Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Wednesday, August 25, 2010

Balik Kampung Padang, Setiu, Terengganu



tak sabarnya nak hari jumaat nak balik kampung
ibu ngan papa ambik cuti dua hari
isnin ngan rabu

rindu nak jumpa famili kat kampung
rindu nak rasa suasana berpuasa di kampung
makan berebut2
ramai2
tapi tak complete
kalu complete semua ada lagi best ni

nnt balik kampung nak bawak anas pegi pantai lah
mesti sonok nih...dia kan dah boleh berlari dah
pastu nak bawak gi sungai jugak
bawak gi cakoh/sawo pun ok gak nih
dah la budak kecik memang suka main air kan
woooo mesti best nih
alangkang bulan puasa
kalu tak boleh ibu ngan papa join sekali berendam

aa ni gambar masa anas umur 9 bulan kitorang bawak dia gi pantai bukit keluang, besut
baby airiel pun ada sekali jugak
cantikkan pantai2 kat terengganu nih
jernih jer air dia...


eeee tak sabar nak tunggu hari jumaat
insyaAllah lepas sahur tu kitorang gerak balik terengganu
tahun ni kan turn raya ngan famili papa
tu ibu balik kampung dulu tu

tak sabarnya...
with love,

Tuesday, August 24, 2010

Kat negara orang, ikan pun hisap botol wei


 dari email:



kelakar kan
tak terpikir pun ikan pun boleh hisap botol
nasib tak demand nak susu kan
tapi tu lah
tu menunjukkan cara kasihkan binatang

tapi kat negara kita
anak sendiri dibuang
apa kes????

with love,

Monday, August 23, 2010

Persiapan Raya



tahun ni tahun ke dua beraya bertiga ngan anas
memang excited lagi la walau tahun ke dua
sebab raya tahun lepas anas kecik lagi
baru lapan bulan
tapi ibu gigih jahitkan anas baju melayu huhuhuhu
ha ni semua pic raya tahun lepas..

 cute je kan budak kecik pakai baju melayu

 sedondon nga papa

sedondon ngan ibu jugak

kat baby airiel pun ibu jahitkan jugak

mencabar wo jahit baju dak kecik
macam nak wat baju anak patung dah
tapi bila dorang pakai rasa puas hati sangat

tahun ni mood ibu nak menjahit kureng....
eh bukan kureng tapi takder lansung...
baju ibu pun beli siap and tempah jer
mcamana nak menjahit dengan anas yang lasak kemain tuh
kang ada pulak yang kena jahit karang

 baju raya anas

 baju ibu beli yg ready made 
*baju kurung yg bungan kecik2 tu dah berjaya pakai hari ni hiks!

 baju raya papa

 jean n slack papa

 
tempah
*kain plain merah tu sebenarnya kain baju melayu papa...disebabkan lambat hantar..tukang jahit dah tak nak dah so pospon la tahun depan kain tu wat baju melayu...
 *cik ikin sila pilih yg mana satu berkenaa ya..yg 4 dari bawah yang belah kiri tuh

so, tinggal lagi baju melayu ngan kasut selipar yang belum beli
ada ke size baju melayu untuk budak umur setahun setengah ni ya
takpe ada masa lagi nak beli ni

with love,

dah beli...





 tunjuk sipi2 jer...kang ada jugak yang terliur karang

hahaha
tak sempat tunggu petang karang
time lunch tadi gigih keluar pi beli buah asam
beli jambu batu ngan mangga muda
mangga tu ada dua jenis satu jenis besar pastu satu lagi jenis kecik2 tuh
pastu mula la kecur jer liur ni
lambatnya nak buka....


with love,

Timun batang pun jadi



tak tahu la buka puasa semalam cam tak lalu jer nak makan
padahal berkobar2 masak (dah lah 1st time masak nih)
alah masak sayur air petola (orang ganu panggi tenne) campur ikan rebus ngan black paper
pastu goreng ikan..tu jer pun
tapi makan dua tiga supa tak lalu
mungkin penangan demam tu la nih
mulut lak terasa nak makan asam
mangga muda ker betik muda ker jambu batu ker
perghhhh cicah lak ngan 'colek' (cuka+gula+garam+belacan+cili api)
kecur liur nih
tapi selongkar2 peti ais takder la pulak asamnya
yang ada cuma timun batang jer
timun batang pun timun batang la.....
layan.............

 timun batang...

 
colek cuka...
petang karang harus cari asam nih

ps: harap2 ni bukan tanda2 anas nak dapat adik 
with love, 

Demam pun boleh kebah layan budak nih.......



sabtu malam tu badan rasa tak sedap jer
seram sejuk semcam
pastu badan dah sakit2..
sah nak demam ni...
so, hari ahad tu melepek je la ibu
nak buka puasa kang sayang pulak
takper lah tahan lah...
takder la teruk sangat pun
tapi duk dengan budak kecik nih bukan leh rehat pun
kejap2 nak basuh berak la
kejap2 nak air la
kejap2 panjat beskal tak boleh nak turun la
macam2 la......nasib tak pitam ibu nas...

ni fenomena biasa ya....sape yang ada anak tu tahu la camne penatnya nak melayan dorang ni......demam pun tak payah nak makan ubat...kebah ngan sendirinya

with love,

Friday, August 20, 2010

Potong ke botak je...




dah rimas dah tengok rambut anas tuh
ibu plan nak simpan panjang
bukan la panjang sampai leh ikat tapi cam panjang sikit la
tapi dengan cuaca sekarang ni memang tak sesuai la
kita org tua pun tak selesa rambut panjang
ni kan budak kan

ke nak botak kan jer mcm ni?????



ni masa dia setahun 2 bulan

with love,

Kelebihan Sahur......



bukan semua orang sanggup bangun untuk bersahur...
sayang oo nak tinggal tidur..
maklumlah time tuh sedang syok diulit mimpi tu.......
nak nak pulak kalu time hujan
syurga tu berbungkus dalam selimut...
sedar pun buat2 tak sedar jer

jom share kelebihan sahur..

dari sudut agama dulu ya:
  • sunnah nabi, kerana nabi tidak pernah meninggalkan sahur pada bulan Ramadhan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim.
  • pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.” 
  • membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain.
  • Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
dari sudut sains pulak:
  • amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari.
     
  • bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi.
semoga puasa kita semua diberkati Allah..amin

with love,

Wednesday, August 18, 2010

Busyuk ibu......



bulan puasa ni anas duk ngan wan ngan mak long
tahun ni wan tak berniaga bulan puasa
tu wan request nak jaga anas tuh
anas pun ibu tengok happy jer duk rumah wan

nak sms mak long (kak ipar) la tanya anas wat pe

ibu: anas duk watpe?
maklong: tdo..
ibu: oo dah lama ke dia tido?
maklong: dlm kul 2 tadi dia tdo..knp ibu anas rindu anas ya..
ibu: mmg hari2 rindu dia heheheh..hari2 pun tak sabar nk tunggu kul 5
maklong: ha ni dia baru bgn tau....
pastu maklong sent mms gambar anas baru bangun tido

 "hai ibu, anas baru bangun tdo ni hehehe"

ibu: Ololo busyuk ibu ni, tggu ya jap lagi ibu balik ya

tu la seorang ibu kan
semua ibu pun mcm ni kan
hari2 pun rindu kat anak
bapak2 pun sama jugak kan

ps: kat papa pun ibu rindu jugak....

with love,

Online pun jalannnn.........



ye! ye! dah sampai dah sandal anas
semalam ibu beli kat www.anakku-manja.blogspot.com
hari ni dah sampai dah




tak sabar nak tengok anak ibu pakai nih
mesti comel jer kan

heee bahaya betul la sekarang ni kan
tak dapat gi pasaraya
online pun boleh shopping
bahaya! bahaya!

with love,

Terkenang



puasa2 ni apa lagi yang terkekang kalau tak makanan kan...
nak2 kalu dah separuh hari nak dekat2 buka ni...
fuh!! macam2 terbayang apa nak di ngap nanti....

pastu terkenang pulak makanan yang selalu dimakan time buka puasa time zaman kanak2 dulu
ingat lagi benda yang wajib ada setiap hari adalah cendol
bukan cendol pulut ke cendol tapai tu yang makan ngan santan tu..bukan..bukan
ni cendol semata ngan sagu warna merah
dimakan dengan susu pekat penuh krim tuh
nnt nak gugle gambar jap...
ha ni lah gambar hasil guglen tuh

 ha ni la rupa cendol tuh...

 dimakan dengan susu pekat nih

fuh!!! layan la....
masa tu arwah ma ada lagi
pastu bila dah terkenang makanan yang dimakan dengan adik beradik ni
terus la terkenang ngan abah...arwah ma dan adik2 semua
bila la dapat berbuka puasa sama2 ya macam zaman2 kecik dulu

kepada adik2 ku, UT, jang, ikin, pok joe...jangan kata tak ingat ni makanan wajib berbuka dulu2 nih

with love,