Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, July 12, 2010

Rezeki disyukuri......



bila cakap pasal rezeki mesti kita pikir duit atau apa2 yang material la
kita tengok orang kaya bisness juta2
pakai kereta besar berderet2
kita kata murah rezeki dia
pastu persoalkan kenapa kita tak murah rezeki
gaji ciput2 cukup2 makan jer
tak boleh nak bermewah2 makan kat 5 stars hotel
shopping tak payah tengok price tag

tapi kita tak sedar
rezeki Allah itu pelbagai
cuba tengok dalam hidup kita
walau gaji kita sikit tapi kita bahagia
ada suami yang baik
itu rezeki
ada anak penghibur hati
itu pun rezeki
ada keluarga bahagia
itu juga rezeki

Allah itu adil
dilebihkan itu dikurang kan ini
ada orang berjaya dalam peniagaan
tapi tak dikurniakan zuriat
ada orang punya zuriat yang ramai
tapi kerja biasa2 sahaja

yang penting kita kena tahu bersyukur
jangan selalu menyalahkan takdir hidup
Apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita


with love,

Entry takde tajuk



dulu hari2 ambik gambar anas
berpuluh2 keping la dalam sehari tuh
kalu boleh 24 jam nak snap2 jer

 sonok bila tengok balik, mcm2 ragam ropa anas 


 lepas mandi pun siap ambik gambar ni

 pastu ambik gambar sendiri......snap la bu, janji tak kacau anas tido ya

 sayang bucuk ibu heheheh...paksaan anas kiss kiss ibu

 konon2 kreatif la ni.....

 anas nangis pun ibu ambik gambar...last2 tak jadi nak nangis

 time shopping pun nak ambik gambar la ibu nih....tengah try kasut

 tangan anas masa umur dua bulan kut...
 gambar 18sx pun ada...apa lah ibu nih
tapi skarang ibu cam dah malas dah nak snap2
bila gambar takder blog pun tak berupdate la
jangan la camni bu...nanti bila anas besar anas nak baca 

ni last gambar anas dalam handphone ibu
3 julai 2010
ni papa yang snap ni.....

 setahun setengah dah anak ibu nih.....

with love,

Tuesday, July 6, 2010

Anas dan papanya





walaupun papa just balik kadang2 seminggu sekali
kadang2 2 minggu sekali tapi anas rapat ngan papa dia
masa mula2 lahir muka anas sebijik muka papa
sampai kalu yg dah kenal papa tuh akan tahu lah tu anak muhammad amier
tepek2 la muka papa
tapi bila dah besar ni lain sikit la

tang perangai pulak
mintak2 la anas banyak ikut pangai papa
sebab papa lagi kool dari ibu
dan penyabar
dan rajin tolong ibu kat rumah
pendek kata bila papa balik ibu boleh goyang kaki la hehehheh
nak2 pasal anas semua papa yang buat
papa kata takut nanti anak tak rapat ngan dia
dah la jarang2 balik pastu malas nak layan anak pulak


anas suka tiru apa papa buat
semua yang papa buat dia mesti ikut
tak kira la dari memek muka ke apa ke
mesti dia ikut
kalu ibu buat dia tak ikut pulak
kalu papa sikat rambut atau baiki rambut depan cermin dia mesti buat jugak
sangat comel

sekarang kan musim bola
seronok tengok anas main bola ngan papa
papa minat bola dan tak sangka anas pun minat bola
bila tengok iklan bola anas mesti sonok
dan bila ibu suruh sepak bola anas tahu camana sepak bola
padahal ibu tak pernah ajar camna nak sepak bola

papa dan anas dua2 ibu sayang

with love,

Anas - 1 year & 6 months old


 
sejak dua menjak ni memang mood blogging dan fb memang takde
malas sangat nak berupdate
just masuk kejap2 baca status kengkawan je
tak tahu la naper

ni pun gagahkan jugak sebab nak update pasal cenonet ibu nih
wah! dah setahun setengah dah rupanya anak ibu ni
patutla dah makin pandai dan bijak (pujian satu doa)

Alhamdulillah
Syukur sangat Allah anugerahkan anas pada ibu
Since papa kerja jauh and weekend baru jumpa
so, anas lah jadi peneman ibu
pengubat rindu papa
dan macam2 lah

dan kadang2 jadi tempat ibu test vokal
tapi jadi ibu memang best la
paling best

Ibu berdoa semoga anas jadi anak yang baik
Membesar dalam suasana kebahagian dan kegembiraan
Menjadi anak yang pintar

Amin....

Ibu sayang anas banyak2
Mwah! Mwah!

with love,

Thursday, July 1, 2010

Airiel dah setahun hari ni....Selamat Hari Lahir Bucuk2 maklong...



 rindunya nak gomol2 airiel

hari ni 070110 airiel genap setahun
dah lama tak jumpa airiel nih
las jumpa bulan 3 masa sama2 balik kampung hr tuh
rindunya maklong kat airiel
bila airiel nak datang rumah maklong lagi nih

apapun happy 1st birthday sayang
nanti maklong poskan hadiah ya
susah la nak gi rumah airiel, paklong tu asyik kerja jer

maklong doakan moga airiel akan jadi anak yag baik ya
mwah! mwah!

ni masa anas umur 6++ bulan, airiel lak 16 hari

with love,

Tuesday, June 22, 2010

Simplysiti



masa kat jusco tu hgtau papa nak beli bedak loreal
skali papa cakap tak payah maybelin ke loreal ke
semua tu support israel
pastu ibu tanya lah hbs tu nak pakai brand apa yg made in malaysia
simplysiti boleh
amboi papa pun tau ek pasal simplysiti
so, ibu terus ke watson survey2 dulu la
boleh tahan gak la harganya
so, nnt nak try beli dulu trial pack

ada saper2 yg pakai tak?
ok ke tak?

gambat ambik kat fb simplysiti
with love,

1st time tengok wayang dengan Anas



hari sabtu ke Jusco 1 utama
hari ahad ke Jusco Bukit Raja

sampai kat Jusco Bukit Raja dalam kul 3 camtuh
terus cek2 tiket Lagenda Budak Setan
kata tujuan utama ke Jusco nak tengok wayang
tengok yg pukul 4 dah full
next show pulak kul 8.30
5 jam lagi tuh
alah 5 jam kalu kat shopping kompleks tak terasa pun
round2 pow papa sikit
semalam giliran anas
hari ni giliran ibu pulak
tak aci lah kan
kan jadi pilih kasih pulak
semalam anas dah dapat 5 helai baju kat 1 utama

pas dah lenguh tu lepak kat MPH
belek2 buku
pastu p beli susu anas ngan barang2 dapur sikit
lepas papa hantar barang2 tu kat kereta
pergi solat maghrib
terus masuk panggung

mula2 tu seat sebelah kosong so, ok lah anas duk situ
siap lompat2 joget2 lagi bila dengar lagu
kan sebelum start tu dia ada iklan2 kan
suka woo anas
tapi bila org dah duk seat tuh
dia takmo ibu nak riba dia
nak turun bawah la pulak
mapuh keras lagu ni...dah start nak jerit2 takmo ibu pegang dia
last2 ibu sumbat susu (botol)
pass kat papa
bagi kain busyuk dia
kejap jer terus terlena
sampai lah citer habis

ulasan cerita Lagenda Budak Setan tuh
ok, not bad lah
tapi tak boleh la nak compare dengan novel
novel dia lagi details
filem kan sekejap jer

gambar takde handphone dah kong

with love,

Friday, June 18, 2010

Budak zaman siber



kita dulu umur 6 tahun nak pegang komputer pun tergagau2
perkataan komputer tu pun agak janggal dan jarang disebut
maklumlah time tuh zaman 80-an kan
ibu umur 6 tahun tuh tahun 1985
masih aktif main pondok2 main mak2 lagi
jugak main kawin2
anak dari botol
jemur botol tengah panas konon2 anak demam
hiks! bestnya zaman kanak2 dulu
tu citer kanak2 kampung la
kanak2 bandar ibu tak tahu la camner

tapi skang nih
jangan....
umur 6 tahun dah main facebook wei
game tu takyah citer la


ha ni ibu dapat request dari dia
tapi dia ni bijak sikit kalu compare ngan umur dia tuh
5 tahun tuh dah fasih baca dah
dia pulak yg ajar abang dia
kalu cakap ngan dia macam cakap ngan budak yg dah sekolah darjah dah

with love,

Mesti pergi ni pa....hiks!



tadi jengah blog babyibu
wah! ariani ada sale la
tudung kat ariani nih time sale je la mampu nak beli pun
kalu tak beli jer kat pasar tani hiks!
so, hr sabtu ke ahad nih
ingat ya pa...ni wajib pergi nih
kalu tak ibu majuk 44 hari tau
hehehehehehe

nasib ariani dah bukak kat shah alam
dekat la sikit kalu tak bercinta la nak gi KL
eh..bukan nak gi zoo ke hujung minngu nih?
boleh singgah ariani kl jugak pa
hehehehehe
(nasib baik la dapat laki yg kaki jalan jugak)

gambar ambik kat blog babyibu
with love,

Thursday, June 17, 2010

Mandi bersama.......



jeng..jeng...jeng...

wah tajuk boleh mengundang kontroversi gitu.....

ni tabiat anas skrg ni
tetiap pagi bila ibu tengah mandi
dia sibuk nak mandi jugak
sonok mandi air hujan (shower) ya?

padahal bila ibu bangun dia still tidur lagi tuh
tapi bila ibu duk tengah gosok gigi dengar dia melalak kat luar pintu bilik air
nk mandi sama
so, alang 2 dia dah bangun tuh
ibu mandikan terus la
kalau tak basuh bontot ngan tukar pampers jer
nnt dia mandi lah kat rumah mama (babysitter)

 sejuklah bu!!!!

with love,

Wednesday, June 16, 2010

Bercinta hingga hujung nyawa



ya, jangan sebelum kawin jer cinta maut
lepas dah beranak pinak
terus layu jer
kalu dulu sms i lap u , u lap me
lepas kawin sms pun dah tak dah

kalu time haram (sebelum kawin tuh) bukan main lagi pegang taknak lepas
tapi skang amboi jalan sebatu jauh
tinggal bini dokong anak terkedek2 belakang
siap marah tuh jalan lembab macam itik la apa la

kalu dulu masa mula2 kawin tuh
nak berkepit jah manjang
tak toleh kiri kanan dah
tapi skrg nih nak pegang tangan pun dah geli
rimas la panas la macam2

pendapat ibu la bercinta bukan hanya untuk zaman ramaja sahaja
biar kita rasa nikmatnya cinta tu hingga hujung nyawa
insyaAllah ke syurga
jangan salahkan sesiapa jika cinta sudah tiada
tapi tanya diri kita

semua orang tahu dan pernah rasa betapa bahagianya bercinta
dan hargai cinta selagi ada

 bukti cinta

with love,

Lagenda Budak Setan



dulu2 ibu memang hantu novel
suka sangat baca novel sebab feeling2 heroin dalam novel tuh
salah satu feveret novel ibu lagenda budak setan (LBS)
Karya Ahadiat Akashah
Novel2 dia memang best
 gambar gugle
dulu2 masa baca novel
ibu selalu cam terfikir
bestnya kalu novel2 tu difilemkan
mesti best kan
sebab dah baca pun dah bestkan
kalu leh tengok dalam TV/wayang mesti lagi best

 ni pun gugle jugak
so, bila novel LBS difilemkan
ibu cam teruja la nak tengok
hujung minggu ni i.Allah ibu nak gi dating ngan papa tengok citer ni
anas?
nak bawak ke nak tinggal?
kata nak dating kan?
tapi ibu tak sampai hati la nak tinggal dia
so, dating bertiga la papa
ni 1st time ni nak bawak anas tengok wayang nih
mintak2 la dia ok jer

with love,

Tuesday, June 15, 2010

Cik Ulat



anas ada dua ekor kawan
cik ulat nama dia
sekor besar sekor kecik
besar tuh ibu beli kat melaka
kecik tuh maklong yg bagi
so, layan pic anas layan ulat2nya
hehehehehehehe

anas and ulat kecik

anas and ulat besar

anas and ulat2

big hug
sonok layan anak kan?

with love,