Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, October 31, 2011

Ulser Mulut...eeeee sakitnya



 
rasanya semua orang pernah kena ulser mulut ni kan...ada yang panggil mata ikan, ada yang panggil ulser...memang kalu kena ulser ni memang sakit sangat2 walaupun ulser tu kecik jer dalam mulut tu....efek dia memang sangat besar....rasa serba tak kenalah........

dan paling kesian kalu kena kat budak2...kita orang dewas apun memang tak tahan....rasa nak bagi penampar je kalu sape2 banyak tanya time kena ulser nih...................
.

 ulser tu kat bibir bawah...nampak merah kan...*muka budak cute jer baru bangun tidur ambik gambar...cuba muka kita...pengsan terus tengok...hisk!!!

hari ahad tu bangun tidur....tengok bibir dia macam merah jer....pastu dia cakap "mulut anak sakit"...ya dia biasakan dia anak ya bila bercakap....pastu dia cakap ibu gigit mulut anak...aik...bila masa pulak ibu gigit mulut anak nih....mulut papa tu ada lah ahaks!...mebi dia mimpi kut....pastu bila ibu suapkan dia nestum cereal tu dia macam kemam susah nk telan...pastu nk minum susu pun macam susah je ibu tengok.....belek2 rupanya dia kena ulser..........


bukan mulut anas....
 
hari ahad tu papa kerja....so kesian sangat dia sehari memang tak makan lah...time ibu makan nasi dia macam nak makan tapi memang sakit, so semulut je dia makan...pastu ibu buatkan susu...suruh dia hisap pelan2....tunggu papa balik nak bawak gi klinik....kat rumah ubat biji tembikai tu ada tapi meraung la pedih kalu letak....kalu nk bubuh tunggu dia tidur....tak sampai hati tengok dia meraung kang.....

ubat extract biji tembikai timun cina 

ha gigih ibu ambik gambar ubat ulser nih....googled2 tak jumpa2...so, ibu snap jap kebetulan ada dalam handbag ibu.....memang cepat baik pakai ubat ni...tapi a bit pahit lah.......saper2 yang ada ulser tu boleh beli kat kedai sensei....memang dorang akan recommend ubat ni...kat rumah memang sokmo ada stok sebab papa memang selalu ada ulser dalam mulut....ibu kadang2 jer....

seperti biasa kalu anak ibu kena saikt apa2 ibu tak duduk diam terus googled cari maklumat pasal ulser ni.....jom kita tengok apa informasi yang ibu dapat dari web www.infosihat.gov.my ni. cekedotttttt.............

Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
agak2 anas ni apa punca dia kena ulser ni ya...ni 1st time ni dia kena nih....adakah stress??? apa yang dia nak stresskan??perubahan hormon???? lagi la bukan...budak 3 tahun ada perubahan hormon jugak ker??? atau kekurangan zat makanan???? boleh jadi sebab dia ni kan memang susah makan....harapkan susu je lebih....pening2...

kepada sesiapa yang ada anak terkena ulser ni...atau diri sendiri yang terkena ulser ni harap info ni sedikit sebanyak dapat membantu........

kesian anas.......

with love,

No comments: