Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, November 9, 2009

Karipap.......


:: anas teruja tengok wan buat karipap ::

lepas balik kenduri tu balik rumah sebab tuan rumah nak datang repair fuse box....pastu mandi2 nak gi lepak rumah wan pulak, kesian atuk ngan wan tak puas main ngan anas

orang kain semua takder kat rumah, atuk ngan wan jer yang ada.......

lepak2 siap makan malam sekali kat sana......


:: teruja jugak tengok papa 'claim' karipap ::

wan anas kan berniaga, so malam tu wan nak wat kuih karipap, anas sangat teruja tengok wan pusing2 alat penguli tepun ker apa orang panggil tu ek?????

ibu lupa la apa orang panggil benda alah tu......dulu ingat masa ibu kecik2 arwah tok ma ada guna mesin ni wat mi kuning tu.......seronok ibu main2...........


:: ambik kesempatan time wan cakap kat telefon ::

tengok la tu anas nak tolong wan uli karipap tu......sibuk jer tangan dia tu nak mencapai semua benda nasib baik tak terjatuh inti karipap tu........

:: cubaan menggigit meja tempat menguli karipap wan dia ::

tengok.....semua benda nak digigitnya....tak kira la apa pun......apa yang tercapai kat tangan mesti nak bawak kemulut........astaga anas...anas...

papa pandai 'claim' karipap tu, tapi ibu lansung tak pandai......

dah habis debaran sehati berdasa baru kitorang balik....anas dah mengantuk tahap tak boleh blah dah......tadi sebenarnya time ibu sembahyang maghrib dia dah tidur.....atuk tidurkan dia.....tapi tak sampai setengah jam bangun balik......


with love,

Musim...........


:: ni rumah pertama....sangat cantik tema warna brown ni ::


sekarang ni memang musim orang kawin, setiap minggu ada jer jemputan kawin.....

giliran kita dah lama berlalu, so sekarang ni gilirang kengkawan pulak la yer.....

minggu ni ada dua jemputan, ni semua kawan2 papa.........

:: anas sangatlah behave ya, tak wat perangai pun diam jer ::

ada nasi minyak ngan nasi putih, macam2 lauk ada......makan sikit jer sebab pasni nak pegi 2nd tempat pulak......

lauk2 sangat sedap, nasi minyak pun sangat best tak lembek........

lepas makan bergambar2 sikit terus blah nak gi rumah ke2 pulak, nasib baik rumah dekat2 jer

:: muka anas merah padam sebab cuaca panas sangat time tu ::

nasib baik mood anas baik, tapi anas memang susah la nak wat perangai sebab dia suka orang ramai......

dia tak kisah saper tegur meti dia senyum...nak nak kalu budak2 yang tegur dia lagi mengekek la dia gelak.....

kadang2 budak2 tak tegur diapun dia boleh gelak2.......suka dia tengok budak2 main2.....nak berkawan la tuh.....

:: posing jangan tak posing...apa la yang anak ibu pandang atas tu nak ::

kat rumah kedua takder gambar dah malas dah nak bergambaran dah........sebelum datang rumah ke-2 singgah rumah wan jap.....ya la takkan lepas makan terus nak makan lagi..mana nak sumbat.....

releks dulu biar nasi turun dulu bari pegi rumah ke-2 pulak......masa kat sini ada orang yang baik hati offer nak pegang anas time ibu makan.....nasib baik anas tak nangis orang pegang dia......mood dia sangat ok walaupun dah ngantuk sangat dah tu.......

ui, nyesal makan sikit kat rumah pertama tadi, kat rumah ke-2 ni nasi dan lauk tak berapa selera ngan tekak....makan dua tiga suap jek.....tak baik kutuk kan..hehehehe tapi serius tak sedap........

lepak jap bg peluang papa layan kawan2 dia pastu terus gerak balik..........

with love,

Papa balik yey!!! papa balik yey!!! yey!!!

minggu ni papa balik...

ibu ngan anas sangat happy....

anas terloncat2 bila tengok papa balik.... so hujung minggu ni boleh jalan2 ngan papa...

with love,

Friday, November 6, 2009

Ya Allah!!!!Kalau anas camni nanti tak tau la nak cakap apa.........



sangat menakutkan..........tapi mengagumkan jugak lah tengok budak ni boleh panjat peti ais ni selamba badak jer........

rasa kita orang dewasa ni pun tak boleh nak wat camtu ek.....

anas anak ibu jangan la lasak sampai camni tau........nanti takder saper yang sanggup nak jadi babysitter kang.......

ni kalu wat panjat pokok kelapa ker boleh ker????????kui...kui...kui...

with love,

Banjir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:: dulu banjir pernah sampai kat tingkap rumah tu::

pagi tadi tokki tepon ibu cakap kat kampung dah banjir!!!!!!!!!!!!!!!

tapi org2 kampung ibu dah tak heran dah ngan banjir ni sebab dah tetiap tahun banjir apa yang nak dikesahkan.........

tengok gambar atas tu, rumah tokki dah tinggi sangat dah boleh parking keter bawah rumah, tapi still air boleh naik sampai dalam rumah.........

dulu masa ibu kecik2 dulu kalu banjir sangat lah happy macam pesta la pulok, main pelampung, main rakit.......

sebab air banjir bukan kotor macam banjir kat kl ni, air dia jernih jer........

lepas main air dah sejuk2 tu naik rumah makan ansi panas2 ooooooo best oooooo syok sangat....

mintak2 takder apa2 yang buruk la berlaku.......

tapi banjir sekarang ni menjadi2 sebab banyak pokok dah ditebang, pastu sungai dah makin cetek....ni semua angkara manusia la kan........

anas belu mpernah rasa kan macamana main banjir nanti la suatu hari bila anas dah besar ibu nak tengok camner reaksi anas bila tengok air banyak........

papa pun belum pernah rasakan camana banjir besar kan???????

with love,

10.....

hai!!!!!!!!!

saya sudah 10 bulan la......

lagi 2 bulan saya setahun hehehehe

bestnya saya sudah besar......


sekarang ni apa yang saya pandai ek???????

saya sudah boleh cakap tapi saya jer yang tahu apa yang saya cakap......

saya dah faham bila ibu marah saya sedih......

bila ibu agah2 saya happy sangat

saya pantang orang tegur mesti nak senyum jer........

tapi saya takut ngan orang yang saya baru kenal saya boleh senyum dan cakap2 tapi tak boleh pegang saya hehehehe

saya suka kutip semua benda...semut pun saya nak kutip........

saya dah boleh berdiri pastu dah boleh goyangkan bontot.....

pastu sekarang ni saya suka bangun awal2 pagi dalam kul 4 camtu,

pastu saya kacau ibu saya tidur.......

saya nak ibu angkat dan main2 ngan saya boleh?????

tapi saya tak nak adik lagi......

saya nak manja ngan ibu ngan papa dulu lama2 pastu baru nak ada adik.....

ps: ni gambar latest awal pagi tadi ni....tengah mamai2 sempat lagi ibu ambik gambar

with love,

Thursday, November 5, 2009

Suami!!!!!!!!!


ibu dapat satu email:

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI


K
esilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:



“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”



papa....we love you......

with love,

Wednesday, November 4, 2009

Ghimau!!!!!!!


pa, satu lagi nak cakap semalam ibu beli tudung ghimau ni...tantek tak pa...

murah jer 10 hengget jer pun......

senang pakai

ada anak ni susah la nak iron2 bagaikan

ni main sarung jer lagipun susah kedut2 atau ronyok2

with love,

Foods to avoid: 4 to 12 months

As your baby grows, he'll be eager to sample food from your plate – and you'll be eager to introduce some variety to his diet. But not all foods are safe for your child. Some pose a choking hazard, and a few aren't good for your baby's still-developing digestive system.

Honey: Honey can harbor spores of Clostridium botulinum, which causes botulism. An adult's intestinal tract can prevent the growth of these spores, but in a baby the spores can grow and produce life-threatening toxins.

Peanut butter: The sticky consistency of peanut butter and other nut butters can make it tough for a young child to swallow safely.

Cow's milk: Stick with breast milk or formula until your child's first birthday. Why? Your baby can't digest the protein in cow's milk for the first year, it doesn't have all the nutrients he needs, and it contains minerals in amounts that can damage his kidneys.

Choking hazards to watch for

Large chunks: Pea-size pieces of food are safest — they won't get stuck in your child's throat. Vegetables like carrots, celery, and green beans should be diced, shredded, or cooked and cut up. Cut fruits like grapes, cherry tomatoes, and melon balls into quarters before serving. Cut meats and cheeses into very small pieces or shred them.

Small, hard foods: Nuts, popcorn, cough drops, hard candies, raisins, and other small dried fruit and seeds are potential choking hazards.

Soft foods: Soft foods like marshmallows and jelly candies can get lodged in your child's throat.

More choking prevention:

  • Avoid letting your child eat in the car. It's too hard to supervise while driving.
  • If you're using a rub-on teething medication, keep a close eye on your baby as it can numb his throat and interfere with swallowing.
credit to babycenter.com

with love,

Yummmmyyyy!!!!!!!


pa, ibu beli roti nak makan ngan aiskrim perisa durian...best sangat nyum!!!nyum!!!nyum!!!

anas tak boleh makan ya sebab sejuk nanti tak pasal2 lak batuk ngan selsema pulak........tengok jer ya ibu makan nanti.........

with love,

Lumrah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




barangkali lumrah manusia bila ditegur

walau selembut mana pun bahasa

mudah untuk hati menggelupur


barangkali sudah lumrah manusia bila dipuji dan diangkat

walau sesinis mana pun bahasa diungkap

mudah lupa diri pada hakikat ........

lumrah manusia bila diatas mendongak

mudah lupa lantai yang dipijak

sudah lumrah manusia bila sudah dibawah

baru sedar langit tak selalunya cerah

anas anakku ingat ibu berpesan

yang baik jadikan ikutan, buruk jangan dihina cercakan

jangan terlalu menjadi lumrah........

sesekali lumrah juga boleh diubah......

with love,

Tuesday, November 3, 2009

Saya sudah boleh berdiri......








ibu malas nak tulis apa2 la layan jer la gambar ngan video tu walau pun terbalik.........hik

with love,

Si comot kesayangan ibu....

ibu suka sangat sebab anas dah suka makan sekarang ni...dia pantang kalu tengok orang makan apa2 mula la wat muka kesian pastu terus nak rampas dari tangan orang.......

ni ibu bagi anas makan nestum vegi untuk dinner gitu.....tu dah separuh telah dingap oleh comot ibu ni...makan tak nak duk dediam nak berdiri la nak main2 la bukan reti nak duk behave elok2

pastu nak melekat gak ngan ibu....nak beriba tu......manja terlebih ni......


anas dah pandai minum pakai cawan ni....suka dia minum air putih dalam ni.......dia kalu nampak ni terus nak tapi kalu letak air putih dalam botol susu tak nak dia hisap....hisap kejap pastu terus wat muka....

minum pakai cawan biasa pun dah pandai tapi dia suka main sembur2 kalu pakai cawan ke gelas biasa tu.........

taraaaaaaaa.......comotnya......tu la tak reti sangat nak duk diam, kadang tu sampai kemata kedahi nestum tu..ya la time ibu nak suap time tu la dia hangguk2 goyangkan pala dia tu la jadinya......

ya Allah, pipi ni terlebih "ibu roti" ke ni.....makin bulat la....tu mulut tu penuh ngan nestum la tu hahaha kelakar la anak ibu ni.......tapi tak kira la janji anas dah nak makan.......

pagi ibu bagi nestum beras + buah2han

lunch pulak beras+ayam @ gandum madu kat rumah mama su @ ibu buat bubur nasi

dinner lak ibu kasi nestum beras + sayur2an

sambil makan sambil layan kartun fukuchan.......anas memang suka tengok kartun2 ni.....baru la reti sikit nak duk diam tapi tak jugak.......nak joget la.......macam2

apa2 pun ibu sangat terhibur ngan anak ibu sorang ni........love you mwah...mwah...


with love,

Monday, November 2, 2009

Takder Rezeki...........

ni senarai top ten yang ditunggu oleh semua ibu2 yang joint contest ni, memang comel2 dan cute semuanya..........takper walau anas tak menang pun anas tetap menjadi pojaan hati ibu hehehehe.....

kalau ibu jadi juri pun memang pening la nak pilih, sangat la menambat hati keletah anak2 kecil nikan....bersahaja jer keletah diorang ni.......hilangla segala duka lara kalau duk ngan diorang ni........

tengok gambar yang no. 3 tu memang cute kan aksi nak cium ker apa tu.......eee geramnya ibu tengok.......

ni lagilah siap betudung litup lagi, gaya tak kalah sorang2 anas boleh pilih mana satu nak jadikan menantu ibu ni........hehe tomeinya.........

yang boys pun apa kurangnya dah macam hero malaya dah semuanya.........memang semua comel lah.....pening2 juri nak pilih pemenang ni pulak ni.......

waaaa ni wat ibu ingat kat anak ibu ni.....jam dah la baru kul 12.42 tengahari ni, rindunya kat anak ibu kat rumah tu....tengah watper agaknya.......

ok lah ibu ucapkan tahniah lah kepada semua yang terpilih jadi top 10 tu, t kalau ibu rajin ibu masuk lagi mana2 contest saja suka2 kan .........

kredit to babyibu 4 the photos

with love,