Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Tuesday, December 8, 2009

Kemiskinan punca dera anak



sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091208075214/Article/index_html

KANGAR: Kesempitan hidup dikenal pasti punca sepasang kekasih di Kampung Repoh di sini bertindak mendera anak luar nikah mereka berusia 22 bulan hingga mati sebelum bertindak melaporkan kanak-kanak berkenaan mengalami demam biasa.

Kehidupan pasangan berusia 23 tahun itu bertambah tertekan apabila kedua-dua ibu bapa bertindak memulau mereka sebelum pasangan berkenaan bertindak melepaskan geram ke atas anak yang tidak berdosa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata pasangan kekasih itu tidak bekerja sehingga menyebabkan mereka sukar mencari sumber pendapatan dan bertindak menjadikan bayi terbabit sebagai tempat melepas geram.

“Ketika disoal siasat lelaki dan wanita berkenaan mengakui dipulau keluarga masing-masing dan hidup menyendiri tanpa bergaul dengan masyarakat setempat di sebuah rumah usang di Kampung Repoh.

“Mereka tidak berkahwin, tetapi tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu dan dikurniakan anak perempuan.

“Kehidupan mereka bertambah celaru apabila mangsa sering menangis kerana sakit dan kelaparan,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai cuba mengubati anak yang cedera parah selepas didera itu menerusi perubatan tradisional atau bomoh kampung sebelum membawanya ke hospital apabila mendapati bayi berkenaan semakin teruk.

Katanya, polis mendapatkan perintah reman selama seminggu untuk menahan pasangan kekasih berkenaan selepas kes penderaan hingga menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit dilaporkan 29 November lalu.

Mahkamah Majistret Kangar semalam membenarkan tempoh reman dilanjutkan seminggu, mulai semalam bagi membolehkan polis melengkap siasatan selepas memperoleh bukti terbaru kes terbabit.

Abdul Rahman berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di mahkamah pada Khamis atau Jumaat ini.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan sepasang kekasih ditahan dipercayai mendera anak perempuan mereka berusia setahun 10 bulan hingga menyebabkan usus perutnya pecah.

Mangsa turut mengalami patah kaki dan lebam di badan dikatakan meninggal dunia sebelum sempat dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.



Ya! Tuhan
Kenapa anak kecil itu menjadi korban
Korban Kejahilan

Ya! Tuhan
Kenapa anak kecil itu menjadi taruhan
Taruhan nafsu syaitan

Ya! Tuhan
Kenapa anak kecil itu menjadi sasaran
Sasaran amukan perasaan

Ya! Tuhan
Peliharalah anak kecil itu
Agar terhidar dari korban, taruhan dan sasaran
Manusia yang tidak kenal erti kasihan.........

ps: sedih yang terpaling.....

with love,

No comments: