Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Thursday, December 17, 2009

Bersedekah kepada suami



ibu dapat email lagi

Zainab adalah Seorang isteri yang hartawan telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud RA seorang yang miskin. Beliau sangat berhajat untuk mensedekahkan harta kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu samaada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya.

Zainab menyuruh Abdullah bin masud supaya pergi berjumpa Nabi SAW untuk mengadu hal apakah hukum beliau boleh bersedekah untuknya. Suaminya berasa keberatan untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu kepada isterinya.

Zainab terus pergi kerumah Nabi SAW dan didapati di rumah nabi ada seorang perempuan yang mengalami masaalah yang sama.Semasa berbual-bual, kemudia lalu Bilal dan meminta jasa baik Bilal untuk menanyakan kepada Nabi SAW.tetapi beliau meminta Bilal menrahasiakan pengenalan diri kerana malu kepada Nabi SAW.

Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah SAW, barulah dapat merungkaikan masaalah yang terbuku selama ini bahawa Rasullullah SAW memberitahu bahawa seseorang isteri yang bersedekah kepada suaminya akan mendapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kerabat

Kesimpulannya wahai isteri-isteri banyaklah memberi pertolongan kepada suami-suami anda jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut disamping ia juga akan mendapat payung dimahsyar nanti. Insya Allah..

ps: jangan bila isteri murah hati nak tolong suami jadi lepas tangan pulak.......banyak suami2 hari ni ambik kesempatan atas isteri mereka.....

with love,

No comments: