ini pasal pompuan...tetapi lelaki wajib kena tahu pasal ni...
Apakah PMS????
PMS merupakan satu gejala yang ada kaitan dengan fizikal, emosi dan psikologi dalam putaran haid seorang wanita.....ia berlaku disebabkan perubahan hormon wanita di saat pelepasan sel telur wanita...time ni ada yang kena senggugut...sakit otot satu badan dan ada yang terlalu sensitif dan macam2 lagi...PMS ni senang cakap satu perubahan emosi dan fizikal seorang pompuan...contohnya kalu hari2 biasa ko tak kisah pun kalu suami ko tak tanya ko nak makan apa...tapi tetiba hari ni ko boleh sentap pulak sampai nangis2 sedih sangat...ha tu maknanya seminggu lagi ko nak period lah tu...tu lah PMS namanya...
Siapa yang kena???
Rasanya semua pompuan akan alami PMS ni...cuma kronik ngan tak jer...benda ni biasanya akan berlaku sebelum period datang haid biasanya dalam seminggu sebelumnya...dan ada jugak yang selepas period pun still lagi ada PMS ni..time period tu toksah cakaplah kan....menikut fakta dan kajian perempuan yang selepas melahirkan lagi kuat akan mengalami PMS ni...tapi memang betul...mengikut pengalaman ibu lah....memang selepas berkahwin dan melahirkan kamu...sindrom PMS ibu makin teruk parah....dan sampai satu tahap macam hilang terus kesabaran tuh.....
Bukan pompuan mintak ya......ingat tak siksa ke nak lalui fasa PMS nih?? kalu yang senggugutnya siap terguling2 satah sakit...tapi yg paling tak tahan nak kawal emosi time PMS nih...memang seksa sangat2....mengikut kajianlah kan...PMS ni berlaku kerana faktor hormon yang tidak seimbang iaitu antara hormon estrogen dan
progesteron.....ada juga yang kata kerana hormon estrogen yang berlebihan dan ada juga kemungkinan ia berhubung dengan gangguan perasaan, faktor kejiwaan, masalah sosial dan macam2 lagi lah. Ingat senang ke nak jadi pompuan ni...kena lalui macam2 sakit...so, orang lelaki sebagai suami contohnya apa salahnya korbankan sikit ego tuh...faham sikit bila isteri sedang lalui PMS ni...bukan susah pun just fahami dan jaga sikit perasan dorang ni...
Masa PMS ni, kalu lelaki tak tahu dan kat sini nak bagitau lah....perasaan pompuan tu macam kaca yang nipis bukan temper glass yang tapi kaca yang nipis tu...mudah sangat pecah dan berderai...so kena jaga lebih sikit dan kena tahan sabar sikit...sebab ini semua adalah normal...seboleh mungkin kami akan cuba kawal tetapi kadangkala dia diluar kawalan kami....
Faktor Meningkatkan risiko PMS..
- Wanita yang pernah melahirkan (PMS semakin berat setelah melahirkan beberapa anak, terutama bila pernah mengalami kehamilan dengan komplikasi).
- Status perkawinan (wanita yang sudah menikah lebih banyak mengalami PMS dibandingkan yang belum).
- Usia (terutama antara usia 30 - 45 tahun).
- Stress
- Diet/Pemakanan (faktor seperti tinggi gula, garam, kopi, teh, coklat, minuman bersoda, produk susu, makanan olahan, memperberat gejala PMS).
- Kekurangan zat-zat gizi seperti kurang vitamin B (terutama B6), vitamin E, vitamin C, magnesium, zat besi dll)
- Kegiatan fizikal (kurang berolahraga dan bersenam).
kalu tengok faktor2 kat atas tu memang sah2 semua tu dah ada kat ibu...tu yang ibu rasa memang makin teruk lah PMS ibu sekarang nih....perasaan marah, benci, meluat, sedih, semua bercampur dalam satu hati...macamana tu cer bayangkan... ingat ibu nak ke duduk dalam perasaan tu...seksa sangat...
Jenis2 dan Gejala PMS
Menurut Dr. Guy E. Abraham, Pakar Perbidanan dari Fakulti Kedoktoran UCLA, US, terdapat beberapa bentuk PMS ni...dan dia telah bahagikan kepada 4 iaitu jenisiaitu A, H, C dan D (baca kat sini, tapi dalam bahasa indon).
- Jenis A (Anxiety) -gejala seperti rasa cemas, sensitif, saraf tegang. Bahkan beberapa wanita mengalami depresi ringan sampai saat sebelum mendapat haid. Gejala ini timbul akibat ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron: hormon estrogen terlalu tinggi dibandingkan dengan hormon progesteron. JAdi kepada yang ada PMS jenis ni kena banyakkan makanan berserat dan kena kurang minum kopi.
- Jenis H (hyperhydration) memiliki gejala pembengkakan, perut kembung, nyeri pada buah dada, pembengkakan tangan dan kaki, peningkatan berat badan sebelum haid. Gejala jenis ini juga dapat dirasakan bersamaan dengan jenis PMS lain. Pembengkakan itu terjadi akibat berkumpulnya air pada jaringan di luar sel (ekstrasel) kerana tingginya garam atau gula pada diet seseorang itu.
- Jenis C (craving) ditandai dengan rasa lapar dan biasanya pada makanan yang manis-manis dan boleh timbulnya gejala hipoglikemia seperti kelelahan, jantung berdebar, pusing kepala yang kadang-kadang sampai pengsan. Hipoglikemia timbul kerana pengeluaran hormon insulin dalam tubuh meningkat.
- Jenis D (depression) ditandai dengan gejala rasa depresi, ingin menangis,
lemah, gangguan tidur, pelupa, bingung, sulit dalam mengucapkan kata-kata
(verbalisasi), bahkan kadang-kadang muncul rasa ingin bunuh diri atau mencuba
bunuh diri. PMS jenis ini terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon progesteron dan
estrogen, di mana hormon progesteron dalam kitaran haid terlalu tinggi
dibandingkan dengan hormon estrogennya.
agak2 korang PMS jenis mana??? rasanya ibu tengah hadapi semua jenis kut tapi yang paling kronik sekarang jenis D...memang terseksa sangat...rasanya dalam dua tiga bulan ni lah...dulu tak lah seteruk ni...kalu dulu banyak kepada jenis C kut sebab memang rasa nak makan jer...tapi sekarang ni tak pulak ...memang asyik sentap dan mengamuk jer bila nak period... kalu anas buat perangai tu rasa macam nak meletup lah dada ni menahan marah kan...kalu papa buat perangai lagi lah memang tak bleh nak tahan....kadang2 tu benda kecik je tapi memang tak boleh nak tahan rasa macam nak lari jer.........serius tak boleh tahan....
Senggugut bukan PMS
Dysmenorrheal @ Senggugut bukan PMS. Senggugut tidak ada
hubungannya dengan kelainan pada organ reproduksi wanita dan hanya terjadi
sehari sebelum haid atau hari pertama haid. Sakit/ngilu pada perut ini juga tidak ada
hubungannya dengen PMS yang mulai terasa 10 - 14 hari sebelum haid. Kalau senggugut boleh pulih/baik dan boleh hilang sama sekali setelah seseorang melahirkan anak, tetapi tidak demikian dengan PMS. Malah wanita
yang pernah melahirkan anak malah berisiko lebih tinggi menderita PMS.
with love,
No comments:
Post a Comment