Bahan:- (lebih kurang 15 biji)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telor
- 1 sudu makan butter/marjerin
- 1 sudu makan gula
- sedikit esen vanila
- Didihkan air, gula, esen vanila dan juga butter. Sementara tuh, dalam mangkuk lain, pukul telor kejap.
- Bila bahan tadi telah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu.
- Kemudian masukkan pula telor dan kacau lagi cepat2 hingga betul2 sebati dengan tepung tadi.
- Panaskan minyam dengan api sederhana. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm. (*kalu ada acuan SAWA tuh, lagi cepat..akak guna acuan picit biskut dahlia tu jek..)
- Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila kekuningan.
- Biarkan kuih sejuk sebentar dan taburkan gula..Sedia untuk dimakan.
with love,
No comments:
Post a Comment