Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Thursday, December 24, 2009

Kesilapan Ibubapa dalam Mendidik Anak



tak yah panjang2 mukadimah....

1. Kurang berdoa dalam mendidik anak-anak
  • doa ibubapa terutama ibu sangat makbul
  • bangun waktu malam untuk mendoakan anak2
- ni benda paling penting...kalu sembahyang pun lobang2 camner tuh nak berdoa.....ni peringatan untuk ibu sendiri....ya! Tahun ni azam baru ibu ingin manjaga solat 5 waktu...insyaAllah...papa plis ingatkan ibu ya.......

2. Memperkecilkan kebolehan anak-anak. Pupuklah walaupun kebolehan itu kecil sebagain mendidik emosi anak-anak supaya ada keyakinan diri.

- ibu2 kena ingat ibubapa adalah idola anak2...pujian dari idola mereka akan meningkatkan keyakinan diri anak-anak. Jangan sekali-kali memperkecilkan kebolehan anak-anak kita.

3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif.

- pujilah anak anda dalam setiap apa yang dilakukan....jangan sesekali memandang rendah dia atas kebolehan mereka. Kata2 pujian dapat membunuh sifat negatif yang ada dalam diri seseorang.

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak.

- Dengan menjadi kawan kita akan lebih memahami jiwa anak-anak kita....ini akan lebih mendekatkan kita dengan anak-anak. Mereka juga akan merasa kita sentiasa bersama mereka.

5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak-anak.

- sentuhan bukan sekadar fizikal tetapi ia lebih melibatkan emosi, suara dan juga penglihatan. Jangan malu untuk memeluk dan mencium anak-anak kerana pelukan dan ciuman ibu bapa boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak.

6. Menegur secara negatif.

- Teguran yang boleh memalukan dan melukakan hati anak akan membuatkan mereka rasa tidak dihormati. Walaupun anak melakukan kesilapan tegurlah dengan berhemah dengan memuji kebaikan yang pernah mereka lakukan. Jelaskan pada mereka dengan suara yang lembut.

7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak-anak.

- Ibu bapa wajib mengambiltahu dengan siapa anak-anak berkawan.

8. Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja rumah.

- Sedari kecil dedahkan anak-anak dengan kerja rumah agar anak-anak menjadi anak yang pandai berdikari.

9. Pilih kasih di antara anak-anak.

- Sikap ibu bapa yang pilih kasih akan melukakan emosi anak-anak dan ini akan menyebabkan anak-anak rasa tersisih.

10. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pendapat dan pandangan anak-anak.

- Menerima pandangan anak-anak melatih anak-anak berfikir dan mempunyai sifat kepimpinan. Ibubapa jangan egois terhadap anak-anak.

ps: Baca surah To-Ha untuk melembutkan hati anak-anak agar tidak degil dan mendengar kata. Ibu ingat lagi arwah tokma memang amalkan surah ni untuk mendidik ibu adik beradik.



with love,

1 comment:

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah kalau ada azam untuk jadi ibu yang terbaik... tahniah!