bukan semua orang sanggup bangun untuk bersahur...
sayang oo nak tinggal tidur..
maklumlah time tuh sedang syok diulit mimpi tu.......
nak nak pulak kalu time hujan
syurga tu berbungkus dalam selimut...
sedar pun buat2 tak sedar jer
jom share kelebihan sahur..
dari sudut agama dulu ya:
- sunnah nabi, kerana nabi tidak pernah meninggalkan sahur pada bulan Ramadhan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim.
- pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.”
- membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain.
- Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
- amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari.
- bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi.
with love,
No comments:
Post a Comment