Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Cabaran ibu - Anak Mengamuk @ 'temper tantrum'








pening...pening...pening....

sape yang ada anak suka mengamuk ni tahulah macamana perasaan dia kan....sekarang tak tahu angin apa melanda anas suka mengamuk...silap sikit mengamuk...tak faham dia cakap pun boleh mengamuk...memang ibu sangat2 stress...dia macam saja nak uji kesabaran ibu tau...kalu kita kata A dia nak B..pastu bila kita buat B dia nk C pulak...pastu serba tak kena...memang al fening lah.....ibu macam pelik dan kadang2 tu rasa macam ke aku dah salah didik dia kan...

so...ibu pun tanya lah pakcik google....


haaaaaa terus banyak panduan dan tips macamana nak handle anak dan juga nak handle perasaan ibu sendiri...penting tu macamna kita nak handle perasaan kita...kang tak pasal2 ngan kita2 bertukar jadi hantu kak limah kan mengamuk sekali...eh bukan memang dah mengamuk ker??? hehehehe memang nak2 kalu time dia mengamuk tu time PMS memang betul2 rasa macam tertekan sangat2...dan macam2 lah ada dalam fikiran nih...memang tahap kesabaran tu orang kata dah sampai level hidung dah lah....


bila satu2 ibu buka page2 yang tulis pasal anak mengamuk tu...baru lah ibu tahu anak mengamuk ni rupanya normal pada umur anas sekarang...mengikut pembacaan ibu tu...kanak2 umur diantara 16 bulan hingga 3 ke 4 tahun memang normal akan mengamuk atau temper tantrum nih...cuma tahap dia jer yang berbeza2...ada yang guling2 hentak2 kaki ada yang pukul2 ibubapa mereka dan macam2 lagilah...oooooo sebab tu kalu kita perhatikan kalu budak mengamuk kat pasaraya2 ke kat mana2 pun mostly umur dalam 1-4 tahun kan...jarang ke tak pernah pulak tengok budak besar mengamuk guling2 kan hehehehe...so, point pertama ialah mengamuk ni normal dalam proses tumbesaran anak dalam range umur setahun lebih hingga 4 tahun gitu

kenapa agaknya mereka mengamuk ni ya??? tak boleh pakai baju sendiri mengamuk...tak faham dorang cakap mengamuk....apa tah lagi kalu tak turuti kemahuan dorang nih....so, kita tengok apa kata pakar ya..
Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

ini kata pakar ya...bukan auta...cuba ibu2 yg dah ada anak dua tiga orang tuh fikir kejap betul tak apa kata pakar nih????ceh wah dan macam pakar motivasi dah nih...memang betullah kan???bila baca fakta ni rasa lega sikit sebab ingat anas je macam nih...tapi memang betul2 menguji kesabaran lah....

tapi kalu nk tahu lebih details lagi sila buka page2 yang ada kat pakcik google tu ya....memang sangat2 membantu...yang penting ibu kena sabar dan tenang ini yang paling susah nak buat nih..kalu tak lagi parah...

ni layan gambar kronologi anas mengamuk....kronologi katanya...hehehehe

mula marah2 bila kehendak tak diturut

pastu dah start nangis dah

makin kuat sebaibu tak layan still snap2 gambar dia hehehehe

geram sangat lah tuh hehehehe

siap pejam2 mata tak nak tengok ibu duk snap2 gambar dia

pastu papa datang menyelamat keadaan bagi dia candy

tengah nangis sempat lagi makan penuh mulut

dah reda dah...


siap happy2 lagi...boleh?????

nota kaki: cepatlah anas besar...pening nk layan peel dia sakng nih.........tapi ibu tetap sayang anak ibu banyak2....kuat2 tau..mmmuuuaaaaaaahhhhhhhhhhh....

with love,

Friday, September 30, 2011

Sindrome Pra-Haid @ Premenstrual Syndrome @ PMS



ini pasal pompuan...tetapi lelaki wajib kena tahu pasal ni...

Apakah PMS????

PMS merupakan satu gejala yang ada kaitan dengan fizikal, emosi dan psikologi dalam putaran haid seorang wanita.....ia berlaku disebabkan perubahan hormon wanita  di saat pelepasan sel telur wanita...time ni ada yang kena senggugut...sakit otot satu badan dan ada yang terlalu sensitif dan macam2 lagi...PMS ni senang cakap satu perubahan emosi dan fizikal seorang pompuan...contohnya kalu hari2 biasa ko tak kisah pun kalu suami  ko tak tanya ko nak makan apa...tapi tetiba hari ni ko boleh sentap pulak sampai nangis2 sedih sangat...ha tu maknanya seminggu lagi ko nak period lah tu...tu lah PMS namanya...

Siapa yang kena???

Rasanya semua pompuan akan alami PMS ni...cuma kronik ngan tak jer...benda ni biasanya akan berlaku sebelum period datang haid biasanya dalam seminggu sebelumnya...dan ada jugak yang selepas period pun still lagi ada PMS ni..time period tu toksah cakaplah kan....menikut fakta dan kajian perempuan yang selepas melahirkan lagi kuat akan mengalami PMS ni...tapi memang betul...mengikut pengalaman ibu lah....memang selepas berkahwin dan melahirkan kamu...sindrom PMS ibu makin teruk parah....dan sampai satu tahap macam hilang terus kesabaran tuh.....

Kenapa terjadinya PMS ni?????

Bukan pompuan mintak ya......ingat tak siksa ke nak lalui fasa PMS nih?? kalu yang senggugutnya siap terguling2 satah sakit...tapi yg paling tak tahan nak kawal emosi time PMS nih...memang seksa sangat2....mengikut kajianlah kan...PMS ni berlaku kerana faktor hormon yang tidak seimbang iaitu antara hormon estrogen dan progesteron.....ada juga yang kata kerana hormon estrogen yang berlebihan dan ada juga kemungkinan ia berhubung dengan gangguan perasaan, faktor kejiwaan, masalah sosial dan macam2 lagi lah. Ingat senang ke nak jadi pompuan ni...kena lalui macam2 sakit...so, orang lelaki sebagai suami contohnya apa salahnya korbankan sikit ego tuh...faham sikit bila isteri sedang lalui PMS ni...bukan susah pun just fahami dan jaga sikit perasan dorang ni...

Masa PMS ni, kalu lelaki tak tahu dan kat sini nak bagitau lah....perasaan pompuan tu macam kaca yang nipis bukan temper glass yang tapi kaca yang nipis tu...mudah sangat pecah dan berderai...so kena jaga lebih sikit dan kena tahan sabar sikit...sebab ini semua adalah normal...seboleh mungkin kami akan cuba kawal tetapi kadangkala dia diluar kawalan kami....

Faktor Meningkatkan risiko PMS..
  • Wanita yang pernah melahirkan (PMS semakin berat setelah melahirkan beberapa anak, terutama bila pernah mengalami kehamilan dengan komplikasi). 
  • Status perkawinan (wanita yang sudah menikah lebih banyak mengalami PMS dibandingkan yang belum). 
  • Usia (terutama antara usia 30 - 45 tahun). 
  • Stress
  • Diet/Pemakanan (faktor seperti tinggi gula, garam, kopi, teh, coklat, minuman bersoda, produk susu, makanan olahan, memperberat gejala PMS). 
  • Kekurangan zat-zat gizi seperti kurang vitamin B (terutama B6), vitamin E, vitamin C, magnesium, zat besi dll)
  • Kegiatan fizikal (kurang berolahraga dan bersenam).
kalu tengok faktor2 kat atas tu memang sah2 semua tu dah ada kat ibu...tu yang ibu rasa memang makin teruk lah PMS ibu sekarang nih....perasaan marah, benci, meluat, sedih, semua bercampur dalam satu hati...macamana tu cer bayangkan... ingat ibu nak ke duduk dalam perasaan tu...seksa sangat...

Jenis2 dan Gejala PMS

Menurut Dr. Guy E. Abraham, Pakar Perbidanan dari Fakulti Kedoktoran UCLA, US, terdapat beberapa bentuk PMS ni...dan dia telah bahagikan kepada 4 iaitu jenisiaitu  A, H, C dan D (baca kat sini, tapi dalam bahasa indon).
  • Jenis A (Anxiety) -gejala seperti rasa cemas, sensitif, saraf tegang. Bahkan beberapa wanita mengalami depresi ringan sampai saat sebelum mendapat haid. Gejala ini timbul akibat ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron: hormon estrogen terlalu tinggi dibandingkan dengan hormon progesteron. JAdi kepada yang ada PMS jenis ni kena banyakkan makanan berserat dan kena kurang minum kopi.
  • Jenis H (hyperhydration) memiliki gejala pembengkakan, perut kembung, nyeri pada buah dada, pembengkakan tangan dan kaki, peningkatan berat badan sebelum haid. Gejala jenis ini juga dapat dirasakan bersamaan dengan jenis PMS lain. Pembengkakan itu terjadi akibat berkumpulnya air pada jaringan di luar sel (ekstrasel) kerana tingginya garam atau gula pada diet seseorang itu.
  • Jenis C (craving) ditandai dengan rasa lapar dan biasanya pada makanan yang manis-manis dan boleh timbulnya gejala hipoglikemia seperti kelelahan, jantung berdebar, pusing kepala yang kadang-kadang sampai pengsan. Hipoglikemia timbul kerana pengeluaran hormon insulin dalam tubuh meningkat.
  • Jenis D (depression) ditandai dengan gejala rasa depresi, ingin menangis, lemah, gangguan tidur, pelupa, bingung, sulit dalam mengucapkan kata-kata (verbalisasi), bahkan kadang-kadang muncul rasa ingin bunuh diri atau mencuba bunuh diri. PMS jenis ini terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon progesteron dan estrogen, di mana hormon progesteron dalam kitaran haid terlalu tinggi dibandingkan dengan hormon estrogennya.
agak2 korang PMS jenis mana???  rasanya ibu tengah hadapi semua jenis kut tapi yang paling kronik sekarang jenis D...memang terseksa sangat...rasanya dalam dua tiga bulan ni lah...dulu tak lah seteruk ni...kalu dulu banyak kepada jenis C kut sebab memang rasa nak makan jer...tapi sekarang ni tak pulak ...memang asyik sentap dan mengamuk jer bila nak period... kalu anas buat perangai tu rasa macam nak meletup lah dada ni menahan marah kan...kalu papa buat perangai lagi lah memang tak bleh nak tahan....kadang2 tu benda kecik je tapi memang tak boleh nak tahan rasa macam nak lari jer.........serius tak boleh tahan....

Senggugut bukan PMS

Dysmenorrheal @ Senggugut bukan PMS. Senggugut tidak ada hubungannya dengan kelainan pada organ reproduksi wanita dan hanya terjadi sehari sebelum haid atau hari pertama haid. Sakit/ngilu pada perut ini juga tidak ada hubungannya dengen PMS yang mulai terasa 10 - 14 hari sebelum haid. Kalau senggugut boleh pulih/baik dan boleh hilang  sama sekali setelah seseorang melahirkan anak, tetapi tidak demikian dengan PMS. Malah wanita yang pernah melahirkan anak malah berisiko lebih tinggi menderita PMS.

with love,

Friday, August 20, 2010

Kelebihan Sahur......



bukan semua orang sanggup bangun untuk bersahur...
sayang oo nak tinggal tidur..
maklumlah time tuh sedang syok diulit mimpi tu.......
nak nak pulak kalu time hujan
syurga tu berbungkus dalam selimut...
sedar pun buat2 tak sedar jer

jom share kelebihan sahur..

dari sudut agama dulu ya:
  • sunnah nabi, kerana nabi tidak pernah meninggalkan sahur pada bulan Ramadhan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim.
  • pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.” 
  • membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain.
  • Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
dari sudut sains pulak:
  • amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari.
     
  • bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi.
semoga puasa kita semua diberkati Allah..amin

with love,

Tuesday, June 15, 2010

Si Cilik Pintar, Terang Hati



sape baca metro hari ni ada baca berita tantang dua beradik yang terang hati ni tak?
ibu ada baca metro online
sebenarnya ibu dah lama baca blog ibu dia
saper2 nak baca pasal 2 beradik terang hati nih boleh pergi kat blog ibu dia

http://darwishndarwisya.blogspot.com/

 gambar dari metro online

banyak panduan yg kita boleh teladani dari blog maknya
sejuk jer perut ibu mengandungkan
ibu rasa semua anak2 berpotensi
yang penting ibubapa kena tahu cara dan kaedah macamana nak mendidik anak

kredit to hmetro.com.my

with love,

Monday, January 25, 2010

Homeopathy



Semalam bawak anas gi buat rawatan homeopathy kat TTDI Shah Alam....atuk ngan wan yang bawak datang sini.....anas kan ada asma tapi tak teruk la....tu la yang dia selalu demam and batuk selsema tuh...

Lupa la pulak nama doc tuh....dia cakap budak yg kena asma nih sebab antibodi dia terlampau aktif tu yg kena asma pastu kulit tak tahan tu.....ibu ingatkan antibodi lemah rupanya terlampau aktif antibodi anak ibu nih.......
Apakah Homeopathy
'Homeo' bermaksud persamaan manakala 'Pati' rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan prinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'
Ibu dah lama dengar pasal homeopathy ni tapi kenapa la dari dulu ibu tak cari info kan kalu tak dah lama boleh bawak anas buat rawatan nih......thanks kat atuk ngan wan sebab bawak ibu, papa ngan anas.......atuk siap sponsor lagi rawatan anas semalam tuh.....

Bila Anda memerlukan Rawatan Homeopati ?Kiss
  •  Jika seseuatu penyakit yang dialami oleh anda atau mana-mana keluarga anda yang berlarutan, dan tidak mahu sembuh-sembuh. Inilah masanya anda mencuba rawatan homeopati dengan kami.
  • Jika anda mengalami suatu penyakit yang dianggap misteri tetapi gagal dirawat oleh mana-mana doktor, dah inilah masanya anda bertukar kepada rawatan homeopati.

Semalam anas dapat 5 jenis ubat....ubat dia pun manis dan anas suka jer makan......ubat dia ada dua jenis titik ngan hisap cam gula2 tuh.....anas dapat dua2 jenis....mintak2 lepas nih anas boleh baik dan sihat kan......
Kebaikan Homeopati  
Tidak ada kesan sampingan
Tidak memudaratkan badan
Tidak memberi ketagihan
Penyembuhan secara semulajadi
Homeopati Perubatan Masa Depan
Untuk anda Sekeluarga.


with love,

Friday, January 22, 2010

Demam Bukan Musuh yang harus diperangi



article ni ibu jumpa kat sini .....ibu rasa baik ibu post kat sini boleh share dengan saper2 yang singgah kan....airticle ni dalam bahas indon.....kalu tak faham tu buat2 faham lah ya.........

Demam pada anak sering menimbulkan fobia tersendiri bagi banyak orang tua. Keyakinan untuk segera menurunkan panas ketika anak demam sudah melekat erat di benak orang tua. Demam diidentikkan dengan penyakit, sehingga saat demam berhasil diturunkan, orangtua merasa lega karena menganggap penyakit akan segera pergi bersama turunnya panas badan.

Keinginan untuk menenangkan kegelisahan orang tua inilah yang terkadang “memaksa” dokter memberikan obat penurun panas walaupun sebenarnya mungkin tidak perlu. Selain itu tak dapat dipungkiri bahwa dokter yang gemar melakukan pengobatan “ala koki” (meminjam istilah Dr. Paul Zakaria da Gomez- ahli imunologi) masih kerap dijumpai. Seperti halnya makanan yang kurang manis ditambah gula, kurang asin ditambah garam, begitu pula pengobatan “ala koki” dilakukan. 


Apa pun penyebabnya, penderita panas badan langsung dicekoki obat penurun panas tanpa memastikannya terlebih dulu.Apakah memberikan obat penurun panas ketika anak demam merupakan suatu hal yang salah? Bukankah bila demam tidak diturunkan akan menimbulkan kerusakan pada otak? Bukankah pemberian obat penurun panas menyebabkan anak terhindar dari kejang demam (stuip), membuat anak merasa lebih nyaman dan meningkatkan nafsu makan? Hal-hal seperti itulah yang sering terdengar mengenai demam dan banyak didengung-dengungkan di berbagai media iklan. Alhasil demam semakin menjadi momok yang menakutkan bagi orang tua, dan memperkuat keyakinan orangtua untuk buru-buru menurunkan panas ketika anak demam.

Namun sesungguhnya para ahli menyatakan bahwa pendapat-pendapat tersebut hanyalah mitos belaka karena tidak semua dapat dibuktikan kebenarannya. Keberadaan demam justru berperan penting dalam proses penyembuhan penyakit. Bahkan pemberian obat penurun panas ketika anak demam (baik aspirin, paracetamol/acetaminophen maupun ibuprofen) terbukti lebih banyak menimbulkan dampak negatif ketimbang positif.


Sebelum mengetahui lebih lanjut dampak-dampak tersebut, harus dipahami terlebih dahulu bahwa terjadinya demam ketika seorang anak mengalami infeksi bukanlah suatu kesalahan. Tuhan memang sudah memberikan demam sebagai reaksi alamiah tubuh terhadap adanya infeksi. Sehingga ketika seorang anak mengalami infeksi, keberadaan demam semestinya disyukuri, bukan ditakuti atau diperangi karena hal ini merupakan pertanda bahwa mekanisme pertahanan tubuh sedang bekerja untuk melawan penyakit. Demam memang tidak hanya dapat disebabkan oleh infeksi, bisa saja terjadi karena pencetus lain seperti reaksi transfusi, tumor, imunisasi, dehidrasi , dan lain sebagainya. Tetapi pada anak umumnya demam terjadi karena suatu infeksi kuman, entah itu virus maupun bakteri.

Mengapa reaksi alamiah tubuh ini harus disyukuri? Berbagai literatur menyebutkan bahwa komponen-komponen sistem kekebalan tubuh, seperti sel darah putih (leucocyt) dan lymphocyt (salah satu jenis sel darah) akan bekerja lebih baik melawan kuman dalam keadaan suhu tubuh yang meningkat ketimbang suhu tubuh normal. Artinya, menurunkan suhu tubuh ketika anak demam justru akan melemahkan sistem kekebalan tubuhnya.

Saat demam terjadi, pergerakan dan aktivitas sel-sel darah putih meningkat, serta terjadinya perubahan bentuk lymphocyt dapat membunuh bakteri maupun virus yang masuk ke dalam tubuh. Selain itu, jumlah interferon, yang merupakan salah satu substansi antivirus dan antikanker dalam darah, juga akan meningkat dengan adanya demam. Teori tersebut juga didukung oleh sebuah penelitian di laboratorium, pada binatang yang sengaja diinfeksi oleh suatu penyakit. Ternyata dengan meningkatnya suhu tubuh binatang-binatang yang terinfeksi itu, angka kelangsungan hidup mereka semakin meningkat. Sebaliknya dengan menurunkan suhu tubuh ketika terjadi infeksi, malah meningkatkan angka kematian binatang-binatang tersebut.

Hylary Buttler, seorang peneliti dari New Zealand telah mengumpulkan kutipan-kutipan dari berbagai literatur kedokteran yang membuktikan bahwa demam memang diperlukan untuk meningkatkan kekebalan tubuh ketika terjadi infeksi. Sebaliknya pemberian obat penurun panas seperti paracetamol/acetaminophen, aspirin dan ibuprofen malah memberikan pengaruh negatif.

Dalam salah satu kutipan itu disebutkan bahwa pemberian obat penurun panas untuk menurunkan demam akan meningkatkan angka kematian dan kesakitan selama infeksi. Pemberian acetaminophen dinyatakan juga dapat menginduksi terjadinya pneumonia. Selain itu semakin sering memberikan obat penurun panas pada anak dengan penyakit infeksi, ternyata malah akan memperparah dan memperpanjang masa sakitnya. Fakta lain yang lebih penting menginformasikan bahwa obat penurun panas dapat memberikan gejala palsu. Penderita demam yang disangka sedang dalam masa penyembuhan karena panasnya sudah turun, ternyata luput dari observasi dan mengakibatkan penyakitnya berlanjut semakin buruk akibat pemberian obat penurun panas.

Walaupun belum dinyatakan kebenarannya, namun Dr. Torres, seorang peneliti senior dari Biomedical Utah State University, memberikan teori baru mengenai penyebab potensial merebaknya kasus autism belakangan ini. Demam yang dihambat dengan pemberian obat penurun panas pada ibu hamil dan anak-anak kecil, dikatakan terlibat sebagai biang kerok terjadinya autism dan neurodevelopmental disorders. Pada akhirnya kerugian pemberian obat penurun panas ini tentu saja berhubungan dengan biaya pengobatan yang seharusnya tidak perlu dan dapat dimanfaatkan untuk keperluan yang lebih penting.

Lalu bagaimanakah dengan kebenaran mitos-mitos yang sudah mendarah daging diyakini para orang tua?

Dalam bukunya “How To Raise A Healthy Child in Spite of Your Doctor” Dr. Robert Mendelsohn yang juga seorang dokter spesialis anak mengatakan, demam tinggi bukanlah penyebab kejang demam. Kejang demam muncul ketika suhu badan meningkat dengan kecepatan yang sangat tinggi dan hal ini umumnya jarang terjadi. Hanya 4 % anak-anak dengan demam tinggi yang demamnya berhubungan dengan kejang. Tidak ditemukan pula bukti-bukti yang menyatakan bahwa setelah kejang demam mereka kemudian mengalami efek serius. Anggapan bahwa pemberian obat penurun panas akan mengurangi kejadian kejang demam pun tidak didasari oleh bukti yang nyata. Karena itu memberikan obat penurun panas kepada semua anak yang mengalami demam, hanya akibat 4% kejadian kejang demam, bukanlah hal yang rasional.

Selain itu demam yang terjadi karena infeksi bakteri atau virus, pada umumnya tidak akan menyebabkan kerusakan otak atau kerusakan fisik permanen seperti anggapan yang telah dianut selama ini. Demam adalah hal yang biasa terjadi pada anak dan bukan merupakan suatu indikasi penyakit serius kecuali bila disertai dengan perubahan penampilan, perubahan tingkah laku atau gejala-gejala tambahan seperti kesulitan bernafas, kaku kuduk atau kehilangan kesadaran. Hanya demam di atas 42,2 derajat Celcius yang telah diketahui dapat menyebabkan kerusakan otak.

Namun tentu saja terdapat perkecualian, yaitu bila demam terjadi pada bayi yang baru lahir. Demam yang terjadi pada bayi di minggu-minggu pertama kehidupannya harus mendapatkan perhatian serius, karena kemungkinan besar infeksi didapat dari proses persalinan, ataupun penyebab lain.

Asumsi yang juga telah sangat diyakini orang tua adalah pernyataan bahwa obat penurun panas akan menyebabkan anak merasa lebih baik, lebih aktif dan meningkatkan nafsu makan. Padahal penelitian membuktikan bahwa tidak ada perbedaan efek yang tampak ketika penderita demam diberi obat penurun panas maupun placebo (sugesti). Jadi tidak dapat dibedakan apakah keadaan lebih baik yang dirasakan penderita sebetulnya merupakan efek placebo atau efek obat. Tapi bila obat penurun panas dipakai sebagai placebo, artinya placebo yang digunakan merupakan placebo yang sangat berbahaya.

Dari keterangan di atas jelas lah sudah bahwa demam bukanlah musuh yang harus diperangi. Karena itu penggunaan obat penurun panas sebaiknya betul-betul diberikan secara rasional. Beberapa negara bahkan membuat peraturan agar dokter-dokter mereka memberikan obat penurun panas pada pasien, hanya ketika demamnya mencapai 40,5 derajat C atau lebih.

Mengingat pengaruh emosional yang telah begitu mendalam di benak orang tua, merubah perilaku ini tentu menjadi pekerjaan yang teramat sulit. Namun dengan merubah paradigma tentang demam, dan menyadari dampak negatif pemberian obat penurun panas pada anak, diharapkan demam tidak lagi menjadi “monster” yang menyeramkan bagi orang tua. Orang tua tidak lagi perlu buru-buru membeli obat penurun panas di warung dekat rumah, ataupun “memaksa” dokter untuk segera menurunkan demam anak.


Selain itu akan sangat bijaksana pula, bila dokter tidak begitu saja dengan mudah memberikan obat penurun panas tanpa indikasi yang betul-betul perlu. Menjelaskan pada pasien mengenai pentingnya keberadaan demam dan dampak negatif menurunkan panas badan ketika anak demam, merupakan tindakan yang lebih rasional. Bila hal ini dilakukan, paling tidak ancaman pengaruh buruk akibat rutinnya penggunaan obat penurun panas terhadap kesehatan anak-anak dikemudian hari, dapat dikurangi.***
 Semoga dapat dimanfaat bersama.......

with love,

Thursday, January 14, 2010

SHICIDA METHODS - apakah ini????



ibu skang ni kalu ada mas afree tu mesti goolge mcamana nak didik anak cara yang lebih berkesan...ya la zaman skang ni kan macam2 masalah sosial yg berlaku tu ibu cam takut jer...so cebagai persediaan ibu mesti tmbahkan lagi ilmu dan panduan dalammendidik anak nih......

ni kat bawah ni hasil 'googlelan' ibu.......

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.

Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.


2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d .

Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .


3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.

Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.


4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.

Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.


Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .


sama2 lah kita praktiskan.....semoga anak2 kita akan menjadi anak yg berkuality......amin

with love,

Thursday, December 31, 2009

Terapi Solat...



:: terapi solat ::

tadi lam entry 'sokmo' tuh pasal anas kan....eh eh eh bukan pasal ibu ker????? anas pulak...ni pasal ibu ya....

ibu kalu nak tidur mesti nak kena baca apa2....ni kalau papa takder la..tak kisah la apa2 pun janji bahan bacaan...so semalam tu yang ibu terjaga kul 1 pagi tuh... ibu baca la majalah mingguan wanita yang memang selalu ada kat side table sebelah katil tuh kadang2 ada bawah bantal la...papa la yg tukang kemas nih kalu dia balik hehehehe bukan satu pulak tuh

ni yang edisi bulan baper ntah...belum habis baca lagi.. yang muka depan almi nadia tuh....ibu main capai jer janji boleh baca sebab bila membaca nih kita cepat ngantukkan......

so ibu baca la artikel pasal terapi solat.....memang solat ni kan satu terapi untuk kita umat islam..anas bila besar nanti jangan tinggal solat tau

tapi kena khusyuk la baru jadi terapi kalau tak...rasa beban pulak solat nih....

ya la kita kalu time solat nih macam2 la pk kan....benda yang tak terpikir pun nak pk time solat nih....so bila baca artikle nih baru lah sedar nak khusyuk dalam solat ni kita kena faham dulu makna khusyuk tuh.......

apa kata kita sama2 gi jenguk web pasal terapi solat nih......penulis ni pun ada gak wat bengkel pasal terapi solat nih bestnya kalu dapat joint kan......besnya kalu dapat khusyuk betul2 dalam solat.....


:: jom pakat ramai2 gi jenguk ::

ps: klik gambar kalu tak nampak

with love,

Thursday, December 24, 2009

Kesilapan Ibubapa dalam Mendidik Anak



tak yah panjang2 mukadimah....

1. Kurang berdoa dalam mendidik anak-anak
  • doa ibubapa terutama ibu sangat makbul
  • bangun waktu malam untuk mendoakan anak2
- ni benda paling penting...kalu sembahyang pun lobang2 camner tuh nak berdoa.....ni peringatan untuk ibu sendiri....ya! Tahun ni azam baru ibu ingin manjaga solat 5 waktu...insyaAllah...papa plis ingatkan ibu ya.......

2. Memperkecilkan kebolehan anak-anak. Pupuklah walaupun kebolehan itu kecil sebagain mendidik emosi anak-anak supaya ada keyakinan diri.

- ibu2 kena ingat ibubapa adalah idola anak2...pujian dari idola mereka akan meningkatkan keyakinan diri anak-anak. Jangan sekali-kali memperkecilkan kebolehan anak-anak kita.

3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif.

- pujilah anak anda dalam setiap apa yang dilakukan....jangan sesekali memandang rendah dia atas kebolehan mereka. Kata2 pujian dapat membunuh sifat negatif yang ada dalam diri seseorang.

4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak.

- Dengan menjadi kawan kita akan lebih memahami jiwa anak-anak kita....ini akan lebih mendekatkan kita dengan anak-anak. Mereka juga akan merasa kita sentiasa bersama mereka.

5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak-anak.

- sentuhan bukan sekadar fizikal tetapi ia lebih melibatkan emosi, suara dan juga penglihatan. Jangan malu untuk memeluk dan mencium anak-anak kerana pelukan dan ciuman ibu bapa boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak.

6. Menegur secara negatif.

- Teguran yang boleh memalukan dan melukakan hati anak akan membuatkan mereka rasa tidak dihormati. Walaupun anak melakukan kesilapan tegurlah dengan berhemah dengan memuji kebaikan yang pernah mereka lakukan. Jelaskan pada mereka dengan suara yang lembut.

7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak-anak.

- Ibu bapa wajib mengambiltahu dengan siapa anak-anak berkawan.

8. Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja rumah.

- Sedari kecil dedahkan anak-anak dengan kerja rumah agar anak-anak menjadi anak yang pandai berdikari.

9. Pilih kasih di antara anak-anak.

- Sikap ibu bapa yang pilih kasih akan melukakan emosi anak-anak dan ini akan menyebabkan anak-anak rasa tersisih.

10. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pendapat dan pandangan anak-anak.

- Menerima pandangan anak-anak melatih anak-anak berfikir dan mempunyai sifat kepimpinan. Ibubapa jangan egois terhadap anak-anak.

ps: Baca surah To-Ha untuk melembutkan hati anak-anak agar tidak degil dan mendengar kata. Ibu ingat lagi arwah tokma memang amalkan surah ni untuk mendidik ibu adik beradik.



with love,

Wednesday, December 9, 2009

Alahan!!!!!


Apa itu alahan susu lembu?

Susu terdiri dari protin, gula lemak, vitamin, bahan galian dan air. Ada sebahagian kanak-kanak mempunyai sistem immunologi abnormal yang bertindakbalas kepada protin susu. Ini menghasilkan keadaan dipanggil alahan kepada susu lembu.

Apakah ia masalah biasa?

  • Antara 1–5 % bayi ada alahan kepada protin yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
  • Kebanyakan bayi akan bebas dari alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun.

Bagaimana mengesan alahan tersebut?

Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama

2 Jenis tindakbalas utama :

  • Serangan gejala nafas berbunyi, muntah, gatal, ruam / bintat (urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan (angioedema) dan tindakbalas seluruh badan (anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba.
  • Tindabalas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)

Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain.

Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?

Masalah yang mungkin timbul termasuk :

  1. Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
  2. Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
  3. Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
  4. Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)

Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?

  • Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti pinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
  • Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
  • Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu.
  • Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula). Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
  • Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
  • Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda pada usia 12 atau 18 bulan dengan pengawasan doktor.

Apakah cara mencegah alahan susu lembu?

  • Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti asma, eczema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu lembu.
  • Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah pilihan yang terbaik.

Peringatan

  1. Alahan bersilang antara susu lembu dan susu soya mungkin berlaku pada sesetengah bayi. Lebih kurang 15% bertindak cepat kepada alahan susu lembu manakala setengah dari mereka mengalami alahan yang lebih lewat adalah alahan kepada protein susu soya.
  2. Baca pada label makanan dan elakkan makanan yang mengandungi atau bahan yang berkaitan dengan protin susu seperti coklat, manisan yang bercampur susu, daging salai dan sosage.
  3. Dapatkan nasihat pakar pemakanan berkaitan kandungan makanan yang kurang pasti.
  4. Apabila anak semakin membesar penerangan perlu diberikan kepada mereka mengapa perlunya dia mesti mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi susu lembu.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

apa yang tercatat diatas semua anas dah kena.....thats y la anas minum isomil yang harganya mencekik tu!!!!napa susu soya mahal ek?? padahal kacang soya tak lah mahal kan????

tapi ibu plan ti anas dah 1 tahun ibu nak tukar susu tengok boleh ke tak.....sebab minum isomil ni cam tak naik jer badan anas....mintak2 boleh la........

with love,

Wednesday, November 4, 2009

Foods to avoid: 4 to 12 months

As your baby grows, he'll be eager to sample food from your plate – and you'll be eager to introduce some variety to his diet. But not all foods are safe for your child. Some pose a choking hazard, and a few aren't good for your baby's still-developing digestive system.

Honey: Honey can harbor spores of Clostridium botulinum, which causes botulism. An adult's intestinal tract can prevent the growth of these spores, but in a baby the spores can grow and produce life-threatening toxins.

Peanut butter: The sticky consistency of peanut butter and other nut butters can make it tough for a young child to swallow safely.

Cow's milk: Stick with breast milk or formula until your child's first birthday. Why? Your baby can't digest the protein in cow's milk for the first year, it doesn't have all the nutrients he needs, and it contains minerals in amounts that can damage his kidneys.

Choking hazards to watch for

Large chunks: Pea-size pieces of food are safest — they won't get stuck in your child's throat. Vegetables like carrots, celery, and green beans should be diced, shredded, or cooked and cut up. Cut fruits like grapes, cherry tomatoes, and melon balls into quarters before serving. Cut meats and cheeses into very small pieces or shred them.

Small, hard foods: Nuts, popcorn, cough drops, hard candies, raisins, and other small dried fruit and seeds are potential choking hazards.

Soft foods: Soft foods like marshmallows and jelly candies can get lodged in your child's throat.

More choking prevention:

  • Avoid letting your child eat in the car. It's too hard to supervise while driving.
  • If you're using a rub-on teething medication, keep a close eye on your baby as it can numb his throat and interfere with swallowing.
credit to babycenter.com

with love,

Wednesday, August 19, 2009

Ibu dan Isteri

ni ibu dapat email dari kawan ibu, so ibu letak kat sini sebagai pengajaran.............

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .

sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.

....NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!.

It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terusmembebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku.....

"Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last.

Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday).

Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati.

Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutYou mothers)....

uuwaaaaaaaa! ! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu, hargai mereka!!!!

Naim82

with love,

Wednesday, August 12, 2009

Petua Untuk Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut I love you sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
with love,

Friday, July 3, 2009

H1N1 & DOA



Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda: "Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari) Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:لاَ عَدْوَى“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari) Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi) Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation). Nabi saw bersabda:لا يوردن ممرض على مصح"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari) Nabi saw bersabda:كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين “Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim) Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat. Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.Nabi saw bersabda:الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه “Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics). Aisyah ra bertanya berkata:سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد “Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:أفرارا من قدر الله؟“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”Umar menjawab:لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak. Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati. Sumber: http://akhisalman.blogspot.com/

with love,

Friday, June 26, 2009

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran



Rasulullah memang idola bagi semua umat islam, so jika kita ada mengikut apa yang rasulullah buat so itu dipanggil mengikut sunnah, so orang lelaki jangan kahwin 4 sajer yang ikut sunnah ya, yang lain ntah kemana...........

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? ''Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? 'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
'Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

credit to isuhangat1.blogspot.com


with love,