Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, August 23, 2010

dah beli...





 tunjuk sipi2 jer...kang ada jugak yang terliur karang

hahaha
tak sempat tunggu petang karang
time lunch tadi gigih keluar pi beli buah asam
beli jambu batu ngan mangga muda
mangga tu ada dua jenis satu jenis besar pastu satu lagi jenis kecik2 tuh
pastu mula la kecur jer liur ni
lambatnya nak buka....


with love,

Timun batang pun jadi



tak tahu la buka puasa semalam cam tak lalu jer nak makan
padahal berkobar2 masak (dah lah 1st time masak nih)
alah masak sayur air petola (orang ganu panggi tenne) campur ikan rebus ngan black paper
pastu goreng ikan..tu jer pun
tapi makan dua tiga supa tak lalu
mungkin penangan demam tu la nih
mulut lak terasa nak makan asam
mangga muda ker betik muda ker jambu batu ker
perghhhh cicah lak ngan 'colek' (cuka+gula+garam+belacan+cili api)
kecur liur nih
tapi selongkar2 peti ais takder la pulak asamnya
yang ada cuma timun batang jer
timun batang pun timun batang la.....
layan.............

 timun batang...

 
colek cuka...
petang karang harus cari asam nih

ps: harap2 ni bukan tanda2 anas nak dapat adik 
with love, 

Demam pun boleh kebah layan budak nih.......



sabtu malam tu badan rasa tak sedap jer
seram sejuk semcam
pastu badan dah sakit2..
sah nak demam ni...
so, hari ahad tu melepek je la ibu
nak buka puasa kang sayang pulak
takper lah tahan lah...
takder la teruk sangat pun
tapi duk dengan budak kecik nih bukan leh rehat pun
kejap2 nak basuh berak la
kejap2 nak air la
kejap2 panjat beskal tak boleh nak turun la
macam2 la......nasib tak pitam ibu nas...

ni fenomena biasa ya....sape yang ada anak tu tahu la camne penatnya nak melayan dorang ni......demam pun tak payah nak makan ubat...kebah ngan sendirinya

with love,

Friday, August 20, 2010

Potong ke botak je...




dah rimas dah tengok rambut anas tuh
ibu plan nak simpan panjang
bukan la panjang sampai leh ikat tapi cam panjang sikit la
tapi dengan cuaca sekarang ni memang tak sesuai la
kita org tua pun tak selesa rambut panjang
ni kan budak kan

ke nak botak kan jer mcm ni?????



ni masa dia setahun 2 bulan

with love,

Kelebihan Sahur......



bukan semua orang sanggup bangun untuk bersahur...
sayang oo nak tinggal tidur..
maklumlah time tuh sedang syok diulit mimpi tu.......
nak nak pulak kalu time hujan
syurga tu berbungkus dalam selimut...
sedar pun buat2 tak sedar jer

jom share kelebihan sahur..

dari sudut agama dulu ya:
  • sunnah nabi, kerana nabi tidak pernah meninggalkan sahur pada bulan Ramadhan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim.
  • pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.” 
  • membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain.
  • Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
dari sudut sains pulak:
  • amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari.
     
  • bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi.
semoga puasa kita semua diberkati Allah..amin

with love,

Wednesday, August 18, 2010

Busyuk ibu......



bulan puasa ni anas duk ngan wan ngan mak long
tahun ni wan tak berniaga bulan puasa
tu wan request nak jaga anas tuh
anas pun ibu tengok happy jer duk rumah wan

nak sms mak long (kak ipar) la tanya anas wat pe

ibu: anas duk watpe?
maklong: tdo..
ibu: oo dah lama ke dia tido?
maklong: dlm kul 2 tadi dia tdo..knp ibu anas rindu anas ya..
ibu: mmg hari2 rindu dia heheheh..hari2 pun tak sabar nk tunggu kul 5
maklong: ha ni dia baru bgn tau....
pastu maklong sent mms gambar anas baru bangun tido

 "hai ibu, anas baru bangun tdo ni hehehe"

ibu: Ololo busyuk ibu ni, tggu ya jap lagi ibu balik ya

tu la seorang ibu kan
semua ibu pun mcm ni kan
hari2 pun rindu kat anak
bapak2 pun sama jugak kan

ps: kat papa pun ibu rindu jugak....

with love,

Online pun jalannnn.........



ye! ye! dah sampai dah sandal anas
semalam ibu beli kat www.anakku-manja.blogspot.com
hari ni dah sampai dah




tak sabar nak tengok anak ibu pakai nih
mesti comel jer kan

heee bahaya betul la sekarang ni kan
tak dapat gi pasaraya
online pun boleh shopping
bahaya! bahaya!

with love,

Terkenang



puasa2 ni apa lagi yang terkekang kalau tak makanan kan...
nak2 kalu dah separuh hari nak dekat2 buka ni...
fuh!! macam2 terbayang apa nak di ngap nanti....

pastu terkenang pulak makanan yang selalu dimakan time buka puasa time zaman kanak2 dulu
ingat lagi benda yang wajib ada setiap hari adalah cendol
bukan cendol pulut ke cendol tapai tu yang makan ngan santan tu..bukan..bukan
ni cendol semata ngan sagu warna merah
dimakan dengan susu pekat penuh krim tuh
nnt nak gugle gambar jap...
ha ni lah gambar hasil guglen tuh

 ha ni la rupa cendol tuh...

 dimakan dengan susu pekat nih

fuh!!! layan la....
masa tu arwah ma ada lagi
pastu bila dah terkenang makanan yang dimakan dengan adik beradik ni
terus la terkenang ngan abah...arwah ma dan adik2 semua
bila la dapat berbuka puasa sama2 ya macam zaman2 kecik dulu

kepada adik2 ku, UT, jang, ikin, pok joe...jangan kata tak ingat ni makanan wajib berbuka dulu2 nih

with love,

Tahan mata



mula2 layan gambar dulu........




haaa...pastu layan video ni pulak..............



ni masa otw balik masa keluar hari ahad lepas
dah la seharian tak tidur
tapi bila orang baringkan kat belakang dia taknak
dia bangun balik duduk
pastu mela la tersenguk2
wakaka memang lawak la
ibu ngan papa nak terkencing gelakkan dia
hehehehe
anas.....anas......
with love,

Potong buah..




senang pakai nih
cantik jer buah terpotong
boleh potong buah epal, pear dan buah lai

haaa tengok siap yang tengah2 yg ada biji pun terpotong sekali
senang dan mudah jer
hahahaha ibu baru terjumpa benda alah ni
padahal org lain dh berzaman dah guna

tengok lah
cantik jer macam k elopak bunga
pastu buah tu terpotong sama jer
cepat dan mudah
tapi sebelum tu jangan lupa basuh dulu buah tuh
kulit tak payah kopek
tapi kikis sikit ngan pisau kulit tuh
buangkan bahan pengawet tuh
kat kulit tu lah banyak zat2 nya hehehe

kalu takder selera nak sahur makan buah pun boleh.......
with love,

Friday, August 13, 2010

Menjadi-jadi la......



banyak kali dah nak tulis pasal ni
tapi macam tak sampai hati
macam takder kakuatan
setiap kali nak taip mesti air mata bergenang jer

dalam fikiran pulak macam2 yang difikir
kenapa
mengapa
sebab apa
siapa
bagaimana
semua menjadi tanda tanya

setiap hari ada jer yang jumpa
dalam tong sampah
dalam tangki najis
dalam longkang
dalam semak
dalam  sungai
dalam tandas

itu yang dijumpai
yang tidak dijumpai entahkan berapa la agaknya
10
100
1000
dah macam binatang dah
eh bukan lebih teruk dari binatang

hari ni kita lebih senang jumpa bayi dibuang
dari jumpa bangkai anak binatang

dalam paper hari ni

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis (sila klik sini)

 

siap ada gambar
ibu tak sanggup nak paste kat sini
sedih sangat
surga tempat mu nak!

with love,


Wednesday, August 11, 2010

Bangun jugak budak bertuah nih.......



malam tadi kunci jam bangun sahur pukul 4.30pagi
tak tahu la kenapa malam tadi macam tidur tak lena jer
macam esok nak raya jer
padahal baru nak puasa tuh
kejap2 terjaga...kejap2 terjaga

nasi goreng + ayam goreng

bangun2 tuh pikir2 dulu nak masak apa nih
ayam masak kicap ker
goreng ayam pastu goreng sayur ker
last2 buat nasi goreng pastu goreng kunyit ayam
sudah......
eh! flash off pulak, jap jap nak on

fuh lenanya tido kan...
*tengok la tidur dah berpusing 45 darjah dah tuh
lepas masak intai anas jap dalam bilik
fuh!! lega dia still lena jer tidur
so...jom bersahur...
sebelum tuh niat dulu ya....
tapi tiba2...
ceh tiba2 tuh.....

bagi ayam seketul...jangan kacau ibu nak sahur ya

bangun jugak la budak nih
takpe la jom teman ibu sahur jom
maka bersahurlah si ibu ditemani anaknya
tapi ibu pun bukan kisah sangat pun dia bangun
sebab dia ok jer
tak meragam pun

sebelum tu calling2 papa dulu
tanya papa makan apa sahur
papa makan nasi putih ngan daging masak merah
made in kedai hehehehe
kesian papa...

 siap dia rampas sudu dari ibu ...pastu nak suapkan ibu lagi

lepas sahur ibu buatkan dia susu
pastu tepuk2 terus dia tidur balik
ingat pagi tadi dia susah la nak bangun
tapi tak pun
ibu bangun jer dia bangun
dia ni mcm pelik la
dalam tidur pun dia boleh rasa ibu ada ke takder kat sebelah dia
ibu bangunla pukul berapa pun mesti dia bangun jugak

anas...anas...

with love,