Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Saturday, June 12, 2010

777



minggu lepas ibu ada tengok rancangan  Semanis Kurma
ala yg datuk ustazah nurbahiyah jadi pengacara ngan suami dia tu
kebetulan tajuk dia "ibubapa derhaka"
bukan anak durhaka ya
ni ala2 ibubapa yang tak  bertanggungjawab la ni

apa kaitan ngan tajuk 777 tu ek
ha! ustaz kat dalam tu cakap kalu nak didik anak kena ada 3 peringkat

7 tahun pertama - 1 - 7 tahun - layan - maknanya ustaz tu kata pada umur tu kita kena layan kerenah anak2 kita tuh...masa untuk kita bermanja-manjaan la gitu

7 tahun kedua - 8-14 tahun - ajar - time ni kita kena ajar dia betul2, kalu dah tak dengar cakap sangat tu dah boleh rotan dah...tapi jangan rotan sekuat hati tapi rotan mengajar gitu...dalam agama kita kan ajar kalu nak rotan anak tu letak buku ke apa bawah ketiak, make sure buku tu tak jatuh masa kita rotan anak kita tuh...bukan rotan mendera sampai koma pulak

7 tahun ke tiga - 15-21 - berkawan - pada peringkat nih, jadikan anak2 kita sebagai kawan...dengar masalah dia, kongsi cerita dan macam2 lah...jangan anak takut pulak nak cerita pasal pakwe/makwe diorang tuh...nnt dia cari kawan lain kat luar lagi susah kan..tak kira la anak kita tu lelaki ke pompuan ker jadikan mereka kawan kita..

ustaz tu cakap lebih dari umur 21, kalu anak kita takder cakap pasal nak kawin ke bawak jumpa pakwe/makwe diorang ke ibubapa wajib tanya pasal kahwin nih...tu ustaz tu yg cakap ya bukan ibu...nak2 untuk anak pompuan...

my best friend  forever....

so, ingat 777 ya,

InsyaAllah sama2 lah kita praktikkan jangan kita jadi ibubapa derhaka pulak

with love,

Friday, June 11, 2010

Anas dan buku



Alhamdulillah, setakat ni anas sangat suka buku
selain dari belikan anas macam2 mainan
ibu tetap tak lupa belikan anas macam2 buku
dan jugak flash kad
seingat ibu, 1st buku yang ibu beli kat anas masa dia umur 2 bulan
masa tu tengah lunch ada org gi jual
so ibu beli

 1st buku anas

ni masa dia 5 bulan,dia suka tengok gambar2 lam buku tuh

tapi ibu takder la paksa dia baca/main buku2 tuh
ibu la yg bacakan untuk dia
ajar anak ni biar ada fun2 jangan paksa2
kalu paksa lagi la diorang tak suka
buat cam kartun2 sikit
nyanyi2 sikit
insaAllah dia akan suka

sekarang ni kalu nak suruh dia duk diam bagi la buku kat dia
bagi majalah pun boleh
setakat ni anas tak koyakkan lagi mana2 buku dia or majalah ibu
dia akan belek2 satu tengok gambar2 kat dalam tu
sweet sangat


ni masa kat hospital HTAR


ni kat rumah, ibu duk masak, watper la diam jer anak ibu nih
ibu intai2 duk belek buku rupanya

ni antara koleksi buku2 anas

latest ibu beli dia buku colour2 pulak
sebab ibu nak ajar dia kenal warna
ibu la yg jadi tukang colour buku tuh
tapi seronok la layan dia colour2



 tu ibu yg colurkan....tu dia tengah colur la tu, conteng2 pun jadi lah
with love,

Anas jatuh...



semalam balik dr kerja
ibu bawak anas gi pasar malam kat area rumah tuh....
saja bawak dia tengok orang kesian hari2 duk memerap jer kan.
anas kan suka tengok orang ramai...semua orang dia nak tegur..

tapi semalam kesian dia
mula2 ibu dokong dia
pastu sampai kat satu kedai tuh
ibu nak tengok baju
pastu ibu letak la dia
ntah mcamana sekelip mata jer dia dah tergolek
dahla atas jalan tar pulak tu..
berdarah and lebam dahi dia

rupa2nya
dia berpegang pada meja
meja tu alas ngan kain
so dia terpegang kat kain tu la terus terjatuh
kesian anak ibu...
terus tak jadi nak tengok baju
terus pujuk2 dia belikan buku upin & ipun ngan papan tulis
ala yang tulis2 pastu leh padam2 tuh
terus diam...

tapi kesian la kat dia
sejak dah boleh kaki ni asyik jer boleh sakit
ni bukan kali pertama 
kadang2 tak terjangka
dia pulak jenis yang tak reti nak duk diam

 dua tempat tu kena

balik tu ibu terus tuam
pastu letak minyak gamat
mintak2 takder apa2 la
kesian anak ibu
sampai skrg rasa sedih sangat
try kalu kita yg jatuh terhantuk camtu
mau bengang kepala tuh
mintak2 malaikat sambut anas time jatuh tu kan

with love,

Tuesday, June 8, 2010

The two years old boy smoker



ibu dapat email:

 
"Hardy Rizal just two years, but now he can not spend any day without smoking a cigarette with 40. By the harmful habit, the boy's father had taught. Because nicotine addiction, child began to experience problems with weight, but appeared short of breath does not allow him to run and frolic with other children. The boy all day sitting on the porch and pitch one by one."

seram weh
ni kes ibubapa yg kurang pengetahuan la ni
kita kalu boleh husband pun tak nak bagi merokok
(thanks pa sebab sanggup berenti merokok sejak kita couple lagi)
ni kan pulak anak
kecik pulak tuh
apa yg ibu baca budak Hardy ni start hisap rokok masa umur dia setahun setengah lagi
kat youtube ada berita pasal budak nih
menurut bapanya masa umur dia setahun setengah tuh
dia suka menangis
bila bapak dia bagi rokok dia terus diam
pastu bila dia nangis jer bapak dia mesti bagi rokok
tu yang dah ketagih tu
so, skrg ni dia dah tak boleh tak hisap rokok
kalu tak bagi dia akan sakit kepala pastu mengamuk sambil hempas2 kepala

macam2 hal lah...
macam takder benda lain nak bagi bila anak nangis

with love,

Hari Ahad...dihari setahun 5 bulannya......



ahad, 06.06.2010
anas genap setahun 5 bulan
pagi2 lagi dah keluar ke pasar tani mega shah alam
ibu nak cari tudung syria tu
org pakai ibu pun nak pakai
tengok sesuai tak ngan muka ibu
so, round2 kat pasar tani tuh
anas relaks jer naik buggy barunya

 ada style la!

 steady jer dia pakai sunglases tu hehehehe

tu kira hadiah hari jadinya yg ke setahun lima bulan lah ya
lemak la ya setiap bulan dapat hadiah
mau botak ibu nga papa kan
tapi anak sorang camni lah
kalu keluar tuh tak sah tak beli apa2 untuk dia kan
ibu rasa semua ibu2 yang baru dapat anak camnikan
tu la untungnya jadi anak sulung nih
semalam tuh beli kasut jugak untuk anas
ibu excited sangat nak beli kasut sebab anas kan dah laju berjalan
dah nak berlari dah
hehehehehe
so semalam beli dua pasang sangat cute

 
cute sangat
 
tapi barang2 budak memang semua cute miut jer kan
nak2 barang gegirl 
memang cair la semua tengok
 
pastu balik dari pasar tani tuh singgah plaza alam sentral jap
ibu gi jamu mata kat kedai Romantika
wah! comel2 nya koleksi english style ala2 vantage tu
ibu dah pilih2 letak dalam bakul 
pastu tak jadi beli sebab pk2 balik tak tahu nak letak kat mana
kena beli rak hiasan dulu
lagipun rumah sekangkang kera jer
nanti banyak2 perabot kan sesak pulak
so tak jadi beli


setia menanti hahahaha

keluar dari romantika tengok 2 hero ibu setia menanti
hero kecik sudah ketiduran
hero besar hampir2 ketiduran
papa tak nak masuk takut terlanggar barang2 kaca tu kan
sape yg berminat ngan barang2 deco english style tu leh la gi kat plaza alam central tuh
tingkat atas sekali
 
lepas balik dari plaza alam central tuh
ibu nak gi jusco bukit raja pulak
nasib baik la dapat laki yang sangat sekepala suka berjalan
kalu tak mahu kena sekeh hehehehe
thanks pa
 
kebetulan ada kapalterbang lalu, tu yg terngaga anak ibu tengok tuh
 
lalu kat seksyen 7 tuh ibu intai2 la kut2 ada org jual cendol
best jugak pekena cendol tengah2 hari ni kan
sekali ada kat tepi jalan dekat area simpang ke i-City tuh
terus la papa berenti kan
kalu tak...tahu la akibatnya hehehehe
so, order 2 cendol 1 laksa
pergh!!!!!! terangkat la cendol pulut dia
 
wei panjang nya entry nih
kata dah lama tak berupdate kan
sekali update untuk satu harinya agenda hiks!
entry ke jusco nnt sambung lain la
tetiba malas pulak nak citer 
hehehehehe
 
so, anas sayang selamat hari jadi yg ker setahun lima bulan
muah! muah!
 
with love,

Hari sabtu



tak tau nak pergi mana
duk la lepak2 golek2 kat rumah
pastu dalam kul 3 ke camtu toksu nura n famili datang rumah
dah la ibu belum mandi lagi time tuh
pastu kelam kabut la tukar baju semua hehehehehe
anas suka lah bila org ramai kat rumah
lupa la nk snap gambar diorang semua
dalam kul 6 lebih camtu toksu balik
kitorang pulak yang keluar
ke jusco bukit tinggi
misi mencari buggy untuk anas
dah lama planned nak beli buggy/stroller baru kat anas
sebab kalu keluar sian dia ngantuk nak tidur
ibu dah la kalu ukur pasaraya tu tak reti sekejap
sian papa kena kendong anas

SCR1 Jogger


hari tu ibu ngan papa cam berkenan nak beli yg ni
pastu hari sabtu tu tengak dah takder pulak
salesgirl tu cakap memang yg ni best seller
kejap jer habis kena tunggu lepas 15hb baru diorg order balik
pastu ibu tengok aunti linda ada beli buggy kat aqil
kebetulan buggy tu memang ada
so ibu decided beli jer buggy, lagipun bukan nak pakai lama pun
anas kan dah pandai jalan dah
kalu beli yg mahal2 kang dia naik kejap jer rugi pulak
so, belilah buggy
sama cam aqil punya kut
tapi anas warna merah
 Buggy Canoe

dulu toksu nura ada bagi stroller kat anas
pastu masa umur dia dalam 6 ke 7 bulan camtuh dia dah taknak duk
letak jer nangis macam kena dera
so tak gunalah
kalu gi mana2 dia suka duk lam kendong jer pakai carirer tuh

so, kalu gi mana2 kendong jer lah
sampai tertidur lah dia dalam tuh
tapi skang dia cam suka pulak
bila try masa nak beli tuh dia senyum2 jer bila letak lam buggy tuh
maybe dia tengok ramai baby/budak duk dalam tu

ni masa nak balik kg terengganu
papa tak ikut tu yng ibu kena kendong tu
suka dia, agaknya dia rasa lebih selamat bila melekat jer ngan ibu/papa


ni masa dia umur dua bulan lebih kut
memang ok lagi lah duk lam stroller tuh
skang stroller tuh dah bagi airiel dah

tapi kan,
buggy tak boleh nak rebah seat kan
dia cam statik camtu jer
so bila anas tidur cam kesian pulak tengok kepala dia terlentok jer
mesti lenguh kan leher dia
pastu anas ni pulak yg jenis senang sedar
bila kita nak adjust kedudukan dia dah tersedah dah
so, ibu cam nyesal lak beli buggy tuh
nak SCR1 Jogger yg kat atas tu lak

pastu ibu memekak2 kat papa cakap nak beli stroller pulak
pastu papa cakap habis tu baggy tu ibu nak naik?
tapi ibu cam nak beli jugak la scr1 jogger tu
ala kalu anas pakai kejap pun kita simpan la untuk adik dia nanti
hehehehehe boleh pakai ke alasan nih untuk memujuk papa?

with love,

Friday, June 4, 2010

Lagi besar, lagi nampak segar...



ibu rasa ramai dah try contact lense nih
kata percuma kan leh try
so, ibu pun try la isi from untuk sample percuma ni
kat web  http://www.freshlookilluminate.com/
sekali betul2 dapat sample percuma untuk 3 hari
ni contact lense yg jenis pakai buang ya
so saper2 nak try tuh leh la p kat web dia tuh


1 untuk ibu, 1 untuk papa...
tapi yg papa punya ibu request power ibu
so, jadi lah dua2 tu ibu punya

 untuk 3 hari pakai

 dia ada colour2 tapi nasib la dapat warna apa...ibu dapat warna dark brounw kut
tengok perbezaan bila dah pakai
mata belah kanan tu
nampak lagi besar, segar dan bundar kan
compare ngan mata kiri yg ibu tak pakai tu
so, semalam ibu melaram kat ofis tak pakai spek la
lupa pulak nak ambik gambar full
 ha ni dua2 pakai, tapi blur la....

saper yg ada request ni
akan dapat voucer 30% off bila beli 2nd box
so saper yg biasa pakai contact lense tuh leh la try
kat web  http://www.freshlookilluminate.com/  ni

with love,

Suprise for papa



hari jadi papa kan 28hb may hari jumaat
malam tu dah wish la
minggu tu lak papa tak balik
hari ahad baru papa balik
so, ibu plan sorang2
nak wat suprise la kat papa

kebetulan kat area rumah ni ada org wat kek leh tempah
nak tempah ngan maklong last minit pulak
takut nnt maklong tak leh nak hantar
so tempahla ngan org tingkat 3 tuh
strawberry coklat kek
ntah sedap ntah tidak la nih

so, hari ahad tuh
bila papa masuk jer rumah
ibu nyanyi2 bawak kek
hehehehehe
suprise tak pa??

tapi...
papa pun suprise kan ibu
hari jadi papa tapi ibu yg dapat hadiah
hadaih apa?
tttuuutttttt......

anas yang teruja tengok lilin

 Selamat Hari Jadi Papa

 ibu love you both



with love,