Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Showing posts with label papa anas. Show all posts
Showing posts with label papa anas. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Dihari jadi Papa



hari jumaat tu anas dah start batuk2 dah...pastu ibu terus bagi ubat batuk ngan madu+limau nipis sikit...biasa kalu ibu bagi madu batuk dia tak melarat la....tapi balik kerja tuh ibu tengok dia batuk2 lagi.....malam tu bagi ubat lagi...dan madu lagi...tapi awal pagi gitu dia batuk lagi memang kuat la...terus ibu bagi inhaler (klik sini) kat dia...bangun pagi2 tu dengar nafas dia macam ada bunyi kahak...so, ibu cakap ngan papa tak boleh jadi nih kena bawak dia gi klinik jugak....so terus siap2...kul 9 lebih dah kuar rumah dah...

kebetulan klinik kesihatan pandamaran memang bukak on weekend so, terus ke sana...ibu memeng prefer government klinik sebab rekod anas memang dah ada kat sana so senang nak refer...biasa kalu pergi private kalu kes semput2 camni karang dia suruh refer government jugak so...terus ke sana terus....nasib orang tak ramai...tak sampai lima minit dah boleh jumpa doktor dahini budak gaya macam tak sakit..padahal boleh dengar tu nafas dia....doctor pun macam terkagum ngan anas...dia kata setengah budak kalu kahak banyak macam tuh mesti dah meragam apa semua tapi dia macam tak sakit...memang doktor kata kahak dia banyak...so, kena ambik nabulizer untuk cairkan kahak tuh...takut nanti kena jangkitan kuman pulak...dia siap boleh say bye lagi kat doktor lepas doktor checked dia...anas...anas....

jom layan dia ambik nab tuh....pegang sendiri okey...........






eh nak jugak enter prame huhuhu

lepas dah kena nab tu dia dah okey...so jom ke Jusco pulak nak gi tengok wayang...kitorang tengok Nur Kasih...lain punya cerita semua dah full house dah...tengok la ramai gila duk beratur tuh...citer dia okeylah best tapi tak boleh nak concentrate la tengok ngan budak tu....dia siap main turun naik tangga lagi...pastu siap nak main keluar masuk lagi...pening2...dah nak habis baru dia tertidur....

tengok dah habis pun dia tak bangun2...lena sangat dia tidur...maklumlah sejuk je ekon kan...

oppps sebelum tu sementara masuk wayang tu gi beli hadiah papa dulu...so ke section kasut......biasala papa dia kalu nak membeli apa2 tuh semua kasut kat situ dia nak try...lama jugak lah...sikit lagi ibu nak bertukar jadi langsuir...grrrrrr last2 5 minit lagi wayang nak start baru jumpa kasut yang berkenan di hati....bayar2 terus lari laju2...masuk tu citer dah start dah pun...

ni time papa duk pilih2 kasut tuh...anas pun dah habis posing dah gayanya........


nampak tu birthday boy tengah try2 kasut tuh

papa kalu nak beli apa2 memang kalah la ibu dia punya belek telek tuh...dekat dua jam jugak la duk bertapa kat bahagian kasut tuh....layan kan ajer lah kata birthday boy kan kita bagi dia peluang....tak kan la nak marah birthday boy kan agak kurang ajar disitu...

setelah hampir 2 jam lebih la dok pilih punya pilih punya pilih....ni lah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

taraaaaaaaa


with love,

Saturday, May 28, 2011

PAPA DAY



HAPPY BIRTHDAY PAPA
WE LOVE YOU SO MUCH

with love,

Monday, January 24, 2011

wife vs suami




 
 suami makan burger jer* tapi special punya

 
dah la kena masak sendiri

 
si isteri..tetap makan nasi + masak lemak ikan masin nga nenas + ayam goreng + ulam2 + sambal belacan
peristiwa ni berlaku dimalam hari ok....macamana lah tak gumuks!!!!
tak kenyang la makan burger jer...nanti tak lena tidur
kwang! kwang! kwang!
with love,

Thursday, December 2, 2010

Ada orang ketuk pintu bilik kul 1 pagi



memang suspen gila lah

ibu kan duk ngan anas jer kat rumah...papa balik hujung minggu jer...tapi Alhamdulillah lah kat tempat ibu tinggal ni tak pernah lagi la dengar perkara yg tak elok berlaku....kat blok yg kami duduk tu memang selamat la...jiran2 pun semua kenal...kebanyakan berkeluarga...lagipun rumah flat kan mengadap jer dan dekat2 kalu jerit2 dah dengar dah...walaupun ibu duk berdua jer ngan anas tak berapa takut lah...takut sikit2 tu adalah...

tapi malam semalam....ibu terjaga dalam pukul 1 camtuh....lepas pegi toilet ibu nak sambung tidur balik....pastu mata ni tak boleh nak pejam pulak...ya lah time tuh memang sunyi, semua orang duk ralit tidur kan....rasa lah jugak takut tuh pastu terbayang macam2 lah...ibu bukan takut hantu tapi takut orang...ya la sekarang ni kan macam2 kes kita dengar dan baca kan? tu yg ibu takut sebenarnya....tiba2 dalam duk fikiran melayang tuh mata pun dah hampir terlelap balik...tetiba....ada orang ketuk pintu bilik...memang ibu akan kunci pintu bilik setiap malam...dah terbiasa dah....sebab dulu ibu pernah mengalami satu pertistiwa yang agak menyeramkan...tu nanti ibu cerita ya.....

tuk! tuk! tuk!....cuba bayangkan kul 1 pagi ada orang ketuk pintu bilik...pintu bilik ok!...bukan pintu rumah...itu bermakna org tu dah kat dalam rumah kita kan......terbangun terus ibu...anas memang tidur lena lah...dah berdebar2 dah nih...lutut pun dah menggigil2 dah...tapi ibu tak terus bukak la...ibu jerit dulu tanya sape tu???? gila nak terus buka...........seram gila lah.....tapi bila dengar suara orang kat luar tuh....terus ibu bukak pintu...nak tahu saper??????? 

papa anas daaaaaaaa........

suprise katanya...banyak la suprise orang menggigil takut ni tak tahu.....dia dapat call last minit dari ofis khidmatnya diperlukan untuk job kat sini dalam beberapa hari.........jadi, ibu ngan anas soka lah papa ada kat rumah minggu nih...pagi tuh bila dia banguntidur tengok papa dia tengah solat subuh melompat dia suka....terus campak susu terus pegi peluk cium papa dia hehehehe

lepas tu mereka sekelauraga hidup bahagia selamanya

sekian, terima kasih


with love,

Tuesday, November 30, 2010

Lain tekak, lain citarasa




 cekodok bilis untuk ibu ngan papa yg dh tinggal suku dah

pagi ahad tu...papa sanggup p kedai runcit sebab nak beli bilis...papa teringin makan cekodok bilis...cicah ngan soso cili pastu buat milo panas.....habis la sepinggan besar tu....anas bukan layan cekodok2 nih...dia makan jugak tapi tak habis pun sebijik....

 
coco crunch untuk anas makan ngan milo

ni breakfast anas...kat rumah memang kena ada breakfast set ni...tak kira la honey star ker, coco crunch ker, tapi cornflakes dia tak suka...

ok jugak kalu ibu malas2 tak pahay buat breakfast...tuang susu dia tambah cocoa crunch dah jalan dah...dia ni memang tekak mat saleh sikit lah...laju jer kalu bagi makanan ala2 omputeh nih...

tapi sonok jugak sebab makanan omputeh ni nak masak/sediakan simple jer...

diawith love,

Monday, November 29, 2010

Bila papa balik





 mini white board 

turtle with shapes toys

iasanya setiap kali papa balik mesti papa belikan ole2 untk anak ngan isterinya nih...anas suka lah sebab selalu dapat mainan...alah yang murah2 je papa bali pun kadang2 yang 3 barang RM 10...bukan apa bila papa balik kan anas terus terjah papa...kalu takde apa2 ole2 kesian dia kan....tak kisah la beli apa pun janji ada....tapi untuk mainan ibu dan papa dah tetapkan rules la tak boleh pistol/senapang dan pedang2 tuh...bukan apa takut dia pukul2 orang nanti, so mainan anas more to educational toys lah gitu... 

 baju love2

ibu pun dapat jugak...kali ni papa belikan baju...sebelum2 ni pun ada belikan baju...dan ada belikan mini bears and kadang2 belikan ttuuttt!!!!!! sensored ya....hehehehe ibu pun tak kisah beli baju mahal ke murah janji cantik dan sedap dipakai ibu suka jer....tapi baju ni cantik sebab dia ada love2 kecik2 kat baju tuh...sangat comel...

 melepas rindu

anas apa lagi suka lah dia tuh...dia memang suka lah tulis menulis nih....ala conteng2 je pun apa la yg budak umur setahun lebih ni boleh buatkan selain menconteng ni kan...tapi dia dah pandai pegang pen tu pun ibu dah suka dah....dia conteng2 dia padam...conteng2 padam2...dia ada sediakan marker ngan pemadam sekali...sebenarnya melalui alat permainan ni lah budak2 belajar...otak dia berfikir kan...kalu dia dah malas conteng2 tu ibu lak yg jadi mangsa kena lukis benda2...so layan kan je lah.........


 budak excited dapay menulis

time papa ada ibu serahkan segala tugas melayan anas kat papa.....ya lah jarang2 jumpa kan anas tak rapat pulak ngan papa...tu anas tukang conteng papa tukang padam...sonok sangat lah tu dia.....thanks papa belikan kitorang ole2 setiap kali balik...we love you so much tau....


nnt kita tunggu 2 minggu lagi papa belikan apa pulak kat kami ya.......

with love,

Wednesday, January 20, 2010

Sama tak???




sama jer kan? cuma pipi anas lagi labuh jer ni ikut ibu kut

ke sama ngan pipi maklong kat belakang papa tuh hehehe sori ya maklong

with love,

Monday, November 9, 2009

Papa balik yey!!! papa balik yey!!! yey!!!

minggu ni papa balik...

ibu ngan anas sangat happy....

anas terloncat2 bila tengok papa balik.... so hujung minggu ni boleh jalan2 ngan papa...

with love,

Thursday, November 5, 2009

Suami!!!!!!!!!


ibu dapat satu email:

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI


K
esilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:



Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

The only real mistake is the one from which we learn nothing...”



papa....we love you......

with love,

Friday, August 14, 2009

Papa Anas pandai masak tau......




panaskan kuali....opss panas kan minyak dalam kuali
pastu masukkan bawang merah, bawang putih, ngan halia sikit, kalu tak nak halia pun takpe
pastu masukkan sedikit cili kisar, pastu masukkan rempah kari daging ya, bila dah naik bau, dah pecah minyak masukkan daging ya....biarkan seketika sehingga daging tu lembut ya

kacau biar sebati, tengok papa pro kan masak kari daging tu...

bila daging dah lembut air dah kering sikit, masukkan santan ya puan-puan dan tuan-tuan...pastu masukkan asam keping sekeping ya
taraaaaa dah masak dah kari daging sedap dimakan........
ni tukang tengok jer ya........anas jadi saksi papa masak untuk ibu hehehe nanti bila anas besar anas lak yang masak ya...

dan buatkan juga sambal belacan, lagi kick makan kari pastu ada ulam2 cicah ngan sambal belacan kan...fuh terangkat ibu makan kan pa.......siap bertambah lagi..........

ya, ni bukan ibu yang masak tapi, papa yang masak tau......peristiwa ni berlaku masa weekend yang lepas masa papa balik rumah.........
ada orang yang tak boleh nak terima kalu suami kena masak untuk isteri, kata suami kena queen control la, suami takut bini la dan macam2 la, tapi ramai yang tak highlight yang kalu masak untuk isteri ni adalah salah satu sunnah nabi tau, nabi sangat baik dengan isteri2nya tau, jangan yang kawin 4 tu je nak ikut sunnah ya, banyak lagi sunnah yang boleh diikuti......

so, papa anas dengan suka relanya telah masakkan untuk ibu anas tercinta kan papa kan, ibu tak request pun tau tapi papa dengan seikhlas hati tau masak untuk ibu, anas besar nanti ikut macam papa ek yang sangat ringan tulang tolong ibu......lain kali masak lagi tau.....ini bukan kali pertama papa masak, sebelum ni pun masa ibu peknen pun papa ada masak gak untuk ibu.....
selain dari masak papa anas rajin gak wat kerja rumah yang lain, sekarang bila ada anas papa anas sangat rajin siapkan anas bila papa anas ada kat rumah, mandikan anas, buat susu, tidurkan anas, pastu ibu boleh goyang kaki jer, papa cakap kalau dia tak buat semua tu nanti anas tak rapat ngan dia.......

cak!!!!papa anas pandai masak tau.......tu ibu sayang sangat kat papa anas tu hehehehe

with love,