Dedikasi
Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!
Wednesday, September 29, 2010
PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
ni saja ibu paste kat sini sebagai pengajaran untuk semua.....
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
renung2kan dan selamat beramal!!!!
with love,
Tuesday, September 28, 2010
Ole2 dari Jepun
baru nak update ole2 dari jepun....tuan badan yg dah balik jepun balik dah......
anak jepun
setiap kali cik ikin balik m'sia tak pernah lupa belikan ole2 untuk adik badik....kali ni kena beli pulak untuk anak buah yg ada dua ketul nih.......bukan anak jepun tu yang cik ikin bawak balik ya....tapi baju yg anak jepun tu pakai tuh......sebijik cam anak jepun kan....baju sangat ngam ngan anas....cik ikin beli sama je untuk airiel pun....
anak jepun main keter robot
pastu ada mainan kereta leh tukar jadi robot....sebenarnya tu untuk poksa kat kampung tapi anas dh buat hak milik dia dah......suka la tu dapat mainan....tengok tuh kusyuk jah dok main mainan......ni hr pertama jumpa cik ikin nih......terus try cuba test baju tuh.....
pengurut
tapi ni yang anas paling berkenan nih....terus letak kereta robot tuh bila nampak alat urut nih...ni ole2 untuk tokki kat kampung......penant2 kerja blh la urut......tapi anas ingat ni mainan......sampai ternganga mulut main benda alah tuh......anas...anas....tu tokki punya lah......
untuk ibu
untuk ibu lak ada kasut..tapi malang sekali tak muat do rezeki cek ngoh la.......thanks cik ikin beli ole2 untuk anas....balik tahun depan beli lagi ya........hehehehehehe tahun depan cik ikin balik terus dah....sekejap jer rasa dah 4 tahun dah cik ikin kat jepun sanakat bawah ni gambar2 masa gi hantar cik ikin dulu.......anas belum proses lagi sebab masa nih ibu ngan papa belum kawin lagi pun....tengah hangat bercinta la ni...... tapi 6 bulan lepas tu kitorang kawin.......
with love,
Monday, September 27, 2010
Kesian anak.....
kenapa dari kecik tak diajar mencarut dan memaki tuh tidak elok....bagitau mereka anak yang baik tidak mencarut dan memaki...kesian anak
kenapa dari kecik tidak diajar memukul orang itu tidak baik....bagitau mereka anak yang baik tidak suka memukul orang...kesian anak
kenapa dari kecik tidak di ajar berkongsi makan dan mainan dengan orang lain....bagitau mereka anak yang soleh itu suka berkongsi makanan dan mainan...kesian anak
kenapa dari kecik tidak di ajar melawan cakap ibubapa itu bukan anak yang baik....bagitau mereka syurga itu dibawah tapak kaki ibu...kesian anak
kenapa dari kecik tidak terapkan nilai2 murni pada mereka....bagitau mereka orang yang berjaya adalah orang yang punya tinggi akhlaknya...kesian anak
with love,
Wednesday, September 22, 2010
serik rasanya...
wooo
memang dh serik rasa kalu kuar tanpa papa
ni ibu kuar ngan anas tanpa papa ngan cik ikin acik nua masa cik ikin singgah rumah tu
memang tak terkawal la lasaknya
bila kita dokong dia liuk2 kan badan dia
bila letak dlm troli dia meraung satu jusco tu dengar
stroller lak tak bawak dalam kete papa
papa kerja tak balik
so ibu lepas la
tengok la dia lansung tak beralan
berlari jer.....
jenuh la cik ikin nak mengejar dia
pastu kat fudcot jj bukit tinggi tu kan ada tempat main budak2
sibuk la dia nak main dalam tuh
dah la ada budak2 besar duk jakun main lari2 dalam tuh
kang kalu terlanggar kang naya jer
bukan budak kecik tapi budak yg dah sekolah dlm drjah 4 ke 5 cam tu la
last2 dorang berenti main kejar2 sebab salah sorang tu terlanggar tangga ke gelongsor ntah
padan muka....
dah la time tuh nak buka pose
so gilir2 la jaga dia dalam tuh
nak biarkan lain jadinya pula
kan ramai budak2 besar dalam tuh
pastu ada pulak budak2 yg jenis besar nnt ada can jadi kaki buli tuh
risau gak...
takpe la cik ikin sekali setahu jer jumpa anas pun
sekali sekala kena dera ngan anas apa salahnya kan
seronok betul anas main dalam tuh nak main gelongsor la
panjat tangga la
layan kan aje la....
kalu tak terus tunjuk perasaan kat situ
dah kata budak kan.....
gambar gegar2 sebab mana lah budak kecik ni nak duk statik jer kan
ngan cik ikin kena panjat tempat main2 tu sebab nak ambik dia
ya la tempat tu tinggi jugak la kang jatuh kan naya
tapi tuan badan tuh selamba jer berlagak cam org besar jer
jenuh masa nak balik tu dia tak nak balik....
ok2 nanti kita datang lagi ya ngan papa
anas ragging papa pulak
ibu tak larat la......
with love,
Tuesday, September 21, 2010
Seronok bila adik beradik datang rumah
mula2 hari sabtu 04.09.10 cik ikin singgah rumah...sebelum balik kampung cik ikin singgah dulu jumpa anas..lepas rindu kan dh setahun tak jumpa...last jumpa masa cik ikin balik tahun lepas...dh setahun la lebih kurang tak jumpa.....dulu anas kecik lagi skang dh boleh jalan berlari dah.....
anas ngan cik ikin
OTW nak balik kedah...singgah tidur semalam dulu
anas sonok la main ngan baby airiel
cekngoh baju putih tuh...
airiel anak cik ngoh
pok joe belajar kat melaka
sonok la anas bila ada org datang rumah melayan dia tuh
ni gambar pok joe yang snap nih...tapi anas pakai sendiri tudung tu pok joe kata
pastu hari rabu (15.09.2010) cik ikin pulak singgah lagi dari kampung nak balik jepun pulaktidur semalam dulu sebab flight hari khamis malam tuh
cubaan anas buat peace
kalu dapat berkumpul semua kan best
bila la adik2 ibu leh datang sekali kumpul semua rumah kita kan nas....
tunggu tahun depan lah bila cik ikin habis belajar
kita plan gi bercuti sama2 mesti best nih......
with love,
UPSR
hari ni start UPSR
semoga mok cek dapat jawab dengan baik ya
anas doakan moga mok cek dapat 5A nnt
kalu kat belah ibu ni faberet makcik anas
pantang tengok mokcek nak kuar rumah mula nak mengikut
with love,
Duit raya anas
Monday, September 20, 2010
Ketupat daun palas @ lemang dicicah susu...
ya....
dari kecik ibu and adik2 dibiasakan makan ketupat daun palas @ lemang dengan susu pekat
ya susu yang biasa buat air tu
baru rasa suasana hari raya
baru feel tu mari...
tahun ni kan beraya belaha papa
dorang biasa di pagi raya makan ketupat nasi dengan rendang atau masak lodeh ke apa yang kaler kuning tuh
best jugak
tapi ibu cam rasa tak puas hati jer tak pekena ketupat daun palas ngan susu
tapi kat johor mana nak cari ketupat daun palas nih
memang sah la takder
lemamng pun tak banyak
so, otw balik dari beraya di melaka
intai2 la kat tepi jalan mana tahu ada orang jual lemang
nasib ada
sampai rumah nenek terus cari susu
pergh!!!!!! lega baru feel hari raya mari...
hahahaha
lain tempat lain caranya
yang penting kita happy beraya
with love,
Beraya ke rumah toksu nura pulak..
anas dan nasrin
comel jer kan budak kecik 2 orang nih
motor rosak ke nas?????
bergaya tuh!!!! nnt suruh papa beli satu ya
with love,
Cik ikin pulang beraya....
layan gambar dua beranak lepas rindu nih.......
sonok la tu ada orang melayan
ni semua gambar masa mula2 jumpa tuh...
anas sekarang dh tak takut orang dah
laju jer nak berkawan...
cik ikin yang tengah study kat jepun balik beraya 2 minggu
last jumpa anas raya tahun lepas...
dah setahun la...
InsyaAllah bulan 3 tahun depan habis belajar
with love,
Aqiqah & Qurban - Ustaz Azhar Idrus
Subscribe to:
Posts (Atom)