Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, March 1, 2010

Bila kemanusiaan hilang...............


Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak

 HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.
Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.
Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.
Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.
"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.
"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.
Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.
Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.
Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.
"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.
"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.
 :: Syurga buat mu anakku Syafiah Humairah ::

semakin hari manusia semakin hilang kewarasan.....yg jadi mangsa anak kecil yang tak berdosa...
Ya! Allah......ibu cam terkata dan hampir menitis air mata ibu bila baca tentang penyeksaan terhadap kanak2 yg tak berdosa.....kenapa semua ini boleh berlaku.......ibu tak boleh nak bayangkan betapa sakit dan seksanya penderitaan yang di tanggung oleh adik syafiah sebelum meninggal......Syurga buat mu nak!

Sebelum ini ibu kalau boleh tak nak bercerita tentang cerita sedih begini di blog anas.......bukan apa ibu tak sampai hati nak........tak sanggup nak bayangkan bagaimana anak sekecil itu dipukul hingga mati........apa yang boleh mereka lakukan selain menahan rasa sakit yang tidak terperi.........kesian.....manusia jenis apa yg sanggup melepaskan amarah kepada anak2 yang tak berdaya........benar manusia sudah hilang kemanusiaan......

 
 :: pengubat hati ibu ::

with love,

No comments: