Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Sunday, September 20, 2009

Pertama Raya - Raya Pertama



sepasang baju melayu
tahun ni raya pertama anas,ibu ngan papa sangatlah excited kan,ya la kalau dua tahun lepas ibu beraya ngan papa tahun ni lebih bermakna sebab ada anas tau....

persiapan pun ibu dahulukan anas, ibu ngan papa takder baju baru pun takper (walaupun ibu dah tempah baju siap2 sebelum puasa lagi hehehehe) janji anas ada kan..so tahun ni papa belikan kain suruh ibu jahitkan baju melayu sedondon ngan papa lagi...


kita yang sedondon

tema tahun ni warna dark brown........sangat segak anak ibu pakai baju melayu kan......anas tak boleh jalan lagi kalau dah boleh jalan lagi cute kan.......

ni aksi anas di pagi raya siap berkopiah lagi
cutenya anak ibu ni berbaju melayu...........
pagi2 1syawal mesti riuh rendah ngan poksa, ayahsu dan semualah sibuk nak mandi dan tak sabar2 ni nak pakai baju raya.....kebetulan tahun ni airiel pun raya kat terengganu and cik ikin pun sempat beraya kat kampung so semua ada completed la keluar tokki tahun ni

sayang papa

tahun ni ibu tak dapat sembahyang raya kerana ibu awal2 lagi dah 'beraya', so sementara papa gi sembahyang, ibu siapkan anas kat rumah, cekngoh ngan airiel pun sama gak...........tu sempat posing2 lagi tu

lepas selesai sembahyang papa balik ambil kitorang, sebab seperti kebiasaan, lepas jer sembahyang semua orang akan bersalam-salaman bermaaf-maafan, tu yang seronok tu satu kampung boleh jumpa time ni, sambil bergurau senda lagi, kalau miss sesi ni macam tak raya lah jawabnya.........

ramainya sedara mara

selesai bermaafan, pastu sesi makan2 pulak sebab setiap famili akan bawak mangkuk tingkat atau 'longjok' masing2 yang diisi pelbagai juadah raya dari ketupat lemang sampailah kuih muih semua, makan beramai2 sangat meriah.........
pastu lepas dah makan2, sembang2, borak2, semua ahli keluarga tok said akan menziarah kubur pulak, ni dah memang rutin setiap tahun la, kat sini kita akan berzikir dan sedekahkan alfatihah serta doa buat yang telah pergi meninggalkan kita...

dalam bergembira, yang tiada tidak sekali dilupa


permata hati.....

lepas menziarahi kubur sanak saudara, balik rumah pulak sebab nanti ada sesi bergambar satu keluarga pulak, sebab tahun ni semua ada lengkap keluarga wan salleh, so best la bergambar sakan kan.....
pulak tu cik ikin bawak balik camera godang besarnya so, lagi syokkan posing, penuh ngan gambar anas jer, ya la airiel kecik lagi tak pandai posing lagi kan........tak sabar rasanya kalu dua2 dah boleh berjalan, tengok la nanti camner dua oran ni........ anas & airiel


the big happy family

dah habis posing2 baru lah gerak gi raya rumah sedara mara pulak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI PAPA, IBU DAN ANAS


with love,

1 comment:

ckyn said...

gamba dah byk y upload..kt facebook..gamba raye hampir semua la y ade