Dedikasi
Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Tuesday, June 21, 2011
Tiada tandingan
entry untuk abah
abah, selamat hari bapa...
kasih sayang abah memang tiada tandingan
abah memang abah yang terbaik
abah yang sporting
seboleh mungkin abah akan penuhi semua kehendak anak2
mungkin tanpa pengetahuan kami abah pernah berlapar
pernah bergolok gadai
pernah berhutang...
semua demi kami anak2
namun...
tidak pernah terlihat riak marah diwajah abah
abah seorang yang penyabar
yang tahan melayan kerenah kami anak2nya...
kadang terfikir...adakah abah tahu erti marah...
kerana terlalu sukar melihat abah marah...
aku,
mungkin sebagai anak sulung
selalu permintaan aku tidak pernah dihampakan...
teringat sewaktu tinggal diasrama
abah selalu datang melawat aku...
setiap minggu abah akan datang...
jika ingin diceritakan jasa dan pengorbanan abah
memang tidak terhitung
semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik
dan sentiasa bahagia dengan kami anak2mu
walaupun kini kami ada yang sudah mempunya keluarga sendiri...
tapi percayalah....
kasih sayangmu memang tiada tandingan..........
memang tiada tandingan.......
SELAMAT HARI ABAH.....
with love,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment