Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Tuesday, July 20, 2010

Kenduri di Tg. Tualang, Perak



sepupu ibu kawin
kenduri hari ahad 18.07.2010
akad nikah sabtu malam
so, hr sabtu tuh dah kena pergi la
berkampung kat sana
rombongan dari kg pun bertolak hari sabtu jugak
3 buah van + 3 buah kereta
sepupu ibu dah sewa 3 buah rumah kat sana
so, senang la

 kat rumah sewa tuh...anas baru bangun tidur

kitorang bertolak dlm kul 4 dari klang
sampai sana dalam kul 7 lbh camtu sebab hujan lebat sangat
best dapat jumpa sedara mara dari kampung
tokki, tokma semua ada
mokcek, ayah su, poksa, pokyo dan ayah cik pun ada

 sepupu sepapat ibu

time kenduri kendara camni lah nak berkumpul sedara mara kan
tidur ramai2
seronok sangat
anas pun seronok lah ramai duk melayan dia
nasib dia tak meragam



 susah wei nak control budak nih....nak berjalan jer ikut kaki...

 mokcek sedia melayan anas


the pengantin
*sepupu ibu pengantin lelaki tu

anas tak berkelip tengok pengantin pompuan tuh
mebi pakai lain dari yg lain kan

so, kepada pengantin
selamat pengantin baru
semoga bahagia selalu

with love,

Nanti nak buat lah.....



anas memang suka makan sup
ala creamy sup tu yang macam kat pizza hut tuh 
biasa ibu beli yang instant jer..
cicah ngan roti memang terangkat la...ibu pun layan....papa pun...
kalu buat sendiri memang lagi syok kan..
air tangan ibu katakan........
so, ibu pun mengoogled than jumpa lah resepi dibawah ni.....


mushroom sup + garlic bread = nyum! nyum! anas suka
Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom)

Bahan-Bahan:
1 ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
1 biji ubi kentang, didadu
1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa 1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.

Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!

Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.

Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.

Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.

Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

 jap...jap...jap...ibu posing jap hehehe


 tengok tuh ibu nak sejukkan pun tak sempat...
with love,

Wednesday, July 14, 2010

Sempat lagi.....



kalu semalam ke giant
hr ni ibu gi kedai jual barang2 baby/kanak2 pulak time lunch tadi
sebab nak tolong belikan knee protector kat anak kawan ibu, Iylia
Iylia baru belajar jalan so, knee protector ni boleh la protect lutut dia bila jalan jatuh tu kan
nasib baik ada lagi
so ibu beli warna pink sesuai untuk gurl

 ni anas punya warna merah


 ni Iylia punya warna pink...ada pesen ni jer..warna jer lain2
dan seperti biasa
tak sah kalu tak beli something untuk anak ibu jugak
kat anas ibu belikan kasut yg sangat stylo gitu
comel2 la kasut budak ni kan...
sangat tak sampai hati kalu tak beli, huhuhu

with love,

Kalau pompuan membeli.......



semalam time lunch gi giant
ikutkan memang malas nak pegi
tapi kena pegi jugak sebab nak beli ubat nyamuk nya refill
kesian anas tengah lena tido tetiba jer merengek
ingat naper rupanya ada sang nyamuk
tengok ubat nyamuk dah habis dah

so, ke giant la ibu
dah tak boleh tunggu papa balik dah
nnt sian anak ibu tidur terganggu pulak
tujuan asal nak beli ubat nyamuk jer
tapi..biasalah ibu aka pompuan kan...

 beli yg jumbo pack jimat rm4, ibu suka ubat nyamuk yg ni sebab dia bau wangi, bau dia pun tak kuat

 semua barang2/makanan anas

sempat lagi capai sehelai baju tidur lubang2 tuh....
ni lunch 1 jam jer nih
kalu lama lagi tak tau la....
ibu..ibu...

with love,

Tuesday, July 13, 2010

Budak2 faham tau...



kita orang dewasa ni selalu beranggapan budak2 kecik tak faham apa yang kita cakap kan, tapi jangan silap mereka boleh faham dan cepat 'tangkap' jauh lebih baik dari kita orang2 dewasa nih...ini pengalaman ibu membesarkan anas...dari pembacaan ibu juga kanak2 umur antara 1 hingga 4 tahun sangat cepat belajar..dengan memerhati sahaja mereka boleh mempelajari sesuatu...sangat menakjubkan......Itu adalah sebahagian dari kebesaran Allah.....

sebab itulah ibu berkomunikasi dengan anas seperti ibu bercakap dengan orang2 besar...dan tidak sekali menggunakan perkataan pelat.....Alhamdulillah setakat ini anas dah banyak faham arahan ibu......ibu sangat teruja dan seperti tidak percaya budak yang berumur setahun setengah banyak memahami bahasa oarng dewasa....

anas juga sudah tahu apa yang boleh buat dan apa yang dia tidak boleh buat........bila ada sesuatu yang dia tidak boleh buat ibu akan menasihati dia dengan memberi penjelasan kenapa dia tidak boleh buat sesuatu perkara itu......contohnya seperti berkongsi permainan di rumah baby sitter....baby sitter ada memberitahu ibu anas pantang kalau tengok ada orang ambik mainan dia atau pegang bag dia........so bila di rumah ibu selalu bercakap2 ngan dia dan menasihati dia supaya berkongsi mainan dan bermain sama2...ibu ulang nasihat/pesanan itu beberapa kali..dan Alhamdulillah...babysitter anas bagitau anas sudah tidak kisah berkongsi mainan lagi.......


with love,

Monday, July 12, 2010

Ibu ada masalah



masalah ibu tak sampai hati nak bagi anas adik
betul...tak tau lah semua ibu2 rasa benda ni ke tak
tapi ibu memang tak sampai hati
rasa cam sedih jer
pernah sekali period ibu dah lambat dekat sebualn lebih la
ibu ingat ibu dah peknen dah
pastu bila pandang muka anas je ibu nangis
pandang je nangis
bila tengok anas tido sayu jer hati
pastu nangis lagi...
macamana la bila anas ada adik
takut nanti ibu dah takde masa nak gomol2 dia
nak main2 ngan dia

normal ker perasaan ibu nih
pastu ibu pernah tanya makcik ibu la
dia kata dia tak rasa pun cam tu masa nak dapat anak kedua
tapi kenapa ibu rasa cam tu ya
ibu rasa cam tak ready jer lagi nak share
ntah la
mebi bila dah peknen perasaan jadi lain kut


 tu feveret dia tuh...sup and garlic bread

ibu2 camne? ada rasa cam ni tak????

with love,

Rezeki disyukuri......



bila cakap pasal rezeki mesti kita pikir duit atau apa2 yang material la
kita tengok orang kaya bisness juta2
pakai kereta besar berderet2
kita kata murah rezeki dia
pastu persoalkan kenapa kita tak murah rezeki
gaji ciput2 cukup2 makan jer
tak boleh nak bermewah2 makan kat 5 stars hotel
shopping tak payah tengok price tag

tapi kita tak sedar
rezeki Allah itu pelbagai
cuba tengok dalam hidup kita
walau gaji kita sikit tapi kita bahagia
ada suami yang baik
itu rezeki
ada anak penghibur hati
itu pun rezeki
ada keluarga bahagia
itu juga rezeki

Allah itu adil
dilebihkan itu dikurang kan ini
ada orang berjaya dalam peniagaan
tapi tak dikurniakan zuriat
ada orang punya zuriat yang ramai
tapi kerja biasa2 sahaja

yang penting kita kena tahu bersyukur
jangan selalu menyalahkan takdir hidup
Apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita


with love,

Entry takde tajuk



dulu hari2 ambik gambar anas
berpuluh2 keping la dalam sehari tuh
kalu boleh 24 jam nak snap2 jer

 sonok bila tengok balik, mcm2 ragam ropa anas 


 lepas mandi pun siap ambik gambar ni

 pastu ambik gambar sendiri......snap la bu, janji tak kacau anas tido ya

 sayang bucuk ibu heheheh...paksaan anas kiss kiss ibu

 konon2 kreatif la ni.....

 anas nangis pun ibu ambik gambar...last2 tak jadi nak nangis

 time shopping pun nak ambik gambar la ibu nih....tengah try kasut

 tangan anas masa umur dua bulan kut...
 gambar 18sx pun ada...apa lah ibu nih
tapi skarang ibu cam dah malas dah nak snap2
bila gambar takder blog pun tak berupdate la
jangan la camni bu...nanti bila anas besar anas nak baca 

ni last gambar anas dalam handphone ibu
3 julai 2010
ni papa yang snap ni.....

 setahun setengah dah anak ibu nih.....

with love,

Tuesday, July 6, 2010

Anas dan papanya





walaupun papa just balik kadang2 seminggu sekali
kadang2 2 minggu sekali tapi anas rapat ngan papa dia
masa mula2 lahir muka anas sebijik muka papa
sampai kalu yg dah kenal papa tuh akan tahu lah tu anak muhammad amier
tepek2 la muka papa
tapi bila dah besar ni lain sikit la

tang perangai pulak
mintak2 la anas banyak ikut pangai papa
sebab papa lagi kool dari ibu
dan penyabar
dan rajin tolong ibu kat rumah
pendek kata bila papa balik ibu boleh goyang kaki la hehehheh
nak2 pasal anas semua papa yang buat
papa kata takut nanti anak tak rapat ngan dia
dah la jarang2 balik pastu malas nak layan anak pulak


anas suka tiru apa papa buat
semua yang papa buat dia mesti ikut
tak kira la dari memek muka ke apa ke
mesti dia ikut
kalu ibu buat dia tak ikut pulak
kalu papa sikat rambut atau baiki rambut depan cermin dia mesti buat jugak
sangat comel

sekarang kan musim bola
seronok tengok anas main bola ngan papa
papa minat bola dan tak sangka anas pun minat bola
bila tengok iklan bola anas mesti sonok
dan bila ibu suruh sepak bola anas tahu camana sepak bola
padahal ibu tak pernah ajar camna nak sepak bola

papa dan anas dua2 ibu sayang

with love,

Anas - 1 year & 6 months old


 
sejak dua menjak ni memang mood blogging dan fb memang takde
malas sangat nak berupdate
just masuk kejap2 baca status kengkawan je
tak tahu la naper

ni pun gagahkan jugak sebab nak update pasal cenonet ibu nih
wah! dah setahun setengah dah rupanya anak ibu ni
patutla dah makin pandai dan bijak (pujian satu doa)

Alhamdulillah
Syukur sangat Allah anugerahkan anas pada ibu
Since papa kerja jauh and weekend baru jumpa
so, anas lah jadi peneman ibu
pengubat rindu papa
dan macam2 lah

dan kadang2 jadi tempat ibu test vokal
tapi jadi ibu memang best la
paling best

Ibu berdoa semoga anas jadi anak yang baik
Membesar dalam suasana kebahagian dan kegembiraan
Menjadi anak yang pintar

Amin....

Ibu sayang anas banyak2
Mwah! Mwah!

with love,