Dedikasi
Tuesday, October 27, 2009
Susu oh Susu........
Friday, October 23, 2009
Pantai Bukit Keluang




tengok happy jer airiel ngan anas tu.....dah nak sama besar dah ibu tengok..ntah2 nanti jumpa lagi sekali adik dah besar dari abang, airiel cam rangka besar...tangan dia keras jer....
6 of us
anas la paling happy, alangkan dia tak boleh berjalan lagi, kalu tak jenuh la mengejar dia lari sana sini kan.....ni pun nak dokong pun dah susah lansung tak duduk diam..pusing sana pusing sini....lagak dah cam orang besar dah......
sekali sekala beriadah cam ni best sangat, hilang tension....lagipun kat selangor mana nak cari pantai yang boleh mandi manda camni, air dah macam air teh beng doh, nak mandi camner......nak masukkan kaki oun tak lalu....bukan nak kutuk tapi realiti, tak tahu la naper boleh jadi cam tu ek......
anas siap mandi lagi....air kat sini sangat la clear boleh nampak la pasir ngan ikan2 .. ya ker ada ikan pa....anas tak nak naik nak main air, bila ombak datang jer dia nak pegang buih2 tu....seronok tengok.....bukan apa ibu mandikan dia sebab orang kata air laut ni bileh jadi ubat kulit, kulit anas kan sensitip kalu panas berpeluh mula la naik biji2 merah kena geget nyamuk pun dah boleh jadi kudis so kita cuba kasi try test menjadik tak kata orang ni kan....kalu menjadi Alhamdulillah.......semua kuasa Allah kan......
comel cenonet jer tapak kaki anas tu kat sebelah tapak kaki ibu ngan papa tu, tinggak jejak kat pantai bukit keluang sebelum balik......singgah bandar jerteh nak pekena mi celup tapi hampeh tersilap pilih kedai lansung tak sedap......masin macam lori garam terbalik jer........tak puas hati.....sekarang bandar jerteh dah banyak berubah so tak tau kemana dah kedai yanh selalu ibu lepak2 makan mi celup dolu2.... balik rumah dah malam, nak singgah rumah paklong anas ngan airiel dah tidur dah...so terus balik rumah....anas lansung tak sedar dah tidur kebabom sampai pagi....risau gak takut demam ke apa kan 1st time mandi laut......dah la belum setahun lagi kan...nasib baik tak apa2Thursday, October 22, 2009
Al-Fatihah
tapi title al-fatihah...
sebenarnya ibu dah cari gambar arwah tok long (paklong ibu) tapi tak jumpa2 la gambar ni jer yang jumpa.....paklong yang dalam kotak belakang papa tu.......
20/10/2009, malam tu tokki telefon ibu, masa tu bih kurang kul 12 malam, ibu dah tisur dah, anas pun dah lama dah tidur, ibu takder la syak apa2 kan tapi tokki nak bagitau tok long dah meninggal dah...ibu cam tergamam ya la mamai lagi.....so tokki suh ibu inform semua sedara mara kat sini....
dah la ibiu ada kredit 46sen, pastu sms neksu ana, pastu sms sepupu sepapat ibu semua...pastu neksu call gitau dia nak bertolak malam tu jugak, ibu lak jadi cam blurr jer...sms papa tak berjawab pulak.....
so esoknya bila bangun rasa cam mimpi jer betul ker tok long dah meninggal ni.......pastu ibu terus p kerja cam biasa...sebelum pi kerja singgah kedai beli topup tepon papa......rupanya papa tak terima sms ibu......
bincang2 ngan papa
tak boleh jadi kena balik jugak.......
bagi penghormatan terakhir untuk tok long
anas tak sempat nak kenal tok long......
toklong abang sulong tokki.....
tok long takder anak tapi dia ada bela 2 orang anak angkat....
tok long meninggal kerana ada masalah jantung........tapi takder la sakit tak boleh nak bangun ke apa segar2 lagi.....ajal dan maut semua dia tangan Tuhan.......
kita jangan terleka......tapi ibu banyak terleka dan lalai dengan suruhan Tuhan.......tanpa kita sedar disaat kita lena diulit mimpi ada insan lain sedang bertarung dengan maut.......
bila kena pada keluarga terdekat kita baru kita terasa betapa dekatnya maut dengan kita.........
Alfatihah untuk arwah Paklong.............semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman......
with love,
Tuesday, October 20, 2009
Hari Kenduri

:: macam anak burung jer anas makan ::
:: papa tengah leka cari jalan guna hp wan guna gps tapi tak jumpa2 jugak jalan ::
:: ibu dan papa saat diijabkabul ::
Monday, October 19, 2009
singgah rumah baby airiel pastu ke dangay bay...
:: ni kenangan kat danga bay raya 2008 masa ni anas 7 bulan dalam perut ibu ::
Tanjung Langsat vs sesat barat hahahaha


:: tengok anas syok tidur kat tepi pantai kan berangin jer ::
lepas tu gi balik kat jeti tadi nak g jumpa kawan atuk lagi sorang, masa ni anas dah tidur dah dah ngantuk sangat dah tu.........so ibu lepak jer la kat kereta tu kesian pulak nak angkat anak ibu ni mesti dah penat ni, nasib baik anas tak meragam elok jer mood dalam kereta......
kat sini dekat la ngan singapore, dekat ngan lapangan terbang changi.....sekejap2 boleh tengok kapal terbang mendarat selang seminit jer.....kejap2 ada jer cam magic la pulak kan bak kata pakcik shuib macam main kejar2 la pulak........
walaupun sesat dekat 2 jam lebih la jugak, tapi puas hati la hajat atuk nak jumpa kawan dia tertunai jugakkan.......takder la kempunan kan...ya la ntah bila la lagi nak boleh jumpa ni......lepas balik dari rumah pakcik shuib ni kita singgah rumah baby airiel pulak.....so t ibu citer ya.....
Kenduri Kahwin kat Skudai.......
:: anas yang tidur macam kat atas rumah ::
:: teh beng kurang manis satu!!!!!!!! dah besar dah anak teruna ibu ni ::
with love,
Merempitttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!
pa tak sempat la nak update blog......so pa layan anasmerempit la ek......hehehe ni gambar masa ibu cuti sebulan bulan puasa hari tu........ni kat rumah toksu nora ni kat sri kembangan anas naik motor paksu arif.......suka ya......dah gaya orang besar dah padahal masa ni belum pandai duduk lagi tu.....sekarang ni pun mama su bagitau dia dah taknak duk walker nak naik basikal ngan abang haikal..........
Friday, October 16, 2009
Ter........ter....... tak sengaja la terbeli
tadi lepas lunch singgah kat kedai jual barangan baby kat area ofis ibu ni, sajer jer jalan2 dan ibu kan ada sikit kelemahan kalau masuk kedai baby mesti tak boleh nak kuar tangan kosong kan..... ntah la tak tau la lemah sangat tau kalu tengok baju2 baby ni terus rasa cam anas dah takder baju.....padahal lepas raya hari tu dah beli 3 pasang dah..........pastu ibu jugak beli ni, dulu kan ibu pernah beli yang tempek kat dahi tu kalu nak tau demam ke dok kan......
pastu bukan main susah lagi nak dapat kan bacaan suhu dia, tau2 la anas skrg ni memang tak sukalah tempek2 benda kat muka dahi dia kan, maklumlah orang ah besar dah....
ya la kalu kita pun rimas kan masa 2 3 bulan dulu ok lah orang tempek apa pun diam jer la sekarang ni cuba try tempek nak tengok camner cam cacing kepanasan la dia menggelupur.......
so beli yang ni lagi senang la kepit jer kat celah ketiak tu kejap dah boleh tau dah baper suhu kan.......pulak tu kalu demam dia siap ada alarm lagi so senang la nak tahu anas demam ke tak kan.......
p/s: pa sajer jer ibu tak bagi tau papa nak suruh papa baca kat sini hehehehe papa tak marah kan
with love,
Pau Kacang ke Pau apa ni???????ke kuih bahulu
anas kalu orang jumpa dia mesti geram kat pipi dia tu cam pau......mesti orang nak pegang nak picit2, ibu paling best cium and gomol2 kat pipi dia tu ras acam nak geget jer......
ibu ngan papa verangan takder anak boleh?????
ya memang ikut pipi ibu, ibu dulu kurus kering melidi jer tapi pipi tak jugak surut2 tau sampai ada orang panggil ibu kuih bahulu tau........ sekarang ni bila dah tembam sikit ni pipi apa lagi bagai di pam2 la.......sampai pok jo cakap cam kena gigit tebuan pipi ibu ni tau.......jahat tak???????

tengok la perbezaan ibu ngan cekngoh ngan cik ikin ni ketarakan tapi tembam2 ibu pun berseri jer kan ahak nak jugak up tu.......ya la tengok betul2 cam ibu jer yang adik kan???? hehehehe jangan marah yang cekngoh ngan cik ikin........so sekarang dah tak boleh nak salahkan anas la naper pipi dia gebus jer kan????dah tahu asal usul kejadian nya......
Makan jangan tak makan.........

tu nestum vegi, ibu ni nak anak makan macam2 perisa nestum la ibu beli rasa ada dalam lima jenis kut ada beras, gandum madu, oat ngan prum, soya vegi dan soya fruits lengkap la semua yang ada kat pasaran tu ibu beli tau.........tapi hampeh la anas ni tak nak dia makan.........
haus ya lepas makan kena la minum pulak kan....nak habis jugak la dua sudu besar tu ibu buat kalau tak satu sudu dah tak nak dah........ni tinggal sikit jer yes! yes! yes! bravo barvo anak ibu, yang lebih tu ibu tuang dalam susu, so kira habis jugak la semangkuk nestum semalam........
aik dah habis semangkuk nestum tu...pa betul ke eja semangkuk cam ni ni???????? compius jap takkan la semangkok pulakkan??? apa2lah nak susu lagi ker....anas nak tidur mesti nak ada susu kat mulut tu, last2 ibu kena topup lagi 4onz susu tu baru la anak ibu lena........ Menangis la pulok budak bertuah ni............
start hari senin hari tu budak bertuah buah hati pengarang jantung ibu ni asyik la melalak bila ibu hantar dia rumah baby sitter, tak tau la apa yang tak kena dia ni, sebelum ni elok jer kalu nampak muka su (nama baby sitter yang dipanggil mama) tu senyum2 lagi siap hulur tangan lagi, ntah angin apa ntah minggu ni dia tak nak pulak........
dalam minggu ni gak perangai dia cam ngada2 lebih sikit, tak tau la naper, kalu kat rumah tu dia pantang kalu ibu hilang sikit kat mata dia mula lah dia start enjin dia sampai terketar2 la dia menangis tu.......... heee nasib baik kecik lagi kalu tak mau kena lesing ni.....dulu ok jer kalu bangun pagi tu ibu mandi and siap dia ok jer main sorang2 tak kisah la, ibu boleh iron baju siap2 nak gi kerja kan.......
tengok pipi dah la macam pau kalau nangis terus jadi petak 4 segi muka dia.....eee rindu la pulok kat anas citer2 pasal dia ni, kalau balik kerja tu rasa cam nak terbang jer nak sampai rumah.....bila sampai jer rumah su dengar jer suara ibu dia dah lompat2 dah atas dokong su tu....anas pun mesti ridu jugak kat ibu kan........nak war camna ibu kan kerja cari duit untuk anak ibu jugak...........





