Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Thursday, September 24, 2009

Majlis Pertunangan

ha hari raya ke-4 pulak MakLong Zura pulak bertunang, tumbang sekor kambing.....ibu agak rapat jugak la dengan maklong zura ni dia sebaya ngan cekngoh mama airiel........yang bestnya semua keluarga berkumpul sama2 masak bergotong royong gitu.....

tu tak nampak papa anas yang sangat rajin perah santan kelapa tu ngan tokma, tapi gambar tokma tak nampak la pulak, pastu yang jadi ketua chef pulak tokki hehehe, tokki memang best masak gulai kawah ni yum yum sedapnya.......


ibu lak jadi kak andam bidang terjun la pulak kan, ala tempek2 jer la apa yang patut kan......tapi kedengaran macam orang puji cantik lak makeup tu......
perasan tak baju yang maklong zura pakai tu........macam kenal jer kan puas hati la ibu tempah baju tu dah banyak jasa dah tu..........ni baju nikah ibu ngan papa dulu....teringat kenangan saat berdebar nak diijabkabulkan dulu.......tup tup dah ada anas dah.........

kanak2 la yang paling happy kalu ada majlis2 cam ni kan..beratur lagi tu nak makan kek, bebudak kadang2 bukan nak makan sangat tapi nak happy berebut2 camnikan, makan kalu berebut2 camni lagi best.......


saat yang paling mendebarkan.......ibu dulu tak tunang pun ngan papa terus kawin jer nak save budget....tapi cincin tunang ngan merisik tetap jugak ibu dapat tau.......tak nak kalah tu.....hehehe
ibu doakan semoga pertunangan ini diakhiri dengan ikatan yang lebih kukuh iaitu perkahwinan.....semoga maklong zura ngan tunang akan sabar lalui alam pertunangan yang orang cakap sangat2lah mencabar kan.....ibu tak tau.....orang cakap la


gubahan sirih ngan tempat cincin yang gambar tengah2 tu ibu yang buat tau, cantik kan......hantaran ni semua maklong zura yang buat sendiri tak tempah2 pun........jimat pun jimat kan
last sekali SELAMAT BERTUNANG dari ibu anas, papa anas dan anas


with love,

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Bertunang

Raya 2009 sepupu ibu ada 2 orang yang akan disunting orang, ni Ibu panggil dia Mek Ta, tunang hari raya ke-3 ngan orang besut, so SELAMAT BERTUNANG dari ibu anas, papa anas and anas.

with love,

Tuesday, September 22, 2009

Pertama Raya - Raya Kedua

hari ke-2 raya plan asal ibu nak gi beraya rumah mak kat terengganu, pastu otw tu singgah la rumah kawan2 ibu, rumah acik salmah ker, rumah acik linda ker kan boleh jumpa aqil, rumah saper2 lah

tapi to'ki ajak gi kenduri kawan to'ma kat langkap, ha cantik la tu dah kampung acik linda kan, tapi call2 tak berangkat la pulak so tak der rezeki nak jumpa ......

pastu to'ki ajak gi kenyir la pulak, so follow jer la konvoi tiga kereta, airiel pun ikut sekali........

ingatkan to'ki nak bawak gi tasik kenyir tu tapi tup2 to'ki bawak gi melawat tempat kerja dia pastu gi tengok gajah kat sungai tiar ke apa ntah nama tempat tu, jauh sangat la.........


1st time masuk sungai, cuak gak muka anas, dia kan penyejuk sangat kan
cantik sangat sungai kat sini tapi tak boleh mandi la sebab air dia kotor sebab semalam kan hujan so air jadi keroh la, dah la masing2 dah siap2 bawak baju nak mandi...... so cancel

anas lansung tak takut tengok gajah tu siap nak pegang2 lagi


airiel ngan abah dia, airiel maitain cool jer, abah dia yang dup dap dup dap

ayah su nga pok jo


ibu seram jugak la, maunya kena kuis jer ngan gajah ni boleh terduduk oiii


ayah su berani2 takut tu ajak to'ki bergambar


ya ker berani ni papa, covel line jer kut hehehehe


cik ikin


tengok anas tu lansung tak takut pun pandang jer gajah tu
tadi sebelum sampai kat tengok gajah ni singgah kat tempat orang bela ikan kelah, besar sangat, besar lagi pada anas tu, lupa nak snap gambar, dalam camera godang cik ikin, cepat upload cik ikin.......

mok cek, anas, ayah su
otw balik pi baru gi beraya rumah mak terengganu, kebetulan mak buat open house kan, so masing2 dah kelaparan kan..
airiel sempat mandi ngan tukar baju, anas dah siap mandi dah sebab tadi otw dia berak so berenti kat masjid mandi terus tukar baju sekali kan......
anas biasala kalu 1st time jumpa orang dia takut tu la aysik merengek jer takut orang ambik dia, siap sembahyang maghrib semua baru bertolak balik rumah........
otw balik tu singgah beli keropok lekor, singggah petronas beli baju yang ada cop2 terengganu tu buat kenangan, sampai rumah dah kat kul 11 dah anas dah lena dah, ayah su ngan mokcek pun sama dah lena dah semua kepenatan........
sampai rumah mandi pastu terus kebabommmmmmmmmm


with love,

Sunday, September 20, 2009

Pertama Raya - Raya Pertama



sepasang baju melayu
tahun ni raya pertama anas,ibu ngan papa sangatlah excited kan,ya la kalau dua tahun lepas ibu beraya ngan papa tahun ni lebih bermakna sebab ada anas tau....

persiapan pun ibu dahulukan anas, ibu ngan papa takder baju baru pun takper (walaupun ibu dah tempah baju siap2 sebelum puasa lagi hehehehe) janji anas ada kan..so tahun ni papa belikan kain suruh ibu jahitkan baju melayu sedondon ngan papa lagi...


kita yang sedondon

tema tahun ni warna dark brown........sangat segak anak ibu pakai baju melayu kan......anas tak boleh jalan lagi kalau dah boleh jalan lagi cute kan.......

ni aksi anas di pagi raya siap berkopiah lagi
cutenya anak ibu ni berbaju melayu...........
pagi2 1syawal mesti riuh rendah ngan poksa, ayahsu dan semualah sibuk nak mandi dan tak sabar2 ni nak pakai baju raya.....kebetulan tahun ni airiel pun raya kat terengganu and cik ikin pun sempat beraya kat kampung so semua ada completed la keluar tokki tahun ni

sayang papa

tahun ni ibu tak dapat sembahyang raya kerana ibu awal2 lagi dah 'beraya', so sementara papa gi sembahyang, ibu siapkan anas kat rumah, cekngoh ngan airiel pun sama gak...........tu sempat posing2 lagi tu

lepas selesai sembahyang papa balik ambil kitorang, sebab seperti kebiasaan, lepas jer sembahyang semua orang akan bersalam-salaman bermaaf-maafan, tu yang seronok tu satu kampung boleh jumpa time ni, sambil bergurau senda lagi, kalau miss sesi ni macam tak raya lah jawabnya.........

ramainya sedara mara

selesai bermaafan, pastu sesi makan2 pulak sebab setiap famili akan bawak mangkuk tingkat atau 'longjok' masing2 yang diisi pelbagai juadah raya dari ketupat lemang sampailah kuih muih semua, makan beramai2 sangat meriah.........
pastu lepas dah makan2, sembang2, borak2, semua ahli keluarga tok said akan menziarah kubur pulak, ni dah memang rutin setiap tahun la, kat sini kita akan berzikir dan sedekahkan alfatihah serta doa buat yang telah pergi meninggalkan kita...

dalam bergembira, yang tiada tidak sekali dilupa


permata hati.....

lepas menziarahi kubur sanak saudara, balik rumah pulak sebab nanti ada sesi bergambar satu keluarga pulak, sebab tahun ni semua ada lengkap keluarga wan salleh, so best la bergambar sakan kan.....
pulak tu cik ikin bawak balik camera godang besarnya so, lagi syokkan posing, penuh ngan gambar anas jer, ya la airiel kecik lagi tak pandai posing lagi kan........tak sabar rasanya kalu dua2 dah boleh berjalan, tengok la nanti camner dua oran ni........ anas & airiel


the big happy family

dah habis posing2 baru lah gerak gi raya rumah sedara mara pulak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI PAPA, IBU DAN ANAS


with love,

Monday, September 7, 2009

Anas 8 bulan

Semoga bertambah sihat
Semoga bertambah besar
Semoga bertambah comel
Semoga bertambah pintah
Semoga bertambah pintar
Semoga bertambah segala-galanya.........

Ibu ngan papa sayanga Anas MMMWWWAAAAAHHHHHH

p/s:gambar ni kat klinik utara anas tak sihat kena selsema tak demam tapi hidung tersumbat jer....

with love,