Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Thursday, April 22, 2010

bukan mudah........



jumaat lepas anas demam
bagi ubat tapi on off camtu la
isnin ibu terpaksa EL sebab nak bawak dia gi hospital
untuk follow-up checke-up asma dia tuh
alhamdulillah doc kata nafas dia dah takder bunyi dah
dah normal
hari selasa tu dia dah tak demam dah

tapi bila demam dah ok
batuk pulak
kesian betul la

bukan mudah nak besarkan anak ni
kadang2 tu bila anak sakit ke apa ker
rasa cam aku ni ibu yang gagal ker
betul rasa cam tu......

masalah sakit tu satu hal
pastu masalah makan minum lak satu hal
susu nak kena cuba mcm2 susu nak tahu mana satu yang rasi
kalu tak rasi kan sembelit ke cirit ker
sangat menguji tau
kena pulak macam anas ni yg alahan susu lembu
kena bagi susu berasaskan soya pulak
kesian sangat.....
tapi semua ni nak tak nak memang kena lalui dengan redha

masa kita kecik2 dulu
kebanyakan mak2 kita tak kerja
so dorang leh bagi sepenuh perhatian kat kita
minum pun susu cap gantung je so takder la masalah sembelit ker cirit ker kan
tapi sekarang ni kebanyakan ibu2 dah berkerjaya
so, nak tak nak kena jugak bagi susu lembu

belum lagi citer pasal pangai/kerenah anak2 nih
sangat menguji kesabaran
ya lah dulu sebelum ada anak sedap jer tidur membongkang kan
tapi bila dah ada anak ni sori ya
kejap2 kena bangun buat susu la
tukar pampers la....
pastu bila diorang dah besar sikit
nak kena jaga pulak diorang dah mula nak explore macam2
semua benda nak usik nak sentuh nak mengemas
kadang2 tu makan pun tak jatuh kat perut org kata
baru nak suap dah kung kang kung kang
baru nak suap lagi waaaaaaa dah melalak pulak

tapi pengalaman membesarkan anak ni memang suatu yang sangat amazing
telatah diorang sangat menghiburkan
setiap hari ada jer perkara baru yang kita ibu2 tak jangka
apa sahaja yg diorang buat mencuit hati kita
sangat2 comel....


 time demam memang nak melepek jer ngan ibu....

suka duk dalam bakul.....tak tahu la naper suka sangat
so, time ibu nak melipat kain ibu letak la dia dalam bakul hehehehe

kesian demam nih.....

main ciku cak......suka sangat la tuh

sangat suka buku.....kalu dapat buku ralit jer dia belek2 buku tuh hehehe


apa2 pun menjadi ibu bukan perkara yang mudah ya......
so, hargailah ibu2, isteri2 anda.....hehehehe


with love,

No comments: