Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Wednesday, July 15, 2009

8 days 7 Nights at HTAR

1st diagnosed



ahad, 5th July 2009
actually anas dah demam batuk segala bagai dah dekat sebulan tak baik2, ibu dah bawak gi klinik, dah bagi ubat tapi tak baik2 jugak...pastu ibu bawak anas gi klinik HO kat port klang, orang cakap ngan ibu kat klinik ni bagus kalu budak2 sakit demam batuk kahak macam anas ni...
bila jumpa doc ho tu, terkejut doc tu tengok camner anas bernafas, doc marah ibu kenapa baru bawak, ibu gtau la ibu dah bawak klinik lain tapi tak jalan jugak, so anas kena buat nabuliser tu 2 kali sehari elama 3 hari kalu tak jalan jugak anas kena refer hospital HTAR.
isnin, 6th July 2009

ibu kerja so, ibu suruh wan or maklong bawak anas p klinik ambik nabuliser untuk pagi, balik dari kerja ibu tengok cam takder perubahan jer, ibu risau sangat, bila anas batuk keluar semua urat2 kat kepala anas tu, siksa sangat..tapi anas seperti makna namanya ceria jer bila di agah, lansung tak meragam......ibu bagi ubat seperti yang diarahkan doc. and malam ibu pergi ngan maklong pulak. doc tengok macam takder perubahan jer, tapi doc cakap tengok esok kalu takder perubahan jugak doc nak wat surat rujuk ke HTAR. hari ni genap umur anas 6 bulan....tapi kesian anas kena lalui semua ni......
selasa, 7th July 2009

maklong bawak anas gi klinik ho buat nab, tapi hati ibu macam tak sedap jer, memang betul apa yang ibu rasa, maklong hantar sms cakap anas kena bawak gi HTAR, ibu rasa sedih sangat, ibu kesian kat anas kena lalui semua ni kecik2, so maklong ambik ibu kat ofis terus bawak anas pi HTAR
sampai HTAR anas kena ambik nabuliser sekali lagi untuk melegakan pernafasan, lepas tu gi jumpa doc, pastu doc suruh x-tray dia nak tengok paru2 anas sebab bunyi kuat dah paru2 dia, hasil x-tray paru2 anas dah kena virus, so kena admitted
ok ibu tak kisah kena admitted asalkan anak ibu boleh baik....

x-tray session


hari pertama kat HTAR

anas ditempatkan di wad 6B, katil no.26 kat dalam bilik yang ada 6 orang ada TV, so ibu tak lah boring sangat. tapi pesakit lain semua besar2 takder baby2 cam anas ada yang demam sampai kaki lembik tak boleh jalan, ada yang demam dah seminggu tak kebah2 suhu mencanak naik sampai 40deg c, ada yang sakit perut dan macam2 sakit lah.......

anas jangan risau tau, ibu ngan papa akan sentiasa bersama sayang

anas tak nangis tak meragam pun, time tidur dia seperti biasa, kul 7 ke 8 camtu dia dah tidur dah, dia tersedar bila batuk2 jer...lansung tak nyusahkan ibu, ibu pun tidur la jugak cam kat rumah, anggaplah ni percutian ya nak sedapkan hati.........

nabuliser 4 hourly
kan dah cakap tidur tak hengat kan, sampaikan ibu bagi nabuliser pun dia tidur selamba jer, sekarang dia dah tak heran dah buat nab kat dia, siap boleh tertidur lagi, kalau tak dia melalak tak hengat, ya la tak selesa tu letak benda alah tu kat muka camtu kan.......
rabu, 08th July 2009
ramai sangat yang senasib ngan anas kat hospital ni, ramai sangat yang kena demam batuk kahak ni, kesian tau tengok anak2 kecik ni sakit, tapi mereka bila diagah tetap tersenyum happy... anas ngan ibu dapat ramai kawan2 ada yang lebih teruk dari anas lagi tu belum lagi tengok kat wad

walau kat hospital, walau tak sihat, still bangun awal ya anak ibu ni
papa pun tidur kat hospital, tapi kat bawah la
pagi 5.30 anas dah bangun dah, ibu jer hazab nak bangun pagi.....sakit camner pun anak ibu ni tetap jugak bangun awal cam biasa.....lagi pun pagi2 ni anas batuk kuat sebab pagi kan sejuk, kesian bila tengok anas batuk.....tapi ibu salute la nak ibu ni lansung tak nangis.........
doc cek kalu takder apa2, anas dah ok esok anas dah boleh balik, it means anas dah ok la kan, ibu sangat happy la anas dah bertambah baik
khamis, 09th July 2009


kena pakai oksigen sebab oksigen dalam badan anas dah kurang

semalam doc cakap kalu hari anas dah ok boleh balik, tapi amat menyedihkan, anas terpaksa pakai oksigen sebab batuk dia kuat sangat dan paru2 dia pun still ada bunyi lagi..waaaa sedihnya tengok anak ibu pakai ni, anas tak suka dia nangis2 bila pakai ni, berapa kali jugakla dia rentak wire oksigen tu..........

masih boleh senyum gumbira

hari ni anas kena pindah duk wad kat depan kat ramai2 tu tak duk kat dalam bilik lagi, mebi bilik ni untuk budak besar2 so doc takut anas dijangkiti virus lain pulak dari budak2 besar tu, dari kati 26 anas kena pindah kat katil 16, kat sini ramai sangat baby2 yang sakit demam, kesian.......menangis jer diorang tapi anas maintain jer ceria sampai dokto2 panggil dia budak happy sebab walau pakai oksigen tapi bila doc datang chek boleh senyum gelak2 lagi.........

Jumaat, 10th July 2009


2nd diagnosed
hari ni doktor pakar kanak2 check, disgnosed by her anas kena infantik asthma, tak tahu nak cakap apa, ibu kena redha dan anak ibu kena kuat lawan ya, insyaAllah, anas boleh baik and ibu ngan papa akan terus berusaha untuk pulihkan anas dari asthma ni........ibu ngan papa kena kuat untuk anas.....
buat muka sebab tak suka pakai oksigen tu

still pakai oksigen, ni dah hari ke-4 dah kita kat hotel 5 bintang HTAR ya, anas bawak ibu bercuti ya, duk kat wad ni jiwa kena kental, suara budak menangis tu dah macam muzik dah, kena tahan la, kiri kanan budak2 menangis, nasib baik anas tak kena cucuk2 tu, seram la ibu, kesian tengok ada baby sebulan, 2 bulan kena bagi ubat pakai cucuk kat kaki ke kat tangan ker, kesian......

anas bagi nab ngan continue pakai oksigen jer, dan sekali2 bagi ubat demam bila suhu anas naik, tapi sepanjang kat hospital anas kena demam 3 ke 4 kali jer tapi tak tinggi la dalam 37.5 camtu jer.....actually kalu dah kena pakai oksigen ni consider teruk la, kalu kurang dia akan bukan oksigen pastu nab dikurangkan ke 6hourly, sebab batuk anas still teruk and paru2 still wheeze so ans still take nab fo 4hourly........
sabtu, 11th July 2009

ya anas still kat HTAR, tapi hari ni oksigen anas dah boleh bukak, doc cakap dah ok sikit so doc nak tengok camner perkembangan anas lepas buka oksigen tu, but nab still kena ambik lagi....mintak2 la anas terus baik jer ya la duk kat wad ni macam2 penyakit lain boleh berjangkit...

suka la tu dah tak payah pakai oksigen


lenanya tidur macam kat rumah jer anak ibu ni, bantal peluk tak tinggal

Ahad, 12th July 2009

mesin chek oksigen

semalam bukak hari ni kena pasang balik, takder harapan nak balik, kena pakai balik bermakna anas still not ok yet......heee sedih sangat tengok anak ibu kena macam ni.......ibu cuba kuatkan semangat sekuat anak ibu, tapi air mata ibutumpah jugak nak tengok anas camni..........hanya Tuhan yang tahu camner perasaan ibu........luluh.....remuk.....

oksigen dalam badan anas hanya ada 87% pastu denyutan jantung anas kuat 137 beat yang sepatutnya hanya 120 untuk baby........so doc decided kena put back oksigen..........anas tak suka la.......rimas , but ni for your own good my dear you have to...no choice...

hari ni jugak doc buat suction kahak anas, kesian sangat tengok camner wire kecik tu dimasukkan kedalam hidung and mulut anas sebab nak keluarkan kahak tu..........

isnin, 13th July 2009

sayang bucuk ibu

hari ni kena pindah katil pulak, sebab kat tempat sekarang takder tempat oksigen tu terpaksa guna yang katil belakan, kawan anas haikal kat sebelah katil dah boleh keluar so anas pindah kat katil tu sebab kat situ ada oksigen tu........

hari ni anas cam ok sikit, bertambah baik la batuk still ada lagi tapi dah boleh tidur lama la.......

anas dan ibu

selasa, 14th July 2009

anas dan papa

anas makin sihat, doc cakap oksigen dah boleh bukak, kalu oksigen dalam badan dia mantain 97% petang ni dah boleh balik.......Alhamdulillah mintak2 kali ni anas betul2 dah baik dan boleh balik dan boleh balik kampung esok malam jumpa tok'ki, tok ma, dan pakcik2 kat kampung, ibu dah booked ticket dah kalau tak burn camtu la ticket flight pegi balik tu....

ibu tak kisah pun, kalu keadaan tak mengizinkan ibu takkan bawak anas balik kg, yang penting anas dah sihat..........

hensem sudah hero ibu ni, dah sihat ek dah boleh balik yahooooooo


Yesss!!!!! doc benarkan anas balik..........cuma anas kena banyak pantang la, tak boleh berhabuk2, pastu tak boleh sujuk2

lenanya tidur dah lama tinggal favourite port anas ya

with love,

No comments: