
bila cakap pasal rezeki mesti kita pikir duit atau apa2 yang material la
kita tengok orang kaya bisness juta2
pakai kereta besar berderet2
kita kata murah rezeki dia
pastu persoalkan kenapa kita tak murah rezeki
gaji ciput2 cukup2 makan jer
tak boleh nak bermewah2 makan kat 5 stars hotel
shopping tak payah tengok price tag
tapi kita tak sedar
rezeki Allah itu pelbagai
cuba tengok dalam hidup kita
walau gaji kita sikit tapi kita bahagia
ada suami yang baik
itu rezeki
ada anak penghibur hati
itu pun rezeki
ada keluarga bahagia
itu juga rezeki
Allah itu adil
dilebihkan itu dikurang kan ini
ada orang berjaya dalam peniagaan
tapi tak dikurniakan zuriat
ada orang punya zuriat yang ramai
tapi kerja biasa2 sahaja
yang penting kita kena tahu bersyukur
jangan selalu menyalahkan takdir hidup
Apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita
with love,

No comments:
Post a Comment