Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Wednesday, March 16, 2011

Buat Anas - Kamu dan Buku



buku 1

buku 2

kepulangan papa dua minggu lepas, papa belikan kamu buku....ibu rasa lebih baik belikan kamu buku2 kerana mainan dah terlampau banyak.......kamu pun memang suka buku...pantang nampak buku kamu akan terus duduk dan khusyuk menyelak.....jadi, papa belikan kamu dua buah, buku 1, mengenal kenderaan dan buku 2 mengenal macam2....kamu sangat suka terus memeluk dan mencium papa kamu dan terus ucap 'acih' terima kasih....

setiap malam rutin kamu sebelum tidur adalah membaca buku2 tersebut....sampaikan ibu selalu tertidur dulu dari kamu...kamu akan menyebut setiap gambar yang ada dalam buku itu....kadang2 ibu tergelak sediri mendengar kamu dengan pelat kamu menyebut satu persatu kandungan buku itu....
sekarang buku ini menjadi buku kegemaran kamu....kemana sahaja kamu ingin membawa buku itu...kerumah mama sarah juga...sekarang kamu sudah kenal beberapa warna...kenal banyak binatang dan mengenali hampiri semua nama anggota badan kamu...ibu sangat bangga dengan kamu sayang....

sehinggakan tidur disiang hari juga kamu ingin membaca buku...dan memeluk erat jika mata mu sudah tidak mampu lagi untuk membaca....erat pegangan kamu....dan kamu akan terkejut jika ibu ingin mengambil buku itu untuk disimpan....moga kamu jadi anak yang rajin membaca hingga kamu dewasa nak.....kerana dengan membaca banyak ilmu yang kamu akan perolehi...

ini adalah buku pertama yang ibu belikan selepas kamu dilahirkan...masa ni kamu baru berumur 3 bulan...ketika itu ada jurujual masuk ke pejabat ibu menjual buku itu...ibu terus tertarik dan terus membelinya...kerana ibu fikir tidak perlu tunggu kamu bersekolah baru ibu nak belikan kamu buku....

dan kamu sangat suka buku itu....ini ketika kamu masih bayi...jika ada kelapangan ibu mesti bacakan kamu buku.......dan kamu tidak pernah cuba untuk mengoyak buku2 itu...kamu akan selak satu persatu...dan sampai sekarang kamu sangat suka kan buku....

bila kamu sudah besar dah sudah pandai memegang sendiri buku...kamu lagi suka membaca buku...tengoklah sampai terangkat kaki kamu bila khusyuk membaca buku itu...dan buku itu masih ada lagi dan sesekali kamu akan mangambil dan membacanya...dan kamu tahu buku mana yang ada gambar dog...dan buku mana yang ada gambar kereta....

ini adalah antara koleksi buku dan alat pembelajaran kamu dirumah....walaupun ibu dan papa kamu sangat suka membelikan kamu mainan seperti kereta, motosikal, lori dan sebagainya...tapi kami tetap tidak lupa membelikan kamu buku......

dan jika kemana-mana, untuk membuatkan kamu diam kami akan berikan kamu buku....ini ketika dihospital semasa membawa kamu untuk mendapatkan rawatan....sementara menunggu giliran ibu berikan kamu majalah yang ibu beli...sebenarnya majalah itu untuk ibu...tapi kamu merebutnya dari ibu...kamu sangat suka melihat gambar2 bayi didalam majalah 'Pa & Ma' itu....

begitu juga ketika membawa kamu berjalan-jalan menaiki komuter ke KL Central bulan lepas...kamu sekarang sudah besar dan sangat aktif berlari-lari disana...kamu sangat gembira...dan bila masuk ke salah sebuah kedai buku kamu terus mengambil satu buku dan terus menyelak satu persatu helainan buku itu......ibu hanya membiarkan sahaja kerana ibu sangat yakin kamu tidak akan mengoyakkan buku itu...ibu juga mengambil satu buku dan kita sama-sama membaca di situ...begitu juga kalau kita keluar dengan papa kemana-mana pasaraya kami mesti akan singgah di mana-mana kedai buku dan anas akan ikut sama.....

kamu memang anak yang bijak anakku........


with love,

No comments: