Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Tuesday, June 22, 2010

Simplysiti



masa kat jusco tu hgtau papa nak beli bedak loreal
skali papa cakap tak payah maybelin ke loreal ke
semua tu support israel
pastu ibu tanya lah hbs tu nak pakai brand apa yg made in malaysia
simplysiti boleh
amboi papa pun tau ek pasal simplysiti
so, ibu terus ke watson survey2 dulu la
boleh tahan gak la harganya
so, nnt nak try beli dulu trial pack

ada saper2 yg pakai tak?
ok ke tak?

gambat ambik kat fb simplysiti
with love,

1st time tengok wayang dengan Anas



hari sabtu ke Jusco 1 utama
hari ahad ke Jusco Bukit Raja

sampai kat Jusco Bukit Raja dalam kul 3 camtuh
terus cek2 tiket Lagenda Budak Setan
kata tujuan utama ke Jusco nak tengok wayang
tengok yg pukul 4 dah full
next show pulak kul 8.30
5 jam lagi tuh
alah 5 jam kalu kat shopping kompleks tak terasa pun
round2 pow papa sikit
semalam giliran anas
hari ni giliran ibu pulak
tak aci lah kan
kan jadi pilih kasih pulak
semalam anas dah dapat 5 helai baju kat 1 utama

pas dah lenguh tu lepak kat MPH
belek2 buku
pastu p beli susu anas ngan barang2 dapur sikit
lepas papa hantar barang2 tu kat kereta
pergi solat maghrib
terus masuk panggung

mula2 tu seat sebelah kosong so, ok lah anas duk situ
siap lompat2 joget2 lagi bila dengar lagu
kan sebelum start tu dia ada iklan2 kan
suka woo anas
tapi bila org dah duk seat tuh
dia takmo ibu nak riba dia
nak turun bawah la pulak
mapuh keras lagu ni...dah start nak jerit2 takmo ibu pegang dia
last2 ibu sumbat susu (botol)
pass kat papa
bagi kain busyuk dia
kejap jer terus terlena
sampai lah citer habis

ulasan cerita Lagenda Budak Setan tuh
ok, not bad lah
tapi tak boleh la nak compare dengan novel
novel dia lagi details
filem kan sekejap jer

gambar takde handphone dah kong

with love,

Friday, June 18, 2010

Budak zaman siber



kita dulu umur 6 tahun nak pegang komputer pun tergagau2
perkataan komputer tu pun agak janggal dan jarang disebut
maklumlah time tuh zaman 80-an kan
ibu umur 6 tahun tuh tahun 1985
masih aktif main pondok2 main mak2 lagi
jugak main kawin2
anak dari botol
jemur botol tengah panas konon2 anak demam
hiks! bestnya zaman kanak2 dulu
tu citer kanak2 kampung la
kanak2 bandar ibu tak tahu la camner

tapi skang nih
jangan....
umur 6 tahun dah main facebook wei
game tu takyah citer la


ha ni ibu dapat request dari dia
tapi dia ni bijak sikit kalu compare ngan umur dia tuh
5 tahun tuh dah fasih baca dah
dia pulak yg ajar abang dia
kalu cakap ngan dia macam cakap ngan budak yg dah sekolah darjah dah

with love,

Mesti pergi ni pa....hiks!



tadi jengah blog babyibu
wah! ariani ada sale la
tudung kat ariani nih time sale je la mampu nak beli pun
kalu tak beli jer kat pasar tani hiks!
so, hr sabtu ke ahad nih
ingat ya pa...ni wajib pergi nih
kalu tak ibu majuk 44 hari tau
hehehehehehe

nasib ariani dah bukak kat shah alam
dekat la sikit kalu tak bercinta la nak gi KL
eh..bukan nak gi zoo ke hujung minngu nih?
boleh singgah ariani kl jugak pa
hehehehehe
(nasib baik la dapat laki yg kaki jalan jugak)

gambar ambik kat blog babyibu
with love,

Thursday, June 17, 2010

Mandi bersama.......



jeng..jeng...jeng...

wah tajuk boleh mengundang kontroversi gitu.....

ni tabiat anas skrg ni
tetiap pagi bila ibu tengah mandi
dia sibuk nak mandi jugak
sonok mandi air hujan (shower) ya?

padahal bila ibu bangun dia still tidur lagi tuh
tapi bila ibu duk tengah gosok gigi dengar dia melalak kat luar pintu bilik air
nk mandi sama
so, alang 2 dia dah bangun tuh
ibu mandikan terus la
kalau tak basuh bontot ngan tukar pampers jer
nnt dia mandi lah kat rumah mama (babysitter)

 sejuklah bu!!!!

with love,

Wednesday, June 16, 2010

Bercinta hingga hujung nyawa



ya, jangan sebelum kawin jer cinta maut
lepas dah beranak pinak
terus layu jer
kalu dulu sms i lap u , u lap me
lepas kawin sms pun dah tak dah

kalu time haram (sebelum kawin tuh) bukan main lagi pegang taknak lepas
tapi skang amboi jalan sebatu jauh
tinggal bini dokong anak terkedek2 belakang
siap marah tuh jalan lembab macam itik la apa la

kalu dulu masa mula2 kawin tuh
nak berkepit jah manjang
tak toleh kiri kanan dah
tapi skrg nih nak pegang tangan pun dah geli
rimas la panas la macam2

pendapat ibu la bercinta bukan hanya untuk zaman ramaja sahaja
biar kita rasa nikmatnya cinta tu hingga hujung nyawa
insyaAllah ke syurga
jangan salahkan sesiapa jika cinta sudah tiada
tapi tanya diri kita

semua orang tahu dan pernah rasa betapa bahagianya bercinta
dan hargai cinta selagi ada

 bukti cinta

with love,

Lagenda Budak Setan



dulu2 ibu memang hantu novel
suka sangat baca novel sebab feeling2 heroin dalam novel tuh
salah satu feveret novel ibu lagenda budak setan (LBS)
Karya Ahadiat Akashah
Novel2 dia memang best
 gambar gugle
dulu2 masa baca novel
ibu selalu cam terfikir
bestnya kalu novel2 tu difilemkan
mesti best kan
sebab dah baca pun dah bestkan
kalu leh tengok dalam TV/wayang mesti lagi best

 ni pun gugle jugak
so, bila novel LBS difilemkan
ibu cam teruja la nak tengok
hujung minggu ni i.Allah ibu nak gi dating ngan papa tengok citer ni
anas?
nak bawak ke nak tinggal?
kata nak dating kan?
tapi ibu tak sampai hati la nak tinggal dia
so, dating bertiga la papa
ni 1st time ni nak bawak anas tengok wayang nih
mintak2 la dia ok jer

with love,

Tuesday, June 15, 2010

Cik Ulat



anas ada dua ekor kawan
cik ulat nama dia
sekor besar sekor kecik
besar tuh ibu beli kat melaka
kecik tuh maklong yg bagi
so, layan pic anas layan ulat2nya
hehehehehehehe

anas and ulat kecik

anas and ulat besar

anas and ulat2

big hug
sonok layan anak kan?

with love,

Si Cilik Pintar, Terang Hati



sape baca metro hari ni ada baca berita tantang dua beradik yang terang hati ni tak?
ibu ada baca metro online
sebenarnya ibu dah lama baca blog ibu dia
saper2 nak baca pasal 2 beradik terang hati nih boleh pergi kat blog ibu dia

http://darwishndarwisya.blogspot.com/

 gambar dari metro online

banyak panduan yg kita boleh teladani dari blog maknya
sejuk jer perut ibu mengandungkan
ibu rasa semua anak2 berpotensi
yang penting ibubapa kena tahu cara dan kaedah macamana nak mendidik anak

kredit to hmetro.com.my

with love,

Penjagaan Gigi



mula2 tu anas ok jer bila ibu nk gosok gigi dia
dia biar jer
tapi sekarang
bukan main susah lagi siap kena kepit kepala
tu start2 ibu gosok lidah dia
ya lah ada susu putih2 tebal kat lidah
ibu gosok la
ala dengan berus gigi silicon yg sarung kat jari tuh
bukan sakit pun

anas, mana gigi anas?

so, kena googled cari tips2 camner nak gosok gigi budak kecik ni

  1. kena biasakan dari awal lagi ya, kalau boleh dari dalam pantang lagi. lepas menyusukan tu gunakan kain yg lembut bersihkan mulut dia dan gusi dia, so kalu dah terbiasa tuh dia tak marah la kita masukkan benda dalam mulut dia, dah jadi rutin gitu.
  2. kalu dah terlambat, bila dia tumbuh gigi kita baru nak gosok gigi dia, sebagai ibu kita kena pandai make a fun dengan budak kecik nih...biasakan gosok gigi depan dia, sambil2 tu kena bercakap la, kita bagitau kena gosok gigi...insyaAllah dia akan tertarik...anak2 kan suka tiru mak pak dia so...nnt mesti dia ok jer
  3. bagi anak2 pegang berus gigi kita dan kita pegang berus gigi dia.....suruh dia buat2 gosok gii kita padtu kita gosok gigi dia.....lama2 mesti dia ok.
  4. Beli la berus gigi yg boleh menaik perhatian dia...yang ada gambar cartoon tu ker..macam2 lah, kalu yg terlebih duit tu leh beli yg pakai bateri tuh..lagi senang kan
  5. Pastu kalu taknak bagi dia telan ubat gigi tuh kita ajar la dia ludah...senang ker kita kumur2 pastu kita sembur la air tuh...nnt dia akan tiru pastu setiap kali dia gosok gigi mesti dia akan sembur2..hehehehe
  6. Menurut yg ibu baca, knk2 bawah 2 tahun tak perlu guna ubat gigi berflorida sebab takut dia tertelan nanti akan efek kat gigi kekal dia...nnt gigi kekal akan ada tompok2 putih...jadi tak cantik la...tak payah guna ubat gigi pun takper just gosok camtu jer
  7. Yang paling penting kena sabar dan jangan berputus asa...
ada banyak lagi
tapi tu diantaranya la

selalu kena geget time gosok gigi dia
anas kena gosok gigi tau, nnt kalau gigi rosak senyum dah tak hensem tau

penjagaan gigi kanak2 sangat2 penting ya ibu2 hehehehe

selain dari untk mengunyah makanan gigi memainkan peranan yang penting dalam membentuk keyakianan diri seseorang, nanti kalau gigi rongak atau roasak mesti kena ejek pastu mesti kanak2 itu akan merasa rendah diri dan malu nak berkawan, so, kalau boleh ibu taknak la anas melalui saat2 pembesaran dia dengan unsur2 negatif macam tu kan, nampak sangat remeh tapi jangan ambil mudah.

ibu akan cuba menjadi ibu yang terbaik buat anas

with love, 

Monday, June 14, 2010

Petua Anak Pintar


 ni hasil googled:
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

semoga budak kecik ini menjadi orang yang pintar...amin!
* kembang hidung2 ibu suruh hug ulat
with love
,

Main Sorang2



weekend ni papa tak balik
so, memerap la anas ngan ibu kat rumah
main sorang2
kesian


 ibu biar jer dia kecahkan mainan dia sebab ibu nak megadap tv hehehe

 tapi kejap2 ibu layan jugak la dia..tu dia tunjukkan frog kat ibu 

 last2 buku juga yg jadi pilihan dia

adakah sudah sampai  masanya untuk anas dapat kawan aka adik?

with love,

Saturday, June 12, 2010

777



minggu lepas ibu ada tengok rancangan  Semanis Kurma
ala yg datuk ustazah nurbahiyah jadi pengacara ngan suami dia tu
kebetulan tajuk dia "ibubapa derhaka"
bukan anak durhaka ya
ni ala2 ibubapa yang tak  bertanggungjawab la ni

apa kaitan ngan tajuk 777 tu ek
ha! ustaz kat dalam tu cakap kalu nak didik anak kena ada 3 peringkat

7 tahun pertama - 1 - 7 tahun - layan - maknanya ustaz tu kata pada umur tu kita kena layan kerenah anak2 kita tuh...masa untuk kita bermanja-manjaan la gitu

7 tahun kedua - 8-14 tahun - ajar - time ni kita kena ajar dia betul2, kalu dah tak dengar cakap sangat tu dah boleh rotan dah...tapi jangan rotan sekuat hati tapi rotan mengajar gitu...dalam agama kita kan ajar kalu nak rotan anak tu letak buku ke apa bawah ketiak, make sure buku tu tak jatuh masa kita rotan anak kita tuh...bukan rotan mendera sampai koma pulak

7 tahun ke tiga - 15-21 - berkawan - pada peringkat nih, jadikan anak2 kita sebagai kawan...dengar masalah dia, kongsi cerita dan macam2 lah...jangan anak takut pulak nak cerita pasal pakwe/makwe diorang tuh...nnt dia cari kawan lain kat luar lagi susah kan..tak kira la anak kita tu lelaki ke pompuan ker jadikan mereka kawan kita..

ustaz tu cakap lebih dari umur 21, kalu anak kita takder cakap pasal nak kawin ke bawak jumpa pakwe/makwe diorang ke ibubapa wajib tanya pasal kahwin nih...tu ustaz tu yg cakap ya bukan ibu...nak2 untuk anak pompuan...

my best friend  forever....

so, ingat 777 ya,

InsyaAllah sama2 lah kita praktikkan jangan kita jadi ibubapa derhaka pulak

with love,

Friday, June 11, 2010

Anas dan buku



Alhamdulillah, setakat ni anas sangat suka buku
selain dari belikan anas macam2 mainan
ibu tetap tak lupa belikan anas macam2 buku
dan jugak flash kad
seingat ibu, 1st buku yang ibu beli kat anas masa dia umur 2 bulan
masa tu tengah lunch ada org gi jual
so ibu beli

 1st buku anas

ni masa dia 5 bulan,dia suka tengok gambar2 lam buku tuh

tapi ibu takder la paksa dia baca/main buku2 tuh
ibu la yg bacakan untuk dia
ajar anak ni biar ada fun2 jangan paksa2
kalu paksa lagi la diorang tak suka
buat cam kartun2 sikit
nyanyi2 sikit
insaAllah dia akan suka

sekarang ni kalu nak suruh dia duk diam bagi la buku kat dia
bagi majalah pun boleh
setakat ni anas tak koyakkan lagi mana2 buku dia or majalah ibu
dia akan belek2 satu tengok gambar2 kat dalam tu
sweet sangat


ni masa kat hospital HTAR


ni kat rumah, ibu duk masak, watper la diam jer anak ibu nih
ibu intai2 duk belek buku rupanya

ni antara koleksi buku2 anas

latest ibu beli dia buku colour2 pulak
sebab ibu nak ajar dia kenal warna
ibu la yg jadi tukang colour buku tuh
tapi seronok la layan dia colour2



 tu ibu yg colurkan....tu dia tengah colur la tu, conteng2 pun jadi lah
with love,