Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Wednesday, August 25, 2010

Balik Kampung Padang, Setiu, Terengganu



tak sabarnya nak hari jumaat nak balik kampung
ibu ngan papa ambik cuti dua hari
isnin ngan rabu

rindu nak jumpa famili kat kampung
rindu nak rasa suasana berpuasa di kampung
makan berebut2
ramai2
tapi tak complete
kalu complete semua ada lagi best ni

nnt balik kampung nak bawak anas pegi pantai lah
mesti sonok nih...dia kan dah boleh berlari dah
pastu nak bawak gi sungai jugak
bawak gi cakoh/sawo pun ok gak nih
dah la budak kecik memang suka main air kan
woooo mesti best nih
alangkang bulan puasa
kalu tak boleh ibu ngan papa join sekali berendam

aa ni gambar masa anas umur 9 bulan kitorang bawak dia gi pantai bukit keluang, besut
baby airiel pun ada sekali jugak
cantikkan pantai2 kat terengganu nih
jernih jer air dia...


eeee tak sabar nak tunggu hari jumaat
insyaAllah lepas sahur tu kitorang gerak balik terengganu
tahun ni kan turn raya ngan famili papa
tu ibu balik kampung dulu tu

tak sabarnya...
with love,

1 comment:

cKyN WaN said...

kem salam katsemua ek