Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Friday, April 30, 2010

Hulurkan Tangan......Ringankan Beban.....





ibu dapat email:
ni ibu copy paste bulat2 kat sini


Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hani b berasal dari Kuala Lumpur. Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan  setiap bulan saya dirawat dihospital. Saya memerlukan sejumlah
bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya,yang berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/ Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikitsumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama:-

Adrianna Alysya Bt Mohd Ha nib

CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek  012 658 0456  /  013 695 3030 


Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan
/ Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera. Sekian,

terimakasih.
Adiranna Alysya



P/S:  JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA:

SETIAP SATU YANG KITA SEDEKAHKAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T,  AKAN

DIGANTIKAN DENGAN 10 KALI GANJARAN.
 

jangan dipersoalkan betul ke tak email nih.......
kalau nak tolong, derma biar ikhlas
betul ke tak betul tu urusuan dia dengan Allah

ibu teringat masa anak ibu kena asma masuk wad 8 hari kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dulu...
hari2 rasa nak memangis jer bila anas kena pakai oksigen, kena nab 4 jam sekali
tapi sebagai ibu kita kena kuat...


Alhamdulillah......sekarang anas dah sihat dah........asma pun dah takder dah.....
tu yang makin mengganas tuh hehehehe......ibu tak kisah anas mengganas ke wat sepah ker tu tandanya anak ibu sihat.....ibu tak sanggup tengok anak ibu terbaring jer.........sedih sangat2
with love,

Tuesday, April 27, 2010

Nanny 911



baru perasan rancangan ni kat ntv7
dalam 2 ke 3 minggu ni
mula2 ingatkan citer cartun ker sitcom ker
rupa2nya sangat berinformasi untuk parents

tak sangka kat negara luar ada khidmat mcm ni
rasanya kat malaysia pun kena wat camni lah
sebab semakin hari kita tengok anak2 muda dah semakin teruk sosial dorang
nak selesai masalah remaja sekarang kita kena selam akar umbi dia
biar dari kecik kena betul tunjuk ajar

ibubapa sangat2lah dialu2kan tonton rancangan ni
banyak pengajaran
sebab baik buruk anak kita
semua terpulang kat tangan kita mak bapak

setiap isnin
8.30pm to 9.30pm
ntv7
with love,

Monday, April 26, 2010

New books for anas (bukan facebook ya..hiks!)








ibu suka buku2 ni
anas pun mesti lah suka
sebab gambar2 dia memang gambar real
bukan gambar lukis
pastu gambar besar2
anas nampak gambar orange tuh terus nak ambik
kelakar sangat
so, anak ibu rajin2 baca buku ya!!!!!!!!!!

with love,

2nd tested



ni 2nd test
1 line jer kan????
so -ve la
ibu tak peknen la kan
anas leh manja2 lagi ngan ibu hehehehe
tapi naper piyed dah sebulan lebih dah ni tak datang
musykil he la

with love,

hari ahad yang penat...........



hari ahad pagi2 dah kuar dah
tujuan utama nak ke tesco sebab bak tukar susu anas
boleh tak ibu nga papa tak perasan
pegi beli susu yg umur 3-6 tahun
padahal anas belum pun 2 tahun
nasib baik boleh tukar.......

dah siap tukar susu
beli pampers sekali
pastu lunch kat kfc
pastu terus gi kedai perabot
pening jugak la nak pilih
display set ada tapi design dia dh tak cantik la
petak jer
ibu nak la yg shape2 sikit
last2 pilih cabinet yg ala2 display set jugak la
warna putih
sesuai la koleksi english style ibu kan.....

 lebih kurang cam ni lah...

 enterprame jap ya.....
pastu gi jakel shah alam
dia ada wat diskaun 85% sempena pembukaan cawangan baru
saper2 yang nak beli baju raya tu molek benar lah
boleh pegi
setentang ngan gate belakang uitm shah alam
so semalam sempat beli 4 pasang baju ibu
2 pasang bagi kat wan
pastu beli kain baju melayu papa ngan anas
orang ramai sangat sampai tak rasa ekon  lansung
panas macam kat pasar jer
tapi pompuan kalu dapat shopping memang panas pun tak rasa la
terjumpa aqil
ala terlupa pulak nak ambik gambar

papa tengah beratur nak bayar
 anas dah ngamuk.......dia nak hphone ibu tak bagi

ok citer belum habis ya......
balik dari Jakel
terus ke rumah haikal (sedara belah papa)
haikal sambut birthday setahun
kalu ikutkan cam malas dah nak pegi tapi kena pegi jugak la
orang dah jemput tak baik tak pegi kan
so singgah giant beli hadiah dulu
takkan nak pegi tangan kosong
sangat tiadak manis kan
anas pun dapat satu gak....

 ibu beli yg puzzle atas lantai tu kat haikal..
(bestnya kalu bilik mainan anas camnih......ni gambar hasil googled ya....bukan rumah anas )

sampai rumah haikal kat kul 6 lebih dah
makan2 lepak jap
anas suka la tengok ramai bebudak main belon
terjerit2 dia
ramah la anak ibu nih
tak boleh duk lama
badan dah melekit dah nih
anas pun dah badmood dah
so sebelum dia meletup baik kita beransur dulu
birthday boy-haikal
sampai rumah terus nak pengsan jer rasa
penat sangat
waaaaaa hari ni (isnin) dah kena kerja

with love,

sangat frust......hanya pompuan yang faham nih......



hari sabtu
hari yang ditunggu
ibu ada beli perabot sikit
so org kedai janji nak hantar sabtu 
dalm kul 4 camtu diorang sampai
ibu dh tak sabar2 dah ni hehehe
salah 1 benda yg ibu beli adalah display set
dah lama ibu nak benda alah ni.....
ni baru tercapai....ceh ceh ceh (padahal pompuan semua benda nak kalu bh oleh kedai pun nak beli kan? hehehehe?

tapi.......
kalau dah bukan rezeki kita tuh....
makanan dah kat mulut pun boleh jatuh kan.......
ntah macamana display set tuh dah selamat sampai dah dalam rumah
sekali......mat bangla yang tukang ngangkat tu camna la wat kerja
boleh pecah pintu display set tuh........
terus hati ibu terus pecah gak........
waaaaa dah la tu last item dah memang takder stock dah......
nak wat camner.........dah takder rezeki......(ayat nak sejukkan hati)
jadi ibu terpaksa gi balik kedai perabot tu kena pilih barang lain yg bersamaan dengan harga display set tuh

display set yg hanya sempat duk rumah ibu tak sampai 1 jam

 pintu pecah kat bahagian bawah

 kena bawak balik kedai

frust sangat ibu...
nasib baik brg2 lain ok

ibu beli nih untuk bilik anas.......

with love,



Bayangkan kita ditempat dia..........



Isteri 'Achik' di dunia & akhirat


DI TEPI pintu yang bercermin, kala hari semakin gelap, seorang kanak-kanak kecil setia menanti. Sesekali dia mengintai, matanya melilau luas, mencari-cari ke luar rumah. Dengan puting susu erat di mulut, dalam pelat bahasa kanak-kanaknya, berkali-kali dia bertanya, 'Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah tak sampai lagi ni?'
Penat menanti, akhirnya dia ketiduran tanpa mengetahui selama kehidupannya, dia akan terus menanti.
Ya, benar, semenjak malam itu, anak kecil berkenaan terus bertanya soalan yang sama. Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah belum balik rumah?
Anak kecil yang bernama Sofia,3 tahun itu sebenarnya tidak akan sama sekali bertemu dengan jawapan kepada persoalan itu.
Ini kerana, lelaki yang ditunggu itu sudah menutup matanya, hayat hidupnya telah berakhir dan dia telah dipanggil semula oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam.
Ayahnya, lelaki bernama Adillah Murad Md. Shari yang kita kenali sebagai Achik, pelantun suara kumpulan Spin itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika perjalanan pulang ke rumah kelaminnya di Senawang, Negeri Sembilan pada 17 April lalu.
Kenderaan MPV yang dipandu arwah terbakar di tempat kejadian dan Achik disahkan meninggal sejurus selepas kemalangan di kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban, Negeri Sembilan.
Selain Sofia, Achik meninggalkan seorang lagi anak yang masih kecil, Safia, 10 bulan dan seorang balu, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof (Tasha).
Anak pertama pasangan ini, Puteri Rania meninggal dunia selepas beberapa bulan dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.
Kejadian ngeri yang membuatkan dalaman jasad penyanyi itu cedera serius, pembuluh darah pecah dan hatinya hancur berkeping-keping, selepas setengah jam berjanji di talian telefon untuk membawa keluarganya keluar makan selepas persembahan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
"Saya tidak pernah menyangka, anak-anak akan kehilangan ayahnya dengan cepat. Ketika Sofia dan Sumayyah (panggilan untuk di kecil) masih tidak kenal erti hidup, dia sudah pergi.
"Dulu ketika kami hilang Rania, arwah yang bagi saya kekuatan untuk teruskan kehidupan.
"Sekarang bila arwah yang jadi tulang belakang saya selama ini sudah pergi, saya tak ada sesiapa lagi. Hanya ada dua anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri tidak tahu macamana caranya saya hendak teruskan kehidupan selepas ini," luah Tasha dalam bicara tersekat-sekat, ketika saya dan teman-teman mengunjunginya, lima hari selepas perjalanan arwah ke alam barzakh.
Kami hadir untuk berkongsi rasa dari dalam diri Tasha sendiri, sementelah kami sendiri cukup mengenali Achik sebagai salah seorang penyanyi muda yang cukup baik, bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya.
Dia tidak pernah lokek keringat, malah selalu menerima pelawa Pancaindera untuk memeriahkan acara kami tanpa banyak tanya dan soal tentang ganjaran.
Malah, Achik yang kami kenali juga, bukan seorang artis yang bermasalah sehinggakan sukar sekali untuk mencari meski sekecil hama, sisi negatifnya selama ini.
Mula merinduinya
Melihat Tasha yang pada hari pengkebumian jenazah suaminya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, wanita ini cukup tabah, malah jarang sekali menangis kala ditemubual media. Pun dalam pertemuan kali ini, dia berubah sama sekali.
Dalam pandangan matanya yang tidak 'segalak' dahulu, Tasha tidak mampu menahan air mata kata kami bertanya tentang perancangan untuk zuriat yang ditinggalkan arwah.
Barangkali kunjungan selepas lima hari kehilangan itu, telah membuatkan dia mula merindu. Jika sebelum ini dia hanya merasakan suaminya hilang kerana urusan kerja di luar daerah, hari kelima membuatkan dia sudah mencari-cari bau sang suami.
"Benar kak, saya sudah mula rindukan dia. Terbayang-bayang dia ada. Sofia pun lepaskan rindu dengan mencium baju arwah. Saya tak tahu, apa lagi yang perlu saya jawab, bila Sofia hari-hari bertanya mana Achik pergi," katanya lagi.
Menelaah nostalgia, mengenali Achik semenjak pertemuan pertama mereka pada Januari 2002, menurut Tasha dia tidak mungkin akan bertemu dengan lelaki sebaik Achik lagi.
Meskipun mencari untuk sepanjang hidup, dia tahu lelaki seperti Achik tidak akan ada duanya.
"Saya mahu menjadi isteri dia di dunia dan di akhirat. Saya tak akan fikirkan apa-apa lagi selepas ini kecuali anak-anak dan kenangan bersama arwah.
"Sepanjang hidup,masa bercinta, bertunang, lepas kahwin, dia tidak pernah sakitkan hati saya. Cakapnya tidak pernah tinggi . Pemergian Rania membuatkan dia selalu berpesan, kalau apa-apa terjadi kepada dirinya, dia mahu saya jangan menangis.
"Sebab itu, pada hari dia meninggal, di depan orang saya tidak menangis kerana saya ingat pesan dia walaupun dalam dada saya bagai mahu pecah menahan sedih. Tetapi sekarang entahlah, saya berasa sudah tidak kuat lagi," ceritanya lagi.
Setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan bahawa arwah sudah meninggalkan beberapa alamat atas pemergiannya itu.
Ini termasuklah perilaku ganjil yang tidak pernah dada sebelum ini dan hanya setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan akan segala perubahan itu.
"Dua minggu sebelum meninggal, dia cepat sensitif, suka bersedih. Selalu juga dia buat benda macam dalam keadaan tergesa-gesa. Angkat kain tergesa-gesa, berjalan tergesa-gesa, makan pun hendak cepat, sedangkan masa tu bukan banyak kerja pun, " imbasnya.
Ketika rumah teres setingkat yang suram itu kami tinggalkan, hati sebenarnya sangat berat. Masih mahu bersama 'meratah' pilu seorang isteri yang ditinggalkan, pun saya akur, sekuat mana pun kami mencuba, masih tidak dapat menyelami duka laranya. Sempat juga saya ingatkan Tasha, bahawa dia tidak perlu bersedih.
"Sekarang, Achik sedang bersama Rania. Tasha dengan Sofia dan Sumayyah, itu adil bukan?," dan wanita itu erat mendakap saya sebelum kami berpisah.
Di petang yang rembang, hati kami turut terkesan. Pilu kerana satu kehilangan teman yang budiman. Al-Fatihah.
sumber: utusan online

 2 hero ibu

with love,



Thursday, April 22, 2010

bukan mudah........



jumaat lepas anas demam
bagi ubat tapi on off camtu la
isnin ibu terpaksa EL sebab nak bawak dia gi hospital
untuk follow-up checke-up asma dia tuh
alhamdulillah doc kata nafas dia dah takder bunyi dah
dah normal
hari selasa tu dia dah tak demam dah

tapi bila demam dah ok
batuk pulak
kesian betul la

bukan mudah nak besarkan anak ni
kadang2 tu bila anak sakit ke apa ker
rasa cam aku ni ibu yang gagal ker
betul rasa cam tu......

masalah sakit tu satu hal
pastu masalah makan minum lak satu hal
susu nak kena cuba mcm2 susu nak tahu mana satu yang rasi
kalu tak rasi kan sembelit ke cirit ker
sangat menguji tau
kena pulak macam anas ni yg alahan susu lembu
kena bagi susu berasaskan soya pulak
kesian sangat.....
tapi semua ni nak tak nak memang kena lalui dengan redha

masa kita kecik2 dulu
kebanyakan mak2 kita tak kerja
so dorang leh bagi sepenuh perhatian kat kita
minum pun susu cap gantung je so takder la masalah sembelit ker cirit ker kan
tapi sekarang ni kebanyakan ibu2 dah berkerjaya
so, nak tak nak kena jugak bagi susu lembu

belum lagi citer pasal pangai/kerenah anak2 nih
sangat menguji kesabaran
ya lah dulu sebelum ada anak sedap jer tidur membongkang kan
tapi bila dah ada anak ni sori ya
kejap2 kena bangun buat susu la
tukar pampers la....
pastu bila diorang dah besar sikit
nak kena jaga pulak diorang dah mula nak explore macam2
semua benda nak usik nak sentuh nak mengemas
kadang2 tu makan pun tak jatuh kat perut org kata
baru nak suap dah kung kang kung kang
baru nak suap lagi waaaaaaa dah melalak pulak

tapi pengalaman membesarkan anak ni memang suatu yang sangat amazing
telatah diorang sangat menghiburkan
setiap hari ada jer perkara baru yang kita ibu2 tak jangka
apa sahaja yg diorang buat mencuit hati kita
sangat2 comel....


 time demam memang nak melepek jer ngan ibu....

suka duk dalam bakul.....tak tahu la naper suka sangat
so, time ibu nak melipat kain ibu letak la dia dalam bakul hehehehe

kesian demam nih.....

main ciku cak......suka sangat la tuh

sangat suka buku.....kalu dapat buku ralit jer dia belek2 buku tuh hehehe


apa2 pun menjadi ibu bukan perkara yang mudah ya......
so, hargailah ibu2, isteri2 anda.....hehehehe


with love,

So sweet kan?........





ni lebih kurang anas la nih........
kdg2 tu kita ingat dia dah nyenyah dah tido
bila kita bangun jer dari katil
habis slow dah tu
dan dan tu dia bukak mata pastu waaaaaaa
so sweet kan????

waaaaaaaa
anas ibu rindu anas laaaa
lambatnya kul 5.30......


with love,

Tuesday, April 13, 2010

ramai jumpa kengkawan kat facebook



fb ibu

sejak ada fb ni ramai pulak ibu jumpa kawan2 lama ibu
jom layan gambar2 lama masa sekolah dulu
gambar2 ni kwn ibu yg tag ibu
syukur sangat sebab gambar2 lama ibu semua dah hanyut 'boh'/banjir
maklumlah kg ibu USA...(kwn2 ibu yg skkb tau lah USA tu apa)

jom layan........masa sek rendah

 ibu tiga dari kanan *nampak gigi jah pa ibu time nih hiks!

 pun tiga dari kiri gak*dah la tudung/jibab putih celok ngan tuan hehehehe
dari kiri: syarifah azizah, nornazirawati, roziana, suriati, erna, ruhaya, azidah, azizah, azizah
ermy fazlina, norliza, rozida

 gambar 19 tahun yg lalu
dari kiri:sufian, aziz, fazli, muhamah, roni azwan, faizudin, mat ali, fairol, aruwan, syamri, hamidi, khalid, mahyudin



 ibu masuk nasyid*mana satu ntah ibu tak nampak muka

ni masa sekolah menengah

 ni masa form 5, suriaty, fini, kak zah, ni, ira, salmah, ibu, ida

 sama la masa form 5

 bakar sate kalu tak silap

 ni masa form 1B

waaaaaaaaa
rindu la kengkawan semua
weii jom la wat reunion

with love,