Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Thursday, October 29, 2009

Si comel berbaju raya contest

:: ni gambar ibu ambik kat blog babyibu ::

tadi ibu jalan2 kat bolg babyibu, sekarang tengah buat pemilihan top 10, mebi esok kut boleh tau........tak tau la anas terpilih tak sebab ramai sangat sicomel yang masuk...........

semua comel2 kiut miut belake........geram jer tengok keletah baby2 ni kan......geram jer nak geget2 nak cium gomol dorang kan........

nanti kita tengok sapa yang kena ya............

with love,

Wednesday, October 28, 2009

Melalak tak hengat bila ibu tinggal

ni aksi anas pagi tadi ya......papa sila tengok anak papa nmi, makin besar makin mengada2 la pangai dia....manja terlebih.....

rasa2 ikut pangai saper ni pa??????????? hehehe lagi mau tanya.....dia bukak mata jer dia nak ibu dia ada kat sebelah dia..kalu tak ini lah jadinya.......

bila nampak jer ibu dan dan tu jugak dia sengeh senyum biar air mata meleleh lagi pun.....pastu bila ibu kuar balik sambung balik nangis...........

anas...anas.... hero mana boleh manja2 gini sayang........hero kena kuat tau takmo nangis2......

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

tadi berjalan2 diblog list ibu, pastu singgah di blog en. laloque papa nisa, terjumpa video ni......pastu teringin nak letak kat blog ibu sebagai kenang-kenangan..........

terus ke youtube cari video ni..........bukan apa nanti anas besar anas boleh tengok camner proses kejadian manusia.......

kelu tak terkata melihat betapa besarnya keagungan Tuhan...

hanya mereka yang melalui sahaja yang dapat merasai nikmat kesakitan mengandung dan melahirkan.........

Syukur, ibu diberi kesempatan merasai segala kenikmatan ini yang tidak ada satu pun dapat ditandingi betapa gembiranya terpilih menjadi seorang ibu.........

so, lelaki2 sila hargailah perempuan2 dalam hidup anda bukan mudah nak lalui semua ni.........

Tuesday, October 27, 2009

Susu oh Susu........

habis merah2 muka, leher anas naik gatal2
ibu nga papa plan nak tukar susu anas

anas skang ni minum isomil, susu based soya sebab dulu masa nak bagi dia susu formula ibu try bagi susu lembu dia muntah belahak sampai biru merah muka dia

mebi dia tak boleh nak minum susu lembu then ibu beli nursoy kat anas

nursoy ni takder pack besar jual yang 400grm jer pastu ibu tuka isomil sampai la skang ni......

pastu bila dia dah boleh makan ibu bagi dia makan nestum macam2 perisa la dan dalam kandungan tu ada susu, so anas makan cam takder apa2 la tu yang ibu plan nak tukar susu lembu bagi anas

ibu pikir dia dah boleh minum susu lembu kut, so masa balik kampung pak long meninggal hari tu ibu try la bagi susu baby airiel kat anas, susu dutch lady, so anas minum elok jer takder muntah apa la...so ibu ngan papa happy la kan, lagi pun minum isomil ni cam tak naik jer berat badan dia...

ibu ada surf jugak yang minum susu lembu ni khasiat dia better than susu yang based soya....so ok la dah boleh tukar la ni, lagipun susu isomil ni harga dia boleh tahan la mencekiknya...RM55.70 untuk 900gm kalu kat kedai sensei ke 99, kalu kat giant ke tesco ke mana2 pasaraya rm58 ke rm59 gitu, so sebulan lebih kurang 5 tin.tak ke kopak poket papa tu...

tapi hampeh lepas dekat 3 ke 4 hari gitu anas mula kuar merah2 kat muka dia kat badan takder lagi, so ibu ngan papa ingat ruam ke apa la kan..tapi hari ahad malam tu anas tak boleh tidur kat muka dah penuh dah naik gatal2 cam 'gegata' tu mata dah bengkak dah, pastu kat perut dah naik kat ketiak pastu celah kelangkang dia.......

anas dah tak boleh nak tidur dah time tu, dia dah nangis2 dah garu2 dah. dah la susu isomil dah habis kat rumah, so ibu call mama su mintak yang kat rumah dia.....kesian anas nangis2 tergaru2 pastu ibu lap anas ngan air garam, alhamdulillah lepas tu anas dah boleh gelak2 pastu dah boleh tidur....

pastu pagi esok try lagi bagi susu dutch lady tu, bila dah habis sebotol cam nak naik balik bintik2 merah kat pipi anas, so jangan cari penyakit nak tukar susu, minum jer la isomil tu.....dah la ibu dah beli stok susu dutch lady tu satu tin 900gm ngan satu pack 700gm.......rezeki baby airiel lagi la gamaknya.........ha baby airiel bila nak datang sini rumah anas?????

with love,

Friday, October 23, 2009

Pantai Bukit Keluang


ni 1st time bawak anas ke pantai, kelakar bila tengok muka anas geli geleman bila letak atas pasir tu......dia macam pelik jer....tak bergerak dia duk atas pasir tu bila tangan dia ambik pasir mula la dia wat muka geli dia tu...hahaha kelakar la anak ibu ni.......nasib baik dia tak bawak ke mulut pulak.......


cantik betul kan kat tepi pantai ni, rugi tak bawak baju spare kalu tak boleh mandi manda.....plan nak datang sekejap jer, kang malam nanti ada tahlil kat rumah arwah paklong, ni pun kitorang curi2 masa datang sini......ingat dulu pernah datang sini masa arwah ma ada lagi datng piknik kat dalam gua......
bukit keluang ni ada gua kat tepi pantai, dalam gambar yang anas ngan papa tu kat belakang tu ada gua2 so kalu piknik2 tak panas la sebab gua2 tu mengadap laut.....best sangat, pastu ada tangga2 memang syok la.....dulu masa sekolah pun pernah datang sini...pantai bukit keluang ni kat besut lebih kurang sejam la jugak dari rumah tokki......


kat pantai ni gak ada taman permainan kanak2, anas bukan main suka lagi mokcek bawak main2 kat sini, baby airiel kecik lagi so tak boleh joint la.....ada gelongsor, mokcek bawak anas main gelongsor..........


kat dalam keter ada toto jer, tikar takder so toto pun toto lah......lagi best kan....airiel boleh golek2 kat atas toto ni, lagi pun pasir kat sini bersih......bestnya kalu boleh stay lama kan...tenang jer duk kat sini....nanti balik kampung lagi skali kena datang balik ni kan pa, nak datang mandi2 pulak......nanti bulan 3 kalu jadi balik kampung kita gi sana.......


tengok happy jer airiel ngan anas tu.....dah nak sama besar dah ibu tengok..ntah2 nanti jumpa lagi sekali adik dah besar dari abang, airiel cam rangka besar...tangan dia keras jer....

6 of us

anas la paling happy, alangkan dia tak boleh berjalan lagi, kalu tak jenuh la mengejar dia lari sana sini kan.....ni pun nak dokong pun dah susah lansung tak duduk diam..pusing sana pusing sini....lagak dah cam orang besar dah......

sekali sekala beriadah cam ni best sangat, hilang tension....lagipun kat selangor mana nak cari pantai yang boleh mandi manda camni, air dah macam air teh beng doh, nak mandi camner......nak masukkan kaki oun tak lalu....bukan nak kutuk tapi realiti, tak tahu la naper boleh jadi cam tu ek......
Alhamdulillah pantai2 kat terengganu still bersih lagi..........

anas siap mandi lagi....air kat sini sangat la clear boleh nampak la pasir ngan ikan2 .. ya ker ada ikan pa....anas tak nak naik nak main air, bila ombak datang jer dia nak pegang buih2 tu....seronok tengok.....

bukan apa ibu mandikan dia sebab orang kata air laut ni bileh jadi ubat kulit, kulit anas kan sensitip kalu panas berpeluh mula la naik biji2 merah kena geget nyamuk pun dah boleh jadi kudis so kita cuba kasi try test menjadik tak kata orang ni kan....kalu menjadi Alhamdulillah.......semua kuasa Allah kan......


comel cenonet jer tapak kaki anas tu kat sebelah tapak kaki ibu ngan papa tu, tinggak jejak kat pantai bukit keluang sebelum balik......singgah bandar jerteh nak pekena mi celup tapi hampeh tersilap pilih kedai lansung tak sedap......masin macam lori garam terbalik jer........tak puas hati.....sekarang bandar jerteh dah banyak berubah so tak tau kemana dah kedai yanh selalu ibu lepak2 makan mi celup dolu2....
balik rumah dah malam, nak singgah rumah paklong anas ngan airiel dah tidur dah...so terus balik rumah....anas lansung tak sedar dah tidur kebabom sampai pagi....risau gak takut demam ke apa kan 1st time mandi laut......dah la belum setahun lagi kan...nasib baik tak apa2

with love,

Thursday, October 22, 2009

Al-Fatihah

apasal pulak keluar gambar ibu ngan papa kawin ni,

tapi title al-fatihah...

sebenarnya ibu dah cari gambar arwah tok long (paklong ibu) tapi tak jumpa2 la gambar ni jer yang jumpa.....paklong yang dalam kotak belakang papa tu.......

20/10/2009, malam tu tokki telefon ibu, masa tu bih kurang kul 12 malam, ibu dah tisur dah, anas pun dah lama dah tidur, ibu takder la syak apa2 kan tapi tokki nak bagitau tok long dah meninggal dah...ibu cam tergamam ya la mamai lagi.....so tokki suh ibu inform semua sedara mara kat sini....

dah la ibiu ada kredit 46sen, pastu sms neksu ana, pastu sms sepupu sepapat ibu semua...pastu neksu call gitau dia nak bertolak malam tu jugak, ibu lak jadi cam blurr jer...sms papa tak berjawab pulak.....

so esoknya bila bangun rasa cam mimpi jer betul ker tok long dah meninggal ni.......pastu ibu terus p kerja cam biasa...sebelum pi kerja singgah kedai beli topup tepon papa......rupanya papa tak terima sms ibu......

bincang2 ngan papa

tak boleh jadi kena balik jugak.......

bagi penghormatan terakhir untuk tok long

anas tak sempat nak kenal tok long......

toklong abang sulong tokki.....

tok long takder anak tapi dia ada bela 2 orang anak angkat....

tok long meninggal kerana ada masalah jantung........tapi takder la sakit tak boleh nak bangun ke apa segar2 lagi.....ajal dan maut semua dia tangan Tuhan.......

kita jangan terleka......tapi ibu banyak terleka dan lalai dengan suruhan Tuhan.......tanpa kita sedar disaat kita lena diulit mimpi ada insan lain sedang bertarung dengan maut.......

bila kena pada keluarga terdekat kita baru kita terasa betapa dekatnya maut dengan kita.........

Alfatihah untuk arwah Paklong.............semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman......



with love,

Tuesday, October 20, 2009

Hari Kenduri

:: anas, ibu ngan wan dalam keter otw ke kenduri ::
ha baru tiba hari kendurinya.....bangun siap2 kemas semua sebab lepas kenduri nak terus balik klang dah tak datang dah rumak tok usu tempat penginapan kita tu......so siap2 gerak dalam kul 11 lebih cantu la.......

:: deco dewan yang sangat cantik ::
kenduri wat kat dewan, so memang oarng pertama la yang sampai takder saper lagi yang makan so lepak2 dulu la cantik pelamin ngan hiasan dalam dewan ni......

:: anas jumpa nenek buyot ::
sembang2 pastu makan ada nasi ayam pastu ada nasi lauk kampung, ada satay ada mi bandung dan macam2 kuih lagi lah ni kenduri merangkak jamuan raya ke apa ni........ibu makan nasi lauk kampung ngan rojak buah...........
lepas makan terus gerak sebab nak singgah air hitam ibu tak pernah sampai lagi........tapi time pulak tak kena tengah matahari mencanak atas kepala kita sampai kat air hitam ni so nak jalan pun tak syok ngan kesian kat anak ibu ni panas sangat kan tak pasal2 demam pulak......
pastu kesian la jugak kat papa nak kena kendong berkilo2 tu kan sebab ibu lupa bawak carrier anas so round kejap jer ibu beli tempat letak kunci ngan bakul nak letak susu anas bila nak jalan2 ke baliok kampung ker.......
anas dapat mainan atuk belikan mainan pusing2 pastu dia bunyi cam gendang ke kompang ke apa ntah nama dia ha tengok video kat bawah ni anas main camner

:: macam anak burung jer anas makan ::

:: papa tengah leka cari jalan guna hp wan guna gps tapi tak jumpa2 jugak jalan ::
musim kenduri ni terimbau la pulok kenangan saat ibu ngan papa diijabkabulkan dulu.....dua tahun yang lalu....... mintak2 ikatan ini akan tersimpul mati hingga hujung hayat.....kan pa....


:: ibu dan papa saat diijabkabul ::

with love,

Monday, October 19, 2009

singgah rumah baby airiel pastu ke dangay bay...

:: ayah ngah, airiel, anas, cekngoh ::
lepas misi jejak kasih atuk ngan pakcik shuib tu kita buat misi kerumah baby airiel pulak.........rupa2nya masa sesat barat cari kg tanjung langsat tu dah baper kali dah kita pusing2 kat depan rumah baby airiel tak perasan la pulak sebab dalam kepala duk nak cari kg tanjung langsat jer kan hehehehe kelakar betul la.........
sampai rumah baby airiel pun dah kat kul 6 dah......sembahyang asar pastu lepas sembahyang maghrib bertolak nak ke danga bay la pulak......dah malam ni nak cari jalan pun dah pening dah...

:: anas happy jumpa baby airiel ::
anas yang dah mengantuk dan lapar jugak sebab tengahari ni tak makan lagi nestum ni, so ibu try bagi ha memang sah la kelaparan kan macam anak burung jer makan siap bertambah lagi....duk tengah makan berak la pulak atas masuk bawah kuar kui kui kui anas! anas!.....
siap makan terus mandi pastu tukar baju dah comot2 makan tak reti duk diam ....... dalam keter terus tidur......

:: tengok anas lansung dah tak sedar apa dah ::
sampai danga bay anas bangun balik......sampai2 jer terus cari tempat makan semua dah kebulur dah..........mak hai makan kat sini harga dia mencekik darah betul lah.....air laici pun dah 4 hengget...... yang kelakarnya air suam pun 50sen macam la kedai eksklusif sangat kedai tepi2 jalan biasa jer..........
tenngah order2 jer anas dah lena bali dah kesian dia mengantuk sangat la tu....so mula2 ibu riba la naik kebas la kaki ibu ni.....pastu bila wan dah siap makan wan pulak yang riba......tak sedar lansung masa wan ambik dia tu.....lepas dah makan pun tak sedar2 ibu ambik dia dari wan pastu ibu pass kat papa sebab dah tak larat dah ibu nak dokong...........
lepas makan terus gerak balik skudai dah tak larat nak round2 dah dengan nak kendong anas lagi hui dengan penat ngantuk lagi kan.....dalan hati ingat nak tidur jer ni.....sampai rumah lam kul 12 camtu terus tidur tak ingat apa dah..............

:: ni kenangan kat danga bay raya 2008 masa ni anas 7 bulan dalam perut ibu ::

with love,

Tanjung Langsat vs sesat barat hahahaha

kenduri esoknya so hari ni kita jalan2 dulu la ya, atuk ada misi nak buat jejak kasih kawan dia yang dah dekat 30tahun dah tak jumpa....nama dia pakcik shuib

tapi sebelum tu pegi pekena mi rebus dulu kat sg renteng kat masai kat kedai haji wahid, papa ngan atuk makan mi rebus ibu ngan wan makan nasi la, ya lah dah tengah hari dah masa sampai kat kedai ni kan ni dah kira brunch la ya.......brunch tu breakfast + lunch ya pa......jangan nanti cakap bahasa terengganu pulak...........


:: ha ni lah pakcik shuib kawan atuk yang dah lama tak jumpa tu ::

lepas dah kenyang semua bermula lah misi mencari tanjung langsat........atuk dah call dah kawan dia tu dia ada kat rumah......so pegilah cari tapi pusing2 baper kali pusing dah baper kali dah jumpa jalan mati tapi tanjung langsat tak juga jumpa..........signboard ada tapi asal ikut jer signboard tu jumpa jalan mati.......

ntah2 kg tanjung langsat ni dah takder dah kut, ya la yang atuk duk citer tu 30 tahun dulu.....so patah balik pastu pusing pegi lagi last2 jumpa jalan mati......tanya orang dah baper orang dah....cari2 jumpa highway la pulak kan......hai camner ni....tapi semangat nak jumpa kawan lama ni terus lagi mencari.......

siap navigator lagi pakai handphone wan, tapi kg tanjung langsat ni cam takder jer dalam peta.........dah sampai kong kong mana dah.....last sekali tanya la penduduk jati kat situ......

akhirnya baru la jumpa jalan ke kg tanjung langsat ni nun dihujung dunia.......rupanya tanjung langsat ni dalam pembinaan pelabuhan............ok dah jumpa dah jalan ke kg tanjung langsat ni kampung kecil jer, pastu berenti la kat masjid mandikan anas pas sembahyang semua atuk call la kawan dia tu cakap dia dah kat masjid kg tanjung langsat tu......

so, kawan dia cakap dia tunggu tepi jalan dia cakap rumah dia rumah atas.......so kitorang cari lah mana rumah atas....tak nampak pun rumah atas kan......sekali lagi dah sesat sampai jeti semu asekali handphone atuk lak dah habis kredit la pulak kan ...... guna hp wan lak sekali cam takder line ........camner ni?????? dah la jalan banyak sangat simpang pusing2 pening pala..........

last2 duk kat sekolah call balik pakcik shuib ni dia yang datang ambik kat sekolah tu, rupanya rumah dia atas bukit daaaaaaaaa bukan rumas atas ........ hapyy la atuk jumpa kawan lama dia....... so sembang2 lama gak la.....

:: tengok anas syok tidur kat tepi pantai kan berangin jer ::

lepas tu gi balik kat jeti tadi nak g jumpa kawan atuk lagi sorang, masa ni anas dah tidur dah dah ngantuk sangat dah tu.........so ibu lepak jer la kat kereta tu kesian pulak nak angkat anak ibu ni mesti dah penat ni, nasib baik anas tak meragam elok jer mood dalam kereta......

kat sini dekat la ngan singapore, dekat ngan lapangan terbang changi.....sekejap2 boleh tengok kapal terbang mendarat selang seminit jer.....kejap2 ada jer cam magic la pulak kan bak kata pakcik shuib macam main kejar2 la pulak........

walaupun sesat dekat 2 jam lebih la jugak, tapi puas hati la hajat atuk nak jumpa kawan dia tertunai jugakkan.......takder la kempunan kan...ya la ntah bila la lagi nak boleh jumpa ni......lepas balik dari rumah pakcik shuib ni kita singgah rumah baby airiel pulak.....so t ibu citer ya.....

with love,

Kenduri Kahwin kat Skudai.......


:: anas yang tidur macam kat atas rumah ::

nasib baik ibu dah sipa kemas semua dah khamis malam tu........so lepas balik kerja hari jumaat tu mandi cepat2 pastu lepas maghrib atuk ngan wan datang ambik terus bertolak.....anas dah ngantuk dah tu sebab dia kan memang tidur awal hari2.......
dalam keter atuk yang pangku anas sekejap jer dah tidur dah ............ anas memang kalu malam dia tidur jer tak kira la dalam keter ke kat mana ker......lantak la orang nak gi mana ker wat per ke jantji dia boleh tidur.......so atuk pangku dia sampai la kat senawang sebab nak ambik papa dan singgah makan sekali........

:: teh beng kurang manis satu!!!!!!!! dah besar dah anak teruna ibu ni ::

anas sekarang kan dah boleh duduk dalam kerusi kecik ni kan so senang la ibu makan kan tak payah nak pegang lagi.....sampai jer kat senawang dia bangun sebab papa dah cium2 dia pastu dia dengar suara papa terus bukak mata, nasib tak meragam......
makan laju2.....tapi dia kalu bangun malam mesti tak lama jap lagi mesti dia merengek nak tidur balik so atuk siap makan dulu atuk dokong anas dulu.......pastu dah siap makan singgah shell nak tukar pampers nagn tukar baju tidur.......pastu anas terus sambung tidur balik sampai la skudai........


sampai rumah tok usu dlm kul 3 pagi camtu...wat kuar tilam kat hall terus kebabom.....mak usu takder dia kat rumah mak dia sebab tengah wat persiapan kenduri.....adik mak usu ni la yang nak kawin......anas jaga kejap jer pastu terus tidur penak sangat la tu.....esok atuk ada misi jejak kasih pulak.....




with love,

Merempitttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!

pa tak sempat la nak update blog......so pa layan anasmerempit la ek......hehehe ni gambar masa ibu cuti sebulan bulan puasa hari tu........ni kat rumah toksu nora ni kat sri kembangan anas naik motor paksu arif.......

suka ya......dah gaya orang besar dah padahal masa ni belum pandai duduk lagi tu.....sekarang ni pun mama su bagitau dia dah taknak duk walker nak naik basikal ngan abang haikal..........


with love,

Friday, October 16, 2009

Ter........ter....... tak sengaja la terbeli


tadi lepas lunch singgah kat kedai jual barangan baby kat area ofis ibu ni, sajer jer jalan2 dan ibu kan ada sikit kelemahan kalau masuk kedai baby mesti tak boleh nak kuar tangan kosong kan.....
ntah la tak tau la lemah sangat tau kalu tengok baju2 baby ni terus rasa cam anas dah takder baju.....padahal lepas raya hari tu dah beli 3 pasang dah..........
alah bukan yang mahal2 pun baju nak pakai hari2 jer.......so kali ni jugak ibu terbeli lagi 3 pasang baju untuk anas upah sebab semalam dah makan banyak kan.......
2 romper and satu baju tidur......ibu memang suka pakaikan anas romper sebab senang kan and nampak kemas jer dan ibu pun rasa anas selesa pakai romper kan.......

pastu ibu jugak beli ni, dulu kan ibu pernah beli yang tempek kat dahi tu kalu nak tau demam ke dok kan......

pastu bukan main susah lagi nak dapat kan bacaan suhu dia, tau2 la anas skrg ni memang tak sukalah tempek2 benda kat muka dahi dia kan, maklumlah orang ah besar dah....

ya la kalu kita pun rimas kan masa 2 3 bulan dulu ok lah orang tempek apa pun diam jer la sekarang ni cuba try tempek nak tengok camner cam cacing kepanasan la dia menggelupur.......

so beli yang ni lagi senang la kepit jer kat celah ketiak tu kejap dah boleh tau dah baper suhu kan.......pulak tu kalu demam dia siap ada alarm lagi so senang la nak tahu anas demam ke tak kan.......


p/s: pa sajer jer ibu tak bagi tau papa nak suruh papa baca kat sini hehehehe papa tak marah kan


with love,

Pau Kacang ke Pau apa ni???????ke kuih bahulu


anas kalu orang jumpa dia mesti geram kat pipi dia tu cam pau......mesti orang nak pegang nak picit2, ibu paling best cium and gomol2 kat pipi dia tu ras acam nak geget jer......

dia memang dah lali dah orang main2 pipi dia tu, memang bulat jer kalu dia senyum ke nangis ke lagi la mengembang ntah ler ikut pipi saper ni kan.....pipi papa tak la kan........so pipi ibu la tu ek???


ibu ngan papa verangan takder anak boleh?????

ya memang ikut pipi ibu, ibu dulu kurus kering melidi jer tapi pipi tak jugak surut2 tau sampai ada orang panggil ibu kuih bahulu tau........ sekarang ni bila dah tembam sikit ni pipi apa lagi bagai di pam2 la.......sampai pok jo cakap cam kena gigit tebuan pipi ibu ni tau.......jahat tak???????


tengok la perbezaan ibu ngan cekngoh ngan cik ikin ni ketarakan tapi tembam2 ibu pun berseri jer kan ahak nak jugak up tu.......ya la tengok betul2 cam ibu jer yang adik kan???? hehehehe jangan marah yang cekngoh ngan cik ikin........so sekarang dah tak boleh nak salahkan anas la naper pipi dia gebus jer kan????dah tahu asal usul kejadian nya......
with love,

Makan jangan tak makan.........


tu nestum vegi, ibu ni nak anak makan macam2 perisa nestum la ibu beli rasa ada dalam lima jenis kut ada beras, gandum madu, oat ngan prum, soya vegi dan soya fruits lengkap la semua yang ada kat pasaran tu ibu beli tau.........tapi hampeh la anas ni tak nak dia makan.........
kesian ibu tau berkobar2 nak bagi anas makan, nak anak ibu ni sihat montok tau......tapi ibu tak pernah putus asa tau nas, dan alhamdulillah semalam anak ibu yang comel ni makan dengan sukarelanya tanpa dipaksa2, ibu happy sangat ye!!!!!! tak sia2 la kan.............

haus ya lepas makan kena la minum pulak kan....nak habis jugak la dua sudu besar tu ibu buat kalau tak satu sudu dah tak nak dah........ni tinggal sikit jer yes! yes! yes! bravo barvo anak ibu, yang lebih tu ibu tuang dalam susu, so kira habis jugak la semangkuk nestum semalam........
aik dah habis semangkuk nestum tu...pa betul ke eja semangkuk cam ni ni???????? compius jap takkan la semangkok pulakkan??? apa2lah nak susu lagi ker....anas nak tidur mesti nak ada susu kat mulut tu, last2 ibu kena topup lagi 4onz susu tu baru la anak ibu lena........
boleh la ibu buat kerja, kalu tak nak berkepit jer celah ketiak ibi ni ha.....nak tidur nak kena peluk2 cium dulu baru boleh lena betul2 hiiii ngada tau........ibu dah la nak lipat kain dah 2 bakul tu ha, ya la nak kemas barang2 lagi kang malam karang nak gi johor pulak.......so sangat la penat tak terkata dah......nak tengok tv dah tankder mood dah so apalagi kedebom la tidur lagi syok.........

with love,

Menangis la pulok budak bertuah ni............

start hari senin hari tu budak bertuah buah hati pengarang jantung ibu ni asyik la melalak bila ibu hantar dia rumah baby sitter, tak tau la apa yang tak kena dia ni, sebelum ni elok jer kalu nampak muka su (nama baby sitter yang dipanggil mama) tu senyum2 lagi siap hulur tangan lagi, ntah angin apa ntah minggu ni dia tak nak pulak........
rasa dia ingat ibu nak gi jalan ke apa kan, sebab hari isnin hari tu gi checkup dia untuk 9 bulan pastu hantar dia lewat la, balik jer dari klinik nga papa tu terus hantar rumah su, masa tu dia dah tak nak dah tapi ibu masuk sekali letak dia pastu ok la........pastu esoknya hari selasa sama gak melalak dia, penuh perasaan dia melalak tu.......hiii anas ni wat risau ibu jer la........
anas ni sejak dari lahir lagi dia memang susah la nak nangis, takder la nak bangun malam ker berjaga ker pastu nangis kuat2 kan takder, janti dia kenyang bangun merengek2 nangis sikit2 jer pastu minum susu pastu tidur balik sampai la sekarang dia camtu.......tu kalu dia nangis tu ibu sempat lagi nak snap2 gambar tu......
sekarang pun dia pun bukannya suka meragam, tapi sekarang ni dia dah taknak ngan orang yang dia tak kenal, kalu orang tu ambik jugak ha camni la jadinya dia akan meraung sekuat hati dia....kadang2 tu sampai moncong2 la mulut dia tu...takut ker apa ntah..
pastu yang ibu perasan dia tak suka ngan oarng yang cakap kuat2 macam marah2 ke apa ker kan, sumpah dia tak nak gi dah ngan orang tu.....pastu dia suka ngan oarng yang kemas2 bersih camtu kalu muka serabai rambut panjang tak terusus jangan harap la nak pegang dia........
dalam minggu ni gak perangai dia cam ngada2 lebih sikit, tak tau la naper, kalu kat rumah tu dia pantang kalu ibu hilang sikit kat mata dia mula lah dia start enjin dia sampai terketar2 la dia menangis tu..........
heee nasib baik kecik lagi kalu tak mau kena lesing ni.....dulu ok jer kalu bangun pagi tu ibu mandi and siap dia ok jer main sorang2 tak kisah la, ibu boleh iron baju siap2 nak gi kerja kan.......
tapi sekarang ibu selangkah jer kaluar bilik dia mula melontarkan sura dia tu, satu blok boleh dengar suaran dia tu, pastu bila ibu masuk bilik jer serta merta dia boleh stop nangis pastu senyum2 kat ibu boleh?????? pastu bila ibu kuar balik nangis balik gitu la........
angin apa la dah masuk tak tahu lah..............jangan angin nak dapat adik dah la, sorang pun dah nak pitam ni........... tunggu dulu ya papa shut down dulu production ekonomi meleset kan?????????

tengok pipi dah la macam pau kalau nangis terus jadi petak 4 segi muka dia.....eee rindu la pulok kat anas citer2 pasal dia ni, kalau balik kerja tu rasa cam nak terbang jer nak sampai rumah.....bila sampai jer rumah su dengar jer suara ibu dia dah lompat2 dah atas dokong su tu....anas pun mesti ridu jugak kat ibu kan........nak war camna ibu kan kerja cari duit untuk anak ibu jugak...........


with love,