Dedikasi

Anas sayang, blog ni ibu dedikasikan untuk anak ibu sayang, segala suka duka anas bersama ibu ngan papa ada tercatat disini, IsyaAllah ibu akan teruskan catatan ini sampai bila2....selain itu blog ini juga untuk papa mengikuti perkembangan ibu ngan anas...anas sayang.....we love you so much muah!! muah!!

Monday, October 29, 2012

Our Raya Haji 2012



Sebelum ni memang setiap kali raya haji kami akan balik kampung.... walau cuti sehari pun kami akan balik..... kadang tu memang plan tak nak balik tapi bila abah call jer tanya bila nak balik...terus rasa berkobar nak balik...ingat pernah sekali tu hari raya kami balik...lepas papa sembahyang raya terus balik....

Tapi tahun ni memang takde semangat nak balik... rasa tak sanggup nak balik sebab mesti rasa lain sangat bila abah dah takde.... sebelum2 ni pun sebab utama balik kampung sebab nak jumpa abah dan adik2...... 

lagipun dah 2 tahun tak beraya ngan famili papa kan...so, we decided to celebrate kat sini jer...nak rasa macamana beraya kat Klang ni....... mama *mak mertua pun tak balik johor...semua beraya kat sini jer.....

Malam tu kami semua pakat2 masak kat rumah mama..macam2 ada... tapi ibu masak spageti je huhu yang paling senang...masak yg lain tak pandai sangat *kena menuntut lagi dengan mama ni hehehe...esoknya lepas papa balik sembahyang raya semua pergi berkumpul rumah mama....

makan-makan...
salam-bersalaman

Dipendekkan cerita jom...layan gambar je la ya......

Anas make sure hafal the full scrip ya

Salam ke apa ni nak?hehehe *suruh dia salam lama2 sebab nk ambik gambar 

 again i cant remember all the words *mintakampun
 MIL

 Love Mucho...

Cucu atok... *pening nak layan..

 Our Famili... *pak usu tahun depan bawak balik mak usu ya...
 
The Raya Haji dishes .... yummy...yummy

lepas makan masing2 membongkan tido...nak pergi berjalan tunggu nak sembahyang jumaat dulu...after jumaat baru kami pergi menziarah rumah the both toksu nura and toksu ana...

*1st time raya haji tak merasa makan daging korban...dengar berbelas ekor lembu tumbang tapi 1 gram pun tak dapat merasa huhuhuhuhu
.
with love,

Monday, October 22, 2012

Daftar Sekolah







Hari jumaat minggu lepas (19.10.2012) gi daftar anas masuk sekolah.....
Tahun depan dia dah masuk 4 tahun
waaa anak ibu dah besar dah...
dah nak sekolah dah pun....
cepatnya masa berlalu....
harap kamu rajin pergi sekolah nanti....
cayok! cayok!




dan hari sabtu tu bawak dia ambik gambar ukuran passport ni...
1st experience untuk dia hehehe
excited sangat2....
comel je anak ibu senyum....
orang kat kedai tu cakap macam anak cina hehehe

ok lah...nanti sekolah pandai2 tau...

with love,

Friday, October 19, 2012

Rindunya kat abah....Alfatihah



Subhannallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar

Hari ni hari ke 43 abah pergi....harap2 aku diberi kekuatan untuk menulis kisah sedih ini....

Seminggu sebelum umat islam meyambut Hari Raya puasa aku kejeutkan dengan berita sedih abah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung...terkedu dan panik kerana abah sebelum ni tidak pernah ada masalah kesihatan dan kami tidak pernah tengok abah sakit...abah sentiasa sihat dan ceria...hari itu 13.08.2012 kami anak2 abah yang merantau terus bergegas pulang ke kampung kami di Terengganu....

Sedih dan hancur luluh hati bila melawat abah di CCU Hospital Besar Kuala Terengganu...abah diberi bantuan pernafasan kerana ada saluran jantung abah tersumbat...keadaan abah agak kritikal tetapi pada hari selasa 14.08.2012 ketika akau masuk melawat abah... Alhamdulillah abah sudah sedar...tetapi separa sedar...sedih bila abah mintak air tetapi prosedur rawatan tidak membenarkan kami memberi abah air....

Abah di CCU 

Setelah beberapa hari dalam CCU Alhamdulillah kesihatan abah bertambah baik dan bantuan pernafasan sudah dibuka...dan abah sudah boleh bersembang2 dan sudah boleh makan dan minum...setelah 4 hari di CCU abah telah dipindahkan ke WAD 7F iaitu wad pemulihan jantung...dan abah semakin sihat...kami sangat2 bersyukur... 

19.08.2012 - Hari raya kami adik beradik dan saudara mara di sambut ala kadar...selepas solat sunat hari raya kami semua berkampung di Hospital...kami sangat gembira kera abah sudah bertambah baik cuma abah masih belum boleh keluar kerana ada sedikit komplikasi dengan kaki kanan abah...doktor sedang membuat rawatan...menurut doktor itu adalah perkara normal bagi pesakit yang melalui rawatan seperti itu *tak tahu macamana nak explain....

 keadaan abah selepas di pindahkan ke wad 7F

25.08.2012 - Melihat kesihatan abah yang bertambah baik kami semua pun balik bekerja semula selepas 2 minggu bercuti...setiap hari kami akan menghubungi abah untuk tanya perkembangan abah...

Tapi... 30.08.2012 sekali lagi kami dikejutkan... abah kembali sesak nafas kerana paru2 abah terkena jangkitan kuman kerana terlalu lama berada di hospital...sekali lagi kami semua bergegas balik ke Terengganu....kali ini keadaan abah lagi kritikal dan abah di masukkan ke ICU...hanya Allah yang tahu perasan kami...sekali lagi tengok abah dalam keadaan macam ni.......setiap kali masuk tengok abah...perasaan sangat sedih....tak sanggup tengok abah dalam keadaan macam tu....terbayang semua gelagat abah semasa abah sihat....

Dari dulu abah memang seorang yang sangat kuat...seumur hidup inilah kali pertama tengok abah terlantar macam ni....mungkin ada abah sakit tapi abah bijak sembunyikan dari kami kerana abah takut kami risau dan bimbang agaknya...Ya Allah...sedihnya.... abah memang seorang yang ceria...dan sangat lembut hati...susah nak tengok abah marah... macamna anak2 degil sekali pun abah memang tak pernah marah2....apatah lagi nak pukul kami adik beradik.....abah juga adalah seorang pendegar yang baik...bila ada masalah bercerita dan bercakap dengan abah boeh hilang segala kekusutan...rindunya suara abah dan gelak tawa abah...........

Selepas seminggu bertarung dia ICU, pada 07.09.2012 di hari jumaat yang mulia abah pergi mengadap sang Pencipta.... panggilan telefon dari adik dari hospital seolah2 sudah dapat dijangka....terus aku meraung manangis...tetapi dalam hati aku redha ya Allh....melihat kesengsaraan abah melawat penyakit...hati selalu berdoa Ya! Allah ya rahman ya rahim... Jika kesembuahn terbaik buat abah kau sembuhkanlah abah...tetapi jika sebaliknya kami redha ya Allah... abah sudah menjadi abah terbaik buat aku dan adik2... seingat aku dari kecik alagi semua kehendak dan kemahuan aku tak pernah abah hampakan...rupanya banh nak unggu hari jumaat penghulu segala hari untuk pergi menemui Allah....

Innalillahiwainnailaihirojiun..... lebih kurang pukul 10 aku bertolak drai Klang... aku telefon ke kampung dan meminta agar tunggu aku kerana aku ingin menatap wajah abah untuk kali terakhir... aku sampai labih kurang pukul 4 petang dan abah baru siap dimandikan.... adikku sayuti, joe dan yoe meriba abah .... Ya! Allah besarnya dugaan mu Ya! Allah.... melihat sekujur tubuh abah kaku tapi seolah2 sedang lena tidur dengan tenang...tiada lagi wajah menahan kesakitan.... pergilah abah... tenanglah di sisi Allah.... kami tahu abah orang yang baik dan InsyaAllah... syurga tempat abah...
 
Abah di kubur arwah ma
Alhamdulillah....jenazah abah selamat dikebumikan selepas solat asar... Alfatihah buat abah...kami akan sentisa mendoakan semoga roh abah tenang da ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman.... abah pergi menemui cinta hati abah yang pertama...arwah ma...

 kenangan bersama abah
Walaupun abah sudah tiada tapi abah akan tetap dalam hati kami sampai bila2...seperti arwah ma yang sentiasa hidup dalam hati kami....

Alfatihah untuk abah...dan arwah ma.

with love,