tu
anas: sorry la bu anas tengah excited ni...........

sebenarnya anas dah boleh meniarap masa umur dia 4 bulan lagi tapi time tu dia macam tak selesa jer meniarap, bila dia meniarap dia macam nak nangis jer, so ibu takder la paksa2 anas meniarap ke apa kan, sebab ibu ada baca kita jangan nak samakan perkembangan anak kita dengan anak orang lain, setiap baby akan melalui peringkat perkembangan yang berbeza, so ibu takder la risau ker apa ker........
tapi semalam, ibu tinggal anas sorang2 atas katil, tapi ibu letak kat tengah2 la pastu ibu hadang ngan bantal, tapi bila ibu masuk tengok anak ibu dah meniarap dah, terkejut gak la ibu pastu bila ibu terlentang kan dia, dia meniarap lagi.......sukanya ibu, pastu ibu bawak keluar kat depan, bila ibu letak jer dia meniarap, letak jer meniarap.....bangun pagi tadi pun terus meniarap.........
jadi lepas ni ibu kena extra care la sebab anas dah tak boleh ditinggal atas katil lagi, kena letak kat bawah atau latak dalam baby court dia.....
pa, layan video kat bawah ni ya

video

with love,

Petua Untuk Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut I love you sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
with love,

Tuesday, August 11, 2009

Apa Anas Tengok?????????

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

taraaaaaaaaaaa burung apa? gagak! burung apa? gagak la
petang ahad tu sajer bawak anas jalan2 jap kat tanjung, sebenarnya malas nak kuat sebab H1N1 kan, tapi nak gi bayar duit sewa rumah, pastu papa bawak round2 kat tanjung jap.......
we r happy family kan pa, ibu bahagia dengan papa ngan anas, you both r evthing to me,
thank to anas becos make us perfect, and thank to papa becos always be my supporter, ibu cant live without papa and anas tau, i love both of you so much...........mmmuuuaaaahhhh!!!!!!!!!!
bibir tersenyum hati menangis
luka terhiris lidah berbisa
sakitnya pedih rasa diguris
bolehkan maaf menyembuh luka?
with love,