Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Friday, December 3, 2010

Ibu keguguran...


 sedih























keguguran rambut la....

 
 bukan gambar ibu

hehehehe...tapi sedih la tengok rambut merata2 dekat lantai...dekat sikat....terus rasa nak potong (ala2 iklan pantene tuh)...tapi rambut dah pendek dah camne nak potong lagi....anas dah dekat 2 tahun dah tak menyembur2 dah air liur dia...kata kalu anak mnyembur2 air liur rambut ibu2 boleh gugur...ada kaitan ker? memang takde kaitan sebenarnya....itu adalah fenomena biasa selepas perubahan hormon selepas bersalin...takde kaitan pun dengan anak menyembur2 tuh cuma kebetulan jer time tuh memang semua baby akan menyembur2 air liur sebab ransangan pada pemakanan dia.....

lantas ibu terus menggunakan informasi dihujung jari....apa lagi internet lah.....terus menggunakan khigmat pakcik google yg sangat femes....terus taip keguguran rambut.......zapppp sepantas kilat keluar macam2 artikel pasal keguguran rambut nih.....ibu baca kat www.majalahsains.com yang artikel Keguguran Rambut : Fenomena atau Perlu Dirawat tu...yang tulis artikel tu doktor ok bukan calang2 orang...ni blog dr zubaidi tu
Rambut seperti mana organ yang terdiri daripada ribuan sel-sel mempunyai kitaran hidupnya sendiri. Setiap rambut akan gugur kemudian rambut baru akan tumbuh semula di tempat rambut yang gugur itu selepas beberapa waktu.
oooo maknanya rambut yang gugur tu adalah rambut yang dah tamat riwayat hidupnya gitu....so jangan risau selagi ia gugur tak terlalu banyak...kan normal rambut kita gugur dalam sehari dalam 50-80 helai camtu...tapi kalau gugur banyak sangat tu dah tak normal dah....ibu rasa keguguran rambut ibu ni masih normal lagi....rambut baru nak tumbuh rupanya.....
Panjang sehelai rambut juga menjadi faktor bagi menentukan kadar keguguran rambut. Sebagai perbandingan jika seorang wanita itu menyimpan rambut pendek, sehelai rambut berukuran 4 inci akan gugur sebanyak 85 helai sehari, manakala 12 inci helaian rambut akan gugur sebanyak 25 helai sementara 20 inci dan seterusnya dianggarkan akan kehilangan 16 helaian sehari.
Sebelum ni ibu ingatkan makin panjang rambut makin ia cepat gugur sebab berat kan...rupanya makin pendek makin banyak gugur rupanya....salah fakta rupanya...sayang ibu terpaksa potong rambut masa anas mnyembur2 dulu padahal rambut ibu dah panjang dah time tuh....rugi2....sekarang ibu nekad nak bela rambut panjang baliklah.....
Keadaan di mana rambut diikat dengan kuat atau ditarik semasa dandanan memberikan stress fizikal kepada rambut, ini dikenali sebagai Traction Alopecia. Mengikat rambut dengan kuat ala chignon style, atau ponytails,  atau pigtails memberikan kesan jangka panjang pada rambut. Jika tekanan stress fizikal ini berterusan, ianya akan menyebabkan satu ‘kawasan’ yang botak (spot baldness).
ibu rasa ni juga salah satu sebab kenapa rambut ibu gugur...sebab ibu skang selalu ikat rambut yang seciput nih...ya lah rambut dah cecah2 bahu tu yang rimas tuh...dah la ikat nga getah bungkus nasi lemak tuh...bukan apa kalu ikat ngan getak rambut tak kemas/kuat sangat sebab rambut tak berap apanjang kan...kesian rambut ibu rupanya dia tertekan selama nih tuyang gugur banyak tuh.........so, hari ni ibu dah tak ikat dah...manja rambut ni rupanya
Mencuci dan merawat rambut dengan cara yang sesuai akan mengelakkan keguguran rambut secara berlebihan. Rawatan yang membantu rambut yang kering dan kasar menjadi lembap dan lembut semula. Beberapa minyak yang sesuai akan membantu perlembapan rambut.
nak2 minyak kelapa sangat elok untuk rambut...ingat dulu masa kecik2 arwah nenenk ibu selalu letak minyak kelapa yg dia buat sendiri....memang tengik lah tapi hasilnya rambut ibu memang lebat dan panjang dan hitam sangat.....nenek ibu dulu selalu manjakan ibu...dia akan belai rambut taruk minyak dan macam2 lagi...maklumlah cucu sulung la katakan....sekarang susah nak cari minyak kelapa kan...kalu ada pun belum tentu lagi originalitynya...mebi dah dicampur dengan macam2 kan....nak buatlah minyak kelapa ni...bukan susah pun sebenarnya......ok ok balik kerja karang beli kelapa/santan lah nak masak buat minyak kelapa nih....nak letak kat rambut....tu pun kalu rajin la...mintak aura rajin datang

ok sekian saja kisah keguguran rambut ku....hehehehe

ps: tulisan italic tu dari artikel drzubaidi ya...nak baca lebih lanjut sila ke www.majalahsains.com cari artikel pasal rambut gugur tuh


with love,

2 comments:

dZah said...

salam...
sm la rmbut sy pn byk gugur lps bersalin anak pertama ni...heran sgt...xtkr shampoo pn tp tiba2 gugur...2la br2 ni try minum collagen tp msh sm....bila bc entry kat blog ni,kerisauan ada kurang ckt...ada info br yg dpt tau

AMIEROZIANA said...

tu la rupanya rambut pun ada hayatnya kan?...sama2 share info ya...salam kenal