Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Rindunya kat abah....Alfatihah



Subhannallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar

Hari ni hari ke 43 abah pergi....harap2 aku diberi kekuatan untuk menulis kisah sedih ini....

Seminggu sebelum umat islam meyambut Hari Raya puasa aku kejeutkan dengan berita sedih abah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung...terkedu dan panik kerana abah sebelum ni tidak pernah ada masalah kesihatan dan kami tidak pernah tengok abah sakit...abah sentiasa sihat dan ceria...hari itu 13.08.2012 kami anak2 abah yang merantau terus bergegas pulang ke kampung kami di Terengganu....

Sedih dan hancur luluh hati bila melawat abah di CCU Hospital Besar Kuala Terengganu...abah diberi bantuan pernafasan kerana ada saluran jantung abah tersumbat...keadaan abah agak kritikal tetapi pada hari selasa 14.08.2012 ketika akau masuk melawat abah... Alhamdulillah abah sudah sedar...tetapi separa sedar...sedih bila abah mintak air tetapi prosedur rawatan tidak membenarkan kami memberi abah air....

Abah di CCU 

Setelah beberapa hari dalam CCU Alhamdulillah kesihatan abah bertambah baik dan bantuan pernafasan sudah dibuka...dan abah sudah boleh bersembang2 dan sudah boleh makan dan minum...setelah 4 hari di CCU abah telah dipindahkan ke WAD 7F iaitu wad pemulihan jantung...dan abah semakin sihat...kami sangat2 bersyukur... 

19.08.2012 - Hari raya kami adik beradik dan saudara mara di sambut ala kadar...selepas solat sunat hari raya kami semua berkampung di Hospital...kami sangat gembira kera abah sudah bertambah baik cuma abah masih belum boleh keluar kerana ada sedikit komplikasi dengan kaki kanan abah...doktor sedang membuat rawatan...menurut doktor itu adalah perkara normal bagi pesakit yang melalui rawatan seperti itu *tak tahu macamana nak explain....

 keadaan abah selepas di pindahkan ke wad 7F

25.08.2012 - Melihat kesihatan abah yang bertambah baik kami semua pun balik bekerja semula selepas 2 minggu bercuti...setiap hari kami akan menghubungi abah untuk tanya perkembangan abah...

Tapi... 30.08.2012 sekali lagi kami dikejutkan... abah kembali sesak nafas kerana paru2 abah terkena jangkitan kuman kerana terlalu lama berada di hospital...sekali lagi kami semua bergegas balik ke Terengganu....kali ini keadaan abah lagi kritikal dan abah di masukkan ke ICU...hanya Allah yang tahu perasan kami...sekali lagi tengok abah dalam keadaan macam ni.......setiap kali masuk tengok abah...perasaan sangat sedih....tak sanggup tengok abah dalam keadaan macam tu....terbayang semua gelagat abah semasa abah sihat....

Dari dulu abah memang seorang yang sangat kuat...seumur hidup inilah kali pertama tengok abah terlantar macam ni....mungkin ada abah sakit tapi abah bijak sembunyikan dari kami kerana abah takut kami risau dan bimbang agaknya...Ya Allah...sedihnya.... abah memang seorang yang ceria...dan sangat lembut hati...susah nak tengok abah marah... macamna anak2 degil sekali pun abah memang tak pernah marah2....apatah lagi nak pukul kami adik beradik.....abah juga adalah seorang pendegar yang baik...bila ada masalah bercerita dan bercakap dengan abah boeh hilang segala kekusutan...rindunya suara abah dan gelak tawa abah...........

Selepas seminggu bertarung dia ICU, pada 07.09.2012 di hari jumaat yang mulia abah pergi mengadap sang Pencipta.... panggilan telefon dari adik dari hospital seolah2 sudah dapat dijangka....terus aku meraung manangis...tetapi dalam hati aku redha ya Allh....melihat kesengsaraan abah melawat penyakit...hati selalu berdoa Ya! Allah ya rahman ya rahim... Jika kesembuahn terbaik buat abah kau sembuhkanlah abah...tetapi jika sebaliknya kami redha ya Allah... abah sudah menjadi abah terbaik buat aku dan adik2... seingat aku dari kecik alagi semua kehendak dan kemahuan aku tak pernah abah hampakan...rupanya banh nak unggu hari jumaat penghulu segala hari untuk pergi menemui Allah....

Innalillahiwainnailaihirojiun..... lebih kurang pukul 10 aku bertolak drai Klang... aku telefon ke kampung dan meminta agar tunggu aku kerana aku ingin menatap wajah abah untuk kali terakhir... aku sampai labih kurang pukul 4 petang dan abah baru siap dimandikan.... adikku sayuti, joe dan yoe meriba abah .... Ya! Allah besarnya dugaan mu Ya! Allah.... melihat sekujur tubuh abah kaku tapi seolah2 sedang lena tidur dengan tenang...tiada lagi wajah menahan kesakitan.... pergilah abah... tenanglah di sisi Allah.... kami tahu abah orang yang baik dan InsyaAllah... syurga tempat abah...
 
Abah di kubur arwah ma
Alhamdulillah....jenazah abah selamat dikebumikan selepas solat asar... Alfatihah buat abah...kami akan sentisa mendoakan semoga roh abah tenang da ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman.... abah pergi menemui cinta hati abah yang pertama...arwah ma...

 kenangan bersama abah
Walaupun abah sudah tiada tapi abah akan tetap dalam hati kami sampai bila2...seperti arwah ma yang sentiasa hidup dalam hati kami....

Alfatihah untuk abah...dan arwah ma.

with love,

Wednesday, May 23, 2012

Al-Faatihah...Norma telah kembali kepada penciptanya...



dulu ibu ada buat entry pasal Norma & Talib ni -----> klik sini

sedih sangat kalu baca kisah dorang berdua ni....sangat berat dan besar dugaan yang tuhan bagi....tapi InsyaAllah mesti ada rahmat disebaliknya....

 Ni gambar latest Norma masa sambut hari ibu hari tu...ibu ambik kat blog Moon

Hari ini ibu dapat tahu dari blog biras Norma, Moon, Norma telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi....Alfaatihah untuk arwah...Norma yang disahkan ada ketumbuhan dalam otak sejak dari dia pregnant lagi......setelah hampir setahun lebih berjuang...akhirnya Allah lebih sayangkan Norma....

 
 Anak Norma - Rafik----->comel

Semoga roh Norma diletakkan dikalangan orang yang beriman...Amin.

with love,

Thursday, March 3, 2011

Entry buat penulis nafastari.....




 
semalam ibu agak sibuk di ofis....tak sempat nak bukak fb...bila dah tengahari kerja semua sudah settle baru lah ibu buka fb...terkejut baca status fb shazuraini tuh...dia salah tulis ke apa ni? kut lah mak ayah dia kut yg meninggal kan...sebab setahu ibu mak dia yang tak berapa sihat kan...tapi bila pergi kat fb W Ahmad Fadzil (pa) baru lah tahu the true story...memang betul2 dia yang meninggal....kat metro pun ada jugak berita pasal kemalangan dia ....boleh klik sini ====> Maut Langgar Kuda

tak tahu lah...ibu macam speechless sangat tak tahu nak citer macamana...sangat terkejut dan macam tak percaya...dia adalah junior ibu masa sekolah dan adik kepada kawan ibu....masa ibu form 5 dia baru form 1...walaupun hanya sempat setahun je kenal dia tapi ibu boleh ingat lagi dia sebab dia ada kembar yang sangat seiras...dorang dua orang ni sangat cute dan budak baik.....walaupun masa form 1 tu lah kali terakhir tengok dia tapi bila ada fb kita macam nak kata rapat tu tak lah tapi macam tahu kehidupan masing2 kan...ibu ingat lagi dia antara org yg awal add ibu kat fb...mula2 tu macam tak ingat la siapa kan..maklumlah dah lama tak tengok...dah lupa dah..tapi bila ibu tengok balik gambar2 dia pastu sempatlah chat dengan dia baru lah boleh ingat balik pada pasangan kembar pa dan pi ni....

pastu ada tukar2 blog dengan dia...ibu paling suka baca blog dia...www.nafastari.blogspot.com ...penulisan dia sangat telus...dan lepas ini ibu dah tak boleh nak baca lagi penulisan dia....nafastari sudah hilang nafasnya....sedih...

Mawar (Aini Nurbaya)...isteri arwah adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangannya...bayangkan sekelip mata hilang orang yang tersayang...semoga Allah beri dia kekuatan dalam menempuh dugaan yang amat berat ini...dengan anak yang masih kecil...Subhanallah...rasanya tak tertanggung...tapi ibu percaya setiap dugaan yang Allah anugerahkan kat hambanya Dia lebih mengetahui tahap kesabaran seseorang itu...Allah tidak akan memberi ujian jika hambanya tidak mampu menerima.....
Embun (Nadaa) dan Marwaa...ini yang paling tersentuh hati ibu...anak kecil yang masih belum faham apa2...hilang tempat bermanja....dari fb dan blog ibu tahu arwah adalah seorang ayah yang penyayang dan sangat rajin menlong isterinya menguruskan anak2...dia bukan suami yang menyerahkan semua urusan anak2 kepada isteri...dia memang seorang ayah yang sangat baik....sedih bila mengenangkan bagaimana anak kecil ini akan tercari2 ayahnya....terutama embun yang sangat rapat dengan ayahnya....
Perginya seorang anak yang baik...suami dan ayah yang penyayang....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.....kepada keluarga arwah...semoga tabah menghadapi ujian ini....

Alfatihah....   


with love,

Friday, September 17, 2010

Dugaan di sebalik kemewahan......



semua orang sedih dan terkejut dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya tu....dah la berlaku dekat nak raya dah....apa pun Al-fatihah untuk semua mangsa dan takziah buat keluarga mereka...

itulah ketentuan Tuhan....ada hikmah yang tersembunyi
lain orang lain masalah dan dugaan yang Allah bagi

selama ni kita tengok dia kaya raya
terdetik kat hati bestnya jadi kaya raya macam tu
sape tak nak kan....
tapi rupanya....masalah dan dugaan dia pun hebat juga
cuma selama ni kita tak terfikir dan tak tahu pun yang dia menghadapi masalah sampai kena bunuh
hebat betul dugaan dia....

Semoga rohnya dicucuri rahmat.....

with love,

Monday, April 26, 2010

Bayangkan kita ditempat dia..........



Isteri 'Achik' di dunia & akhirat


DI TEPI pintu yang bercermin, kala hari semakin gelap, seorang kanak-kanak kecil setia menanti. Sesekali dia mengintai, matanya melilau luas, mencari-cari ke luar rumah. Dengan puting susu erat di mulut, dalam pelat bahasa kanak-kanaknya, berkali-kali dia bertanya, 'Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah tak sampai lagi ni?'
Penat menanti, akhirnya dia ketiduran tanpa mengetahui selama kehidupannya, dia akan terus menanti.
Ya, benar, semenjak malam itu, anak kecil berkenaan terus bertanya soalan yang sama. Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah belum balik rumah?
Anak kecil yang bernama Sofia,3 tahun itu sebenarnya tidak akan sama sekali bertemu dengan jawapan kepada persoalan itu.
Ini kerana, lelaki yang ditunggu itu sudah menutup matanya, hayat hidupnya telah berakhir dan dia telah dipanggil semula oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam.
Ayahnya, lelaki bernama Adillah Murad Md. Shari yang kita kenali sebagai Achik, pelantun suara kumpulan Spin itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika perjalanan pulang ke rumah kelaminnya di Senawang, Negeri Sembilan pada 17 April lalu.
Kenderaan MPV yang dipandu arwah terbakar di tempat kejadian dan Achik disahkan meninggal sejurus selepas kemalangan di kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban, Negeri Sembilan.
Selain Sofia, Achik meninggalkan seorang lagi anak yang masih kecil, Safia, 10 bulan dan seorang balu, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof (Tasha).
Anak pertama pasangan ini, Puteri Rania meninggal dunia selepas beberapa bulan dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.
Kejadian ngeri yang membuatkan dalaman jasad penyanyi itu cedera serius, pembuluh darah pecah dan hatinya hancur berkeping-keping, selepas setengah jam berjanji di talian telefon untuk membawa keluarganya keluar makan selepas persembahan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
"Saya tidak pernah menyangka, anak-anak akan kehilangan ayahnya dengan cepat. Ketika Sofia dan Sumayyah (panggilan untuk di kecil) masih tidak kenal erti hidup, dia sudah pergi.
"Dulu ketika kami hilang Rania, arwah yang bagi saya kekuatan untuk teruskan kehidupan.
"Sekarang bila arwah yang jadi tulang belakang saya selama ini sudah pergi, saya tak ada sesiapa lagi. Hanya ada dua anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri tidak tahu macamana caranya saya hendak teruskan kehidupan selepas ini," luah Tasha dalam bicara tersekat-sekat, ketika saya dan teman-teman mengunjunginya, lima hari selepas perjalanan arwah ke alam barzakh.
Kami hadir untuk berkongsi rasa dari dalam diri Tasha sendiri, sementelah kami sendiri cukup mengenali Achik sebagai salah seorang penyanyi muda yang cukup baik, bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya.
Dia tidak pernah lokek keringat, malah selalu menerima pelawa Pancaindera untuk memeriahkan acara kami tanpa banyak tanya dan soal tentang ganjaran.
Malah, Achik yang kami kenali juga, bukan seorang artis yang bermasalah sehinggakan sukar sekali untuk mencari meski sekecil hama, sisi negatifnya selama ini.
Mula merinduinya
Melihat Tasha yang pada hari pengkebumian jenazah suaminya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, wanita ini cukup tabah, malah jarang sekali menangis kala ditemubual media. Pun dalam pertemuan kali ini, dia berubah sama sekali.
Dalam pandangan matanya yang tidak 'segalak' dahulu, Tasha tidak mampu menahan air mata kata kami bertanya tentang perancangan untuk zuriat yang ditinggalkan arwah.
Barangkali kunjungan selepas lima hari kehilangan itu, telah membuatkan dia mula merindu. Jika sebelum ini dia hanya merasakan suaminya hilang kerana urusan kerja di luar daerah, hari kelima membuatkan dia sudah mencari-cari bau sang suami.
"Benar kak, saya sudah mula rindukan dia. Terbayang-bayang dia ada. Sofia pun lepaskan rindu dengan mencium baju arwah. Saya tak tahu, apa lagi yang perlu saya jawab, bila Sofia hari-hari bertanya mana Achik pergi," katanya lagi.
Menelaah nostalgia, mengenali Achik semenjak pertemuan pertama mereka pada Januari 2002, menurut Tasha dia tidak mungkin akan bertemu dengan lelaki sebaik Achik lagi.
Meskipun mencari untuk sepanjang hidup, dia tahu lelaki seperti Achik tidak akan ada duanya.
"Saya mahu menjadi isteri dia di dunia dan di akhirat. Saya tak akan fikirkan apa-apa lagi selepas ini kecuali anak-anak dan kenangan bersama arwah.
"Sepanjang hidup,masa bercinta, bertunang, lepas kahwin, dia tidak pernah sakitkan hati saya. Cakapnya tidak pernah tinggi . Pemergian Rania membuatkan dia selalu berpesan, kalau apa-apa terjadi kepada dirinya, dia mahu saya jangan menangis.
"Sebab itu, pada hari dia meninggal, di depan orang saya tidak menangis kerana saya ingat pesan dia walaupun dalam dada saya bagai mahu pecah menahan sedih. Tetapi sekarang entahlah, saya berasa sudah tidak kuat lagi," ceritanya lagi.
Setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan bahawa arwah sudah meninggalkan beberapa alamat atas pemergiannya itu.
Ini termasuklah perilaku ganjil yang tidak pernah dada sebelum ini dan hanya setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan akan segala perubahan itu.
"Dua minggu sebelum meninggal, dia cepat sensitif, suka bersedih. Selalu juga dia buat benda macam dalam keadaan tergesa-gesa. Angkat kain tergesa-gesa, berjalan tergesa-gesa, makan pun hendak cepat, sedangkan masa tu bukan banyak kerja pun, " imbasnya.
Ketika rumah teres setingkat yang suram itu kami tinggalkan, hati sebenarnya sangat berat. Masih mahu bersama 'meratah' pilu seorang isteri yang ditinggalkan, pun saya akur, sekuat mana pun kami mencuba, masih tidak dapat menyelami duka laranya. Sempat juga saya ingatkan Tasha, bahawa dia tidak perlu bersedih.
"Sekarang, Achik sedang bersama Rania. Tasha dengan Sofia dan Sumayyah, itu adil bukan?," dan wanita itu erat mendakap saya sebelum kami berpisah.
Di petang yang rembang, hati kami turut terkesan. Pilu kerana satu kehilangan teman yang budiman. Al-Fatihah.
sumber: utusan online

 2 hero ibu

with love,



Thursday, October 22, 2009

Al-Fatihah

apasal pulak keluar gambar ibu ngan papa kawin ni,

tapi title al-fatihah...

sebenarnya ibu dah cari gambar arwah tok long (paklong ibu) tapi tak jumpa2 la gambar ni jer yang jumpa.....paklong yang dalam kotak belakang papa tu.......

20/10/2009, malam tu tokki telefon ibu, masa tu bih kurang kul 12 malam, ibu dah tisur dah, anas pun dah lama dah tidur, ibu takder la syak apa2 kan tapi tokki nak bagitau tok long dah meninggal dah...ibu cam tergamam ya la mamai lagi.....so tokki suh ibu inform semua sedara mara kat sini....

dah la ibiu ada kredit 46sen, pastu sms neksu ana, pastu sms sepupu sepapat ibu semua...pastu neksu call gitau dia nak bertolak malam tu jugak, ibu lak jadi cam blurr jer...sms papa tak berjawab pulak.....

so esoknya bila bangun rasa cam mimpi jer betul ker tok long dah meninggal ni.......pastu ibu terus p kerja cam biasa...sebelum pi kerja singgah kedai beli topup tepon papa......rupanya papa tak terima sms ibu......

bincang2 ngan papa

tak boleh jadi kena balik jugak.......

bagi penghormatan terakhir untuk tok long

anas tak sempat nak kenal tok long......

toklong abang sulong tokki.....

tok long takder anak tapi dia ada bela 2 orang anak angkat....

tok long meninggal kerana ada masalah jantung........tapi takder la sakit tak boleh nak bangun ke apa segar2 lagi.....ajal dan maut semua dia tangan Tuhan.......

kita jangan terleka......tapi ibu banyak terleka dan lalai dengan suruhan Tuhan.......tanpa kita sedar disaat kita lena diulit mimpi ada insan lain sedang bertarung dengan maut.......

bila kena pada keluarga terdekat kita baru kita terasa betapa dekatnya maut dengan kita.........

Alfatihah untuk arwah Paklong.............semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman......



with love,