Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Kamu di usia dua tahun tiga bulan



  • masih hisap botol-ibu tak sampai hati lagi nak pisahkan kamu ngan botol...ibu tahu pada umur ni kamu tak sepatutnya hisap botol lagi....kamu sudah boleh minus susu melalui gelas...tapi setiap kali nak tidur kamu mesti minta ibu susu (botol)...kalau ibu bagi kamu susu selain dalam botol kamu mesti marahkan ibu sambil tunjuk botol susu kamu

  • masih pakai pampers lagi-kalau ibu tidak bekerja pasti ibu dah potty train kamu...ibu tak smapai hati pulak nak arahkan baby sitter kamu potty train kan kamu...

  • masih tidur bawah ketiak bersama ibu-ntahlah ibu masih tak sanggup nak pisahkan tempat tidur kamu...padahal ibu dah sediakan bilik untuk kamu tetapi ibu merasa sedih bila berjauhan dengan kamu...ini bukan salah kamu...mungkin disebabkan papa tidak bersama kita ibu merasa janggal kalu kamu tidak tidur bersama ibu huhuhu

  • sudah pandai kira 1-10, contohnya semasa naik tangga dan bila ibu suruh bilang sesuatu kamu akan susun dan bilang...ibu sangat bangga dengan kamu...ABC pulak ibu belum pasti kamu sudah mengenali sampai Z ke belum sebab bila ibu suruh tunjuk huruf yang ibu sebut kadangkala kamu tunjuk dan kadangkala kamu main2...begitu juga dengan alif ba ta...taoi bila ibu sebut kamu boleh ikut dengan baik cuma ada huruf2 yang kamu masih pelat...tetapi ibu tak paksa....sebab ibu tak nak kamu rasa tertekan...ibu lebih praktikkan fun learning...

  • sudah faham jika ibu suruh kamu membuat sesuatu...seperti ambil tuala sebelum mandi...dan kamu akan terkedek2 mengambil tuala kamu yang ibu letak ditempat biasa...dan terus menuju kebilik air.......

  • fast learning-ibu tak payah mengajar kamu banyak kali tetang sesuatu perkara kerana kamu sangat mudahmempelajari sesuatu....kamu tahu sampah kena buang dalam tong sampah dan setiap kali kamu makan kamu akan membuang plastik pembungkus makanan kedalam tong sampah tanpa disuruh, meletak sesuatu ditempat asal dimana kamu mengambilnya...dan banyak lagi

  • sepahkan mainan-ini kesukaan kamu...kamu seolah2 gembira jika mainan kamu memenuhi ruang tamu rumah kita...kamu tidak suka jika ibu menyimpannya dan meletakkannya didalam bakul...disebabkan hanya kamu dan ibu ada dirumah ibu bagi kamu peluang...mungkin kamu rasa bosan kerana tidak ada teman bermain, jadi bila mainan kamu bertaburan kamu rasa seronok....

  • senang bangun pagi - ibu tidak pernah ada masalah untuk mengejutkan kamu di waktu pagi kerana kamu sudah terbiasa bangun pagi sejak kamu bayi lagi...kamu akan bangun setelah ibu bangun....ibu tahu kamu boleh rasa bila ibu tidak ada disebelah kamu....jika kamu masih tidur, ibu hanya perlu kiss kamu dan memanggil nama penuh kamu...mesti kamu akan tersenyum pada ibu....sungguh bahagia melihat kamu tersenyum di awal pagi anakku....

  • sangat manja-kamu memang sangat manja dengan ibu dan papa mungkin sebab kamu belum ada adik...jadi semua tumpuan dan kasih sayang kami hanya untuk kamu seorang...tapi ini tidak bermakna kamu terlepas dari teguran dan marah ibu...kamiumasih dihukum jika kamu membuat kesalahan dak tidak mendengar cakap ibu dan papa...

  • sudah pandai gosok gigi sendiri-setiap pagi without fail kamu akan gosok gigi dan akan menyanyi2 lagu gosok gigi terlebih dahulu sepertimana ibu selalu nyanyikan lagu itu sebelum ini...kamu akan gosok gigi depan dan ibu akan tolong kamu untuk gosokkan gigi geraham...dan kamu juga tahu kumur dan ludahkan balik air kumur....ibu sangat gembira dan teruja....kamu sangat takut jika ibu mengatakan jika kamu tidak gosok gigi ulat akan makan gigi kamu....kamu memahaminya kerana kamu kenal apa itu ulat melalui buku2 kamu...

  • kamu sudah besar dan hensem-rasa masa sangat cepat berlalu...kamu sudah dua tahun tiga bulan...ibu rasa baru saja melahirkan kamu...ibu rindu bau kamu masa kamu baby...bau syurga kata orang...tanpa bedak tapi kamu sangat wangi...kini kamu sudah besar sudah pandai berlari dan sudah pandai bercakap...dan sekejap lagi kamu akan sekolah, masuk universiti, bekerja dan berkahwin....waaaaaaaaa ibu jadi sedih bila fikirkan itu..........tapi membesarlah kamu menjadi orang yang berguna nak.....

  • dan banyak lagi perkembangan kamu dan ibu sangat teruja...sungguh besar kuasa Allah yang menjadikan kamu makhluknya yang sangat bijak....syukur ya! Allah...kau peliharakanlah anakku...dan jadikanlah dia hambamu yang soleh dan taat...amin.

with love,

Friday, July 3, 2009

H1N1 & DOA



Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda: "Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari) Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:لاَ عَدْوَى“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari) Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi) Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation). Nabi saw bersabda:لا يوردن ممرض على مصح"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari) Nabi saw bersabda:كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين “Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim) Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat. Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.Nabi saw bersabda:الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه “Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics). Aisyah ra bertanya berkata:سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد “Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:أفرارا من قدر الله؟“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”Umar menjawab:لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak. Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati. Sumber: http://akhisalman.blogspot.com/

with love,