- masih hisap botol-ibu tak sampai hati lagi nak pisahkan kamu ngan botol...ibu tahu pada umur ni kamu tak sepatutnya hisap botol lagi....kamu sudah boleh minus susu melalui gelas...tapi setiap kali nak tidur kamu mesti minta ibu susu (botol)...kalau ibu bagi kamu susu selain dalam botol kamu mesti marahkan ibu sambil tunjuk botol susu kamu
- masih pakai pampers lagi-kalau ibu tidak bekerja pasti ibu dah potty train kamu...ibu tak smapai hati pulak nak arahkan baby sitter kamu potty train kan kamu...
- masih tidur
bawah ketiakbersama ibu-ntahlah ibu masih tak sanggup nak pisahkan tempat tidur kamu...padahal ibu dah sediakan bilik untuk kamu tetapi ibu merasa sedih bila berjauhan dengan kamu...ini bukan salah kamu...mungkin disebabkan papa tidak bersama kita ibu merasa janggal kalu kamu tidak tidur bersama ibu huhuhu
- sudah pandai kira 1-10, contohnya semasa naik tangga dan bila ibu suruh bilang sesuatu kamu akan susun dan bilang...ibu sangat bangga dengan kamu...ABC pulak ibu belum pasti kamu sudah mengenali sampai Z ke belum sebab bila ibu suruh tunjuk huruf yang ibu sebut kadangkala kamu tunjuk dan kadangkala kamu main2...begitu juga dengan alif ba ta...taoi bila ibu sebut kamu boleh ikut dengan baik cuma ada huruf2 yang kamu masih pelat...tetapi ibu tak paksa....sebab ibu tak nak kamu rasa tertekan...ibu lebih praktikkan fun learning...
- sudah faham jika ibu suruh kamu membuat sesuatu...seperti ambil tuala sebelum mandi...dan kamu akan terkedek2 mengambil tuala kamu yang ibu letak ditempat biasa...dan terus menuju kebilik air.......
- fast learning-ibu tak payah mengajar kamu banyak kali tetang sesuatu perkara kerana kamu sangat mudahmempelajari sesuatu....kamu tahu sampah kena buang dalam tong sampah dan setiap kali kamu makan kamu akan membuang plastik pembungkus makanan kedalam tong sampah tanpa disuruh, meletak sesuatu ditempat asal dimana kamu mengambilnya...dan banyak lagi
- sepahkan mainan-ini kesukaan kamu...kamu seolah2 gembira jika mainan kamu memenuhi ruang tamu rumah kita...kamu tidak suka jika ibu menyimpannya dan meletakkannya didalam bakul...disebabkan hanya kamu dan ibu ada dirumah ibu bagi kamu peluang...mungkin kamu rasa bosan kerana tidak ada teman bermain, jadi bila mainan kamu bertaburan kamu rasa seronok....
- senang bangun pagi - ibu tidak pernah ada masalah untuk mengejutkan kamu di waktu pagi kerana kamu sudah terbiasa bangun pagi sejak kamu bayi lagi...kamu akan bangun setelah ibu bangun....ibu tahu kamu boleh rasa bila ibu tidak ada disebelah kamu....jika kamu masih tidur, ibu hanya perlu kiss kamu dan memanggil nama penuh kamu...mesti kamu akan tersenyum pada ibu....sungguh bahagia melihat kamu tersenyum di awal pagi anakku....
- sangat manja-kamu memang sangat manja dengan ibu dan papa mungkin sebab kamu belum ada adik...jadi semua tumpuan dan kasih sayang kami hanya untuk kamu seorang...tapi ini tidak bermakna kamu terlepas dari teguran dan marah ibu...kamiumasih dihukum jika kamu membuat kesalahan dak tidak mendengar cakap ibu dan papa...
- sudah pandai gosok gigi sendiri-setiap pagi without fail kamu akan gosok gigi dan akan menyanyi2 lagu gosok gigi terlebih dahulu sepertimana ibu selalu nyanyikan lagu itu sebelum ini...kamu akan gosok gigi depan dan ibu akan tolong kamu untuk gosokkan gigi geraham...dan kamu juga tahu kumur dan ludahkan balik air kumur....ibu sangat gembira dan teruja....kamu sangat takut jika ibu mengatakan jika kamu tidak gosok gigi ulat akan makan gigi kamu....kamu memahaminya kerana kamu kenal apa itu ulat melalui buku2 kamu...
- kamu sudah besar dan hensem-rasa masa sangat cepat berlalu...kamu sudah dua tahun tiga bulan...ibu rasa baru saja melahirkan kamu...ibu rindu bau kamu masa kamu baby...bau syurga kata orang...tanpa bedak tapi kamu sangat wangi...kini kamu sudah besar sudah pandai berlari dan sudah pandai bercakap...dan sekejap lagi kamu akan sekolah, masuk universiti, bekerja dan berkahwin....waaaaaaaaa ibu jadi sedih bila fikirkan itu..........tapi membesarlah kamu menjadi orang yang berguna nak.....
- dan banyak lagi perkembangan kamu dan ibu sangat teruja...sungguh besar kuasa Allah yang menjadikan kamu makhluknya yang sangat bijak....syukur ya! Allah...kau peliharakanlah anakku...dan jadikanlah dia hambamu yang soleh dan taat...amin.
with love,
No comments:
Post a Comment